kita merupakan pemerintah, yang memerintah kepala, rambut, dahi, mata, hidung, bibir, tangan, gigi, dagu, telinga,kaki dan sebagainya anggota luaran kita. kita juga pemerintah, yang memerintah minda,iman, jiwa, roh, kita.
Aku seorang pemerintah yang?
yang gagal.
Gagal memerintah semua ini dengan baik.
Aku mahu pemberontakan.
akibat daripada pengalaman hidup y bertimbun umpama kertas-kertas terbiar di bilik menyimpan kita mampu membuat perumpamaan sendiri. perumpamaan y acap kali timbul dalam diri kita "jangan kacau periuk nasi aku. ko jaga periuk nasi ko sendiri aku jage aku punye". kadang2 kita tidak sedar y kita sudah mengacau periuk nasi org laen. sedangkan kita ada periuk nasi sendiri. nasi kita lembik ke keras ke. air terlebey ke terkurang ke kita tidak penah sedari. sebab dalam kepala otak kita sebuk dengan periuk nasi orang2 disekeliling kita. seantero kita dok ngadap periuk nasi org len sampai terlupa periuk nasi sendiri. sungguh celaka diri kita bukan. memang xsalah kita nk tengok periuk nasi orang laen. tapi tolong la tengok saje. bukan menokoktambahkan dengan garam ke gula ke planta ke. tak pon memandai2 tambah air. biar tuan empunya periuk nasi y tambahkan perasa atau air. dari pengalaman akan mengajar kita. bukan dengan cara kita menambah mengikot sesuka hati kita. sebelum periuk nasi kita memakan tuan baik lah kita sedar diri seawal mungkin.
dari pengamatan seharian sewaktu hari yang kudus. aku dapati kehidupan kita seharian banyak terbeban dengan masalah, malapetaka, tekanan dan berbagai lagi. dapat disimpulkan dengan mudah segala perkataan itu dikonklusikan dengan batu. setiap hari kita memikul batu.semestinya berat setiap batu itu berbeza setiap hari.ianya bergantung kepada faktor sejagat yang sememangnya tidak pernah diskriminasi terhadap kita. sedangkan harga besi,keluli, simen pon berbeza di peringkat global setiap hari. inikan pula berat batu kita tersebut. berat batu kita tidak menjadi masalah jikalau kita bijak bagaimana mengawal dan seterusnya mengangkat batu itu. apabila batu sudah terangkat mudah kita hancurkan, perkara utama begaimana mengawal,memikul dan menangkat batu tersebut baharulah dihancurkan. itu merupakan titik kejayaan kita!! bukan apabila batu itu dipegang kita terus musnahkan. itu masalah idealogi kita semua, jangan disebabkan batu yang terlalu susah diangkat kita mahu letupkan ia sampai kita sendiri meletup. kepada taulanku jangan sesekali kita berperangai itu. umpama lembu ditepi jalan berhampiran landasan keretapi kuala kangsar sahaja sikap.Stimulus mengangkat batu amat ala kadar tanpa falsafah kukuh mendasarinya
Pastinya wujud corak ketidaktuntasan di antara batu yang timbul dan pelaksanaan oleh pemerintah. Ini tidaklah mengejutkan kerana kita sedar pemerintah kini taksub untuk mencipta ilusi indah hasil dari pelbagai bantuan , yang mana upahnya dibayar dari dana merata. Bagi kita yang paling mustahak adalah untuk terus kekal berkuasa.
puas memikir untuk bersatira
-fifa-


No comments:
Post a Comment