countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket

Monday, February 28, 2011

pengumuman penting!!!!!!!!!

disini saya Megat Muhammad Afif bin Megat Muainuddin bukan penari kebudayaan ingin mengperkatakan sesuatu w'pon ada sesetengah dari menkome semua teman tak kenal lebih mendalam ataupun bukan kawan teman, tapi teman ngn jujur dan ikhlas menjemput korang ke majlis perkahwinan kakak aku. sapa-sapa yang setuju nak datang sila angkat tangan macam teman...

disini ada butiranya. kalau ada pape korang mesej aku. lau xde nom aku mintak kat cik aizah.

alamatnya: No 218 Jalan 27, Taman Bunga Raya, 33000 Kuala Kangsar, Perak

jujur nie, sila datang.

Sunday, February 27, 2011

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

Kekasih ku... ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...

Kemaafan dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...

Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah

Friday, February 25, 2011

ponteng:meninggal­kan kelas tanpa kebenaran. saya ponteng lagi.

kita mempunyai persepsi yang tersendiri terhadap perkara disekeliling kita. aku cuba untuk mendefinasikan kelas dari konteks pemikiran otak aku. kelas sesuatu yang menarik. terdapat konsep perkongsian ilmu di situ. ia boleh dilakukan di mana-mana. bukan hanya di kelas,makmal, mahupun dewan audotorium sahaja. ada hipotesis awal mengatakan semakin besar isi kelas semakin besar ilmu yang dikongsi. wah,begitu mudah mengeluarkan hipotesis. mujur ia semata-mata hipotesis bukan konklusi. semakin besar kelas semakin mudah untuk tidur adalah.(bagi aku)

apabila jumlah isi kelas makin besar maka para pendengar semakin malu untuk mengeluarkan idea-idea yang subjektif. sesuatu perlu ditransformasikan di kelas terutama sekali di malaysia yang tercinta(kononya). seperti mana malaysia mampu bertransformasi dari negara bertani ke negara berindustri. dari umur 5,6 tahun hingga ke universiti sekali pun kita melalui sistem pembelajaran yang sama. hanya di kelas. yang berbeza cuma nama kelas. sistem yang diguna pakai masih sama.

cuba fikirkan kenapa pelajar selalu ponteng kelas, ponteng sekolah? kita patut berfikir kenapa perkara itu terjadi bukan terus menghukum. "mengikut akta sekian-sekian-sekian...sekiranya pelajar tidak memenuhi 80% dari jumlah kelas maka akan dikenakan tindakan tata tertib" sungguh mudah mengeluarkan hukaman tanpa mahu memikirkan cara mengatasi. mungkin ini yang membezakan "malaysians" dengan israel. memang israel itu jahat, celaka dan segala yang buruk. tapi kita patut belajar bagaimana mereka berjaya menguasai dunia. ini kerana mereka ada sdikit prinsip yg mana zionis bodoh ini akan mncari jawapan dari sisi ilmiah dahulu sebelum mereka “pasrah” pada Tuhan. Itulah yg membuat yahudi terus maju dan terus menerus mencari jawapan diatas permasaalahan didunia. sehingga mampu mempengaruhi sejagat dengan Tesco,nokia mCd, bank dunia dan banyak lagi didunia ini. mereka tidak terus menerus menghukum. kita? terus menerus menghukum tanpa cuba selesaikan punca@sebab perkara itu terjadi. lagi menarik setengah dari kita bukan setakat menghukum tapi mengaibkan. umpama melondehkan seluar dan seluar dalam di tengah-tengah khalayak ramai.

tidak salah untuk kita belajar perkara yang baik dari perangai yahudi kan. sedangkan Rasullulah s.a.w suatu ketika dulu boleh berpajak gadai dengan kaum yahudi. (hasil pembelajaran Islamic Banking). jikalau mahu mandi sungai, sudah tentu kita mahu mandi di sungai yang jernih bukan di sungai yang keruh.

berbalik kepada isu kelas yang diutarakan. bagi aku,ia adalah medium untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dari sang cerdik pandai ke sang bodoh sombong. supaya yang bodoh sombong tidak selamanya menjadi bodoh sombong. yang paling penting adalah pengalaman. ilmu perkara kedua. setakat membaca dakwat-dakwat di atas kertas ataupun bercakap sepatah-patah dari titik-titik  cahaya dari komputer apa gunaya. kalau itu terjadi maka kelas bukan lagi sesuatu yang menarik untuk diikuti. tanpa berfikir panjang maka kes-kes ponteng kelas akan lebih berleluasa apabila konsep kelas disalah pakai.

keterpaksaan mahu menghadiri kelas perlu dielakan supaya tidak mencemarkan institusi kelas itu.aku bukan suruh kamu ponteng tapi bila pergi sila betulkan niat. ya, memang kadang kala aku pun terpaksa pergi kelas,kerana takut hukuman yang dikenakan. tak kan aku nak sia-siakan pengorbanan mak bapak aku kt kampung kan. susah bila hati nie sudah berat mahu ke kelas. kalau pergi kelas dengan terpaksa ilmu pun tidak akan masuk. maka sumpah seranah dengan mereka yang mengajar. kononya tidak pandai mengajar, cikgu baru tiada pengalaman. sedangkan kita yang bersalah.kita boleh ibaratkan macam menggenggam angin, rasa seperti memegang sesuatu tetapi sebenarnya tiada. itulah akan terjadi terhadap ilmu sekiranya kita terpaksa.

tiada siapa mampu menolak ilmu. tapi, aku bukan menolak ilmu. aku cuma menolak kelas yang membosankan benak nafsu ilmu aku. ilmu sangat-sangatlah aku hargai supaya dapat digunakan dan dikongsi kelak.jikalau rama-rama boleh bermetamorfosis dari kepompong ke rama yang cantik, aku rasa kelas pon perlu dimemorfosiskan supaya kelas yang bosan mampu menjadi lebih menarik bak rama-rama.

*tulisan-tulisan aku bukan untuk mempengaruhi kamu semua tapi cuma mahu berkongsi luahan aku*

-fifa-

Tuesday, February 22, 2011

Monday, February 21, 2011

::muntah itu puas::

ambil mc then pergi ke fraser hill, then muntah sini sana..puas....



::how can i......::

Manusia dikurniakan 1 badan yang xleh dibahagikan kepada lebih dari satu kecuali mati dikerat mcm mona fendy buat tu..tapi  masalah sekarang aku xmati lagi..so mana boleh aku kerat2 nie.

sorang kata buat ini, seorang lagi kata buat itu..orang nie kata jangan ikut kata  org nie..org tu plak xkata apa seakan2 redha yang dia mcm xde hak..sian plak..aku lagi suka pada org tu dari org nie..walaupun berada di bilik yang tenang hati  aku sendiri xtenang berada disamping org nie..

mereka suruh aku menyiapkan kerja yang mereka sendiri tinggalkan..masa aku lintang pukang nak buat kerja mereka,mereka pulak sibuk menjaja cerita dekat orang lain..patut la kerja xboleh siap..huhhh..

itu la nasib aku sebagai pelajar praktikal..huhh


.:pen off:

benak pikiran yang seregum

aku seorang pejuang otak yang gagal. aku gagal mendefinasikan setiap kegunaan sel otak dengan sempurna. masa aku banyak dipergunakan oleh otak aku untuk melakukan bende merepek meraban. adakah kita patut mengawal otak kita ataupun otak yang mengawal.sungguh stereotaip ulasan itu. muak kedengaran dimana-mana. terutama yang keras mengutuk anak muda membuang masa. kononya masa anak muda banyak dihabiskan di komplek beli-belah, melayari internet,padang futsal. apa sahaja anak muda semua salah. hello, tumpang tanya, kalau anda dan kamu dan mereka tidak membina tempat-tempat,mengeluarkan lesen, dan pelbagai lagi maka anak-anak muda tidak pergi la. bila dikatakan bodoh marah maka bangga la dia dengan  cebisan-cebisan skroll doktor falsafah yang diterimanya. apa kajian yang dilakukan entahlah yang melayakan menerima gelaran akademik itu. bagi aku mudah. kalau kita ada penyakit diabetes@kencing manis, adakah kita patut makan@ minum sesuatu yang bergula?

apabila sesuatu yang dekat dengan aku berlaku yang memaksa permainan emosi berlaku, aku sukar mengawal. aku akan seringkali teringat selagi ia tidak selesai. kelihatan seperti nomad pemikiran aku. memang tidak dinafikan. sehingga kini aku masih tidak dapat melupakan perkara itu. habis semua "novice" kaunselor aku jumpa untuk selesaikan masalah itu. hanya menemui buntu. umpama raja saudi yang buntu akal mahu mematikan revolusi anak muda di blok timut tengah. (semoga mereka yang jujur dalam perbuatan akan di redhai Allah)

aku teringat saja perkara itu, maka secara automatik ia akan melumpuhkan segala pergerakan aku buat beberepa detik. aku tidak pandai mengawal otak aku. otak aku bukannya mampu diam atau pegun dari mengingati perkara-perkara penting dalam hidup. akan acap kali lah ia bermain di benar fikiran aku.

otak aku bukanya jenis berpartisipasi. seringkali terikut-ikut gerakan semasa. apabila terpikir sesuatu maka susah untuk meracuni dengan bahan beracun agar lupa benda itu.aku cuba untuk memajmukan permikiran aku untuk menghadapi semua aral masalah  macam mana malaysia yang berjaya memajmukan semua rakyat di m'sia. dalam proses pemajmukan otak aku ini memang memang mengambil masa dan yang paling penting semoga ia akan cepat mematangkan aku yang aku rasa sudah cukup matang. tapi apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang org sekeliling rasa. 


Rasa seperti ada tempat berpaut tetapi rapuh, bila masalah yang dihadapi masih belum diselesaikan walaupun sesi luahan tetap diadakan dari hari ke hari. apabila berpaut, terus jatuh terjerumus ke lantai sehingga mampu menyebabkan gegaran otak.


seperti biasa tiada kaitan entri diatas



"Anak muda yang dikasihi, pasanganmu adalah seseorang yang telah menghubungkan hati, jasmani dan nasibnya. Dengan sepenuh hati, saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang saya kasihi sekalian. Saya berpesan, hendaklah kamu mencurahkan kasih sayang kepada pasanganmu. Setialah dengan mereka dan selaraskan dirimu dalam urusan satu sama lain.


Hindarilah kerumitan hidup bersama, dengan mengabaikan kekusutan kecil dan tidak penting. Semoga Tuhan menganugerahkan padamu kesejahteraan, kegembiraan dan ketinggian rohani. Moga dikurniakan kepadamu tumpuan kehidupan": Ayatullah al Uzma Ali Khamenei (dicedok dari Dr Haji Mohd Faizal Musa) lebih maklumat (KLIK)

Sunday, February 20, 2011

::mc::

aku dapat mc from my sis..hehehe..malas nak ke kerja plus bosan la asyik pergi kerja je setiap hari..so aku decided utk dapatkan mc..walaupun xsakit tapi aku de la sakit sikit2..(macam keling je)

mata: xleh pandang monitor lama2 coz nanti sakit then mata asyik keluar air je sejak dua menjak nie..so the reason for getting mc is sakit mata tapi akak tulis demam..so leh la terima kan2..

heehhehehehehehe............


.

Thursday, February 17, 2011

merangka susur galur lembah pelajar

tiada apa menarik berlaku dalam hidup yang perlu aku rekodkan sepanjang minggu ini. maka,entri pon sudah lama tidak dinaiktarafkan. kesibukan menyiapkan 'presentation' di saat akhir menyebabkan tiada bahan dikongsi. segala aksi cuma stereotaip lakonan pelajar bila buat kerja akhir saat.

disaat kelam malam mula timbul aku pun menggatalkan bahu untuk menerjah ke alam sesawang. ha, tiba-tiba aku tersedar. rupanya aku pernah mempunyai blog. sewaktu tahun 2009. terkesima seketika dengan blog itu. membuat aku terfikir semakin teuk masalah lupa aku ini. aku tak ingat langsung password dan username untuk blog itu. terima kasih sayang kerana mengingatkan akan kewujudan blog itu. memandangkan aku sudah mempunyai tajuk untuk subjek final year segala kefokusan terhadap tajuk itu perlu dianakmanjakan.

"the reaction of KLCI to exreme movement in DOW JONES industrial average"

jikalau rakan2 ada sebarang idea atau terserempak dengan tajuk di atas sila kongsi dengan aku. keprihatinan kamu semua sangat2 diperlukan.

Wednesday, February 16, 2011

::happy birthday::

happy birthday kepada sesiap sahaja..
belikan saya kek nye..
terima kasih
:)

Tuesday, February 15, 2011

::takut tetiba..uhaaa::

Aku xde hak nak bercerita lanjut mengenai hal ini because all those happened are not my business and not because of me. So apa yang didengarkan semalam just can be a lesson for everyone especially me yang xtahu apa2. Macam budak bodoh je dengar hal2 org tua,tapi apa nak buat? Nak lari tak boleh because kitorg stay under one department..so kena la dengar je rintihan hati mereka..Tp sesetengah incident berlaku,aku saksinya..Tapi aku jenis xamik port dalam semua nie..So aku senyap je la. And apa yang aku saksi,bukan itu yang disidangkan semalam. Berlaku sedikit penipuan disitu untuk menjatuhkan pihak yang lagi satu. Aku plak?? Disebutkan nama sebagai org yang tidak berkuasa dalam menentukan jenis2 acc. Aku menerima kerja yang diberi,if i didn't know where to put this,i will ask my 'boss' and dia pon explain mana nak letak..so aku kerja ikut arahan 100% from her. So big boss dont blame me ok.. saya xtahu and you never told me apa yang saya boleh and xboleh buat..Pasal hal diorg,aku xnak amik tahu..nak cerita kat aku,aku leh leh dengar tp utk sampaikan and cuba hasut aku,sorry to say yang korang salah pilih org.

Ini pasal aku plak. Aku berterima kasih sgt2 pada second supervisor aku coz dia bela aku dari kena hentam. Only him know who I am masa dalam meeting room tu..So thank u Encik.M... Aku jenis org yang bercakap bila perlu. Bercakap klu aku nak jawapan, Bertanya bila aku xtahu..Terutama berada ditempat baru and aku the only person yang macam org bodoh di situ lagi la aku kurang nak bercakap..So Kak *T** boleh kata aku langsung xbercakap ngn dia didepan my 1st supervisor..U lied him!!! Selamat aku masih ada kekuatan wlupun aku tgh sakit mata sgt2 tyme tu... i said "saya tegur dia kdg2 je" means that aku tegur dia bila perlu je..dan2 tu la Kak *T** kata "aah mcm2 tu je la"..welahwwwehhhhh td ko kata kat supervisor aku ko xpernah tegur aku..klu aku xbgn bela diri aku selama2 nya la supervisor ingt aku xbertegur dgn ko..nak wat fitnah skali pon tgk la sikit empunya badan tu depan ko..sori terpaksa berkasar.. Tp thanks to my 2nd supervisor dgn ayat2 y rupa gini "aizah mmg jenis xbyk cakap pon"..thank uuu byk2 en.M sebab ayat to..at least 1st s/visor tahu aku jenis yang mcm mana.

Bab terima arahan berkerja..i know la aku sekadar budak prac kat situ, so aku dah get ready utk dibuli..since kak *t** xde,memang my "boss" yang kc kerja..tp aku still terima arahan dari clerk and manager utk photostat,fax,scan and bla2..xde masalah papepon..dah kau xnak kc aku kerja,jgn la blame 'boss' aku punca ko xnak kc aku kerja.. aku xkisah pon sapa nak kc aku kerja..even kak M*R* dari department sale pon penah panggil aku utk tlg dia  photostat bank statement ..aku buat je dengan senang hati..xde masalah pon...cuma dia je,benci aku ke?menyampah kat aku ke??ntah la...aku nak mengumpat pasal ko pon aku xde point and i dont know who u r so nak kutuk for what??buat tambah dosa je.. 

dalam hati aku berkata(ayat poyo), even diberi peluang menjawat jawatan tggi dgn gaji lumayan skali pon, aku akan tolak serta merta..sori to say la yang environment dekat situ sgt xharmoni. Rusuhan kat mesir to much more better than kat office. And sometime terfikir,aku takut nak melangkah ke alam pekerjaan klu silap2 aku dapat kat offce yang berkeadaan tak harmoni mcm skrg..sungguh tertekan..so esok kena mula kerja and aku bersedia utk dibuli.. ;)

sian kat saya ;(



(sometime blog ni berguna jugak utk aku lepaskan perasaan aku ;) )

Monday, February 14, 2011

dunia tanpa gangguan dan bebas keserabutan

kehidupan kita memang susah ditafsirkan. ada sahaja ribut,kilat yang hadir tanpa diundang. segala kekagetan ini berlaku tanpa diundang langsung. maklum sahaja, di usia muda ini segalanya mahu sempurna. orang-orang tua ada menyifatkan anak muda umpama enau dalam belukar. walaupun payah untuk melonjak naik keatas kerana dihalang akar,ranting dan dahan namun ia tetap teros memanjat,memijak antara satu sama lain semata-mata mahu mendapat pancaran matahari.

jiwa aku berasa sungguh tenang bila ada di daerah jajahan ini. tanpa diulit sekumit kegelisahan. sungguh menyedihkan bila terpaksa berangkat meninggalkan jajahan ini. aku rindukan daerah ini ataupun aku rindukan sayang aku. perasaan itu sangat mendalam kepada dia. walau serancak mana permasaman antara kami, bila berjumpa sejuk hati terus. pelbagai komplikasi yang berlaku terhadap aku bila berjauhan dengan dia. penangan dia dalam diri bukan kecik. hidup tetap perlu diteruskan bukan.

dia tak pernah mendatangkan keserabutan dalam kehidupan aku. sebaliknya dia banyak mentulangbelakangkan hidup aku yang mudah terumbang ambing di pukul masalah. aku cuma mahu kalau boleh kehidupan kami dengan lebih tepat lagi hubungan kami berjalan lebih lancar tanpa sebarang gangguan yang boleh merencatkan segala perancangan. harapan sungguh tinggi diletakan mengharapkan segalanya sempurna. semoga semuanya seperti diharapkan berlaku kelak.

dia=aizah baharin

Saturday, February 12, 2011

::perasaan kami berbeza::

entry yang pasti menyedihkan aku. Huh lately mood and perasaan mcm2.Sekejap elok,sekejap down. Penat melayan perasaan sendiri. ohh before membebel lg panjang,4 ur information Megat Afif,this entry is not for u ok..

our relationship is over for her but not for me. Even dia membenci aku (i know) and dia juga mengakhirkannya, tapi aku masih xdpt mengakhirkan nya. Sebab dia istimewa bg aku. And i know,aku x special bg dia but its ok. Aku faham.

every day, Fb and her blog akan aku bukak untuk tahu setiap perkembangan dia. Happy ke dia melalui hidup2 dia bersama teman2 dia yang dia syg tu. Sihat ke dia. Makin cun ke dia. Semua aku akan ikut stp perkembangan dia. Sebab dia msh kesayangan aku.

sebenarnya, aku masih dan sentiasa rindukan kau ain walau sekejam mana kau menuduh aku..its ok for me..


this entry is dirct for u my fren,Ain.

.pen off.

Thursday, February 10, 2011

cantikkah aizah???

soalan itu sangat menunjukkan aku seorang y perasaan...hahhahah..biar lah aku nak perasan pon..ko tergugat ke??hahahha(gelak jahat)

nie cerita bukan nak bangga diri..and bukan nak perasan tp juz persoalan napa ia terjadi...

kenapa dari sekolah saya slalu diusik?dingorat??eeee rimas taw x!!!(napa dah tukar bahasakan diri plk ni??)pewiiiit2,hai,ehemmm...hello i rimas ok..sgt2 xprofessional cara mengorat tue..tu pasal sikit pon aku xlayan coz korang sangat xberadab!!

Napa aku jadi mangsa ngorat korang ha??aku cun ke?comel ke?cantik ke??
aku selekeh la..gemok plak tu..pendek taw x!!tu pon korang nak ngorat..bukak la mata tu kc bulat betul2..ishhhhh

pesanan aizah untuk aizah: xpayah la bergaya sgt p kerja..nanti kena ngorat!


then,aku patuh pd pesanan tu..so sekarang aku dah xbergaya utk elak diri dr kena ngorat..hahahhahaha



.

Maaf, Mengomel Kerana Desakan Waktu (Nián, Yuè, Tiān)

manusia. sentiasa tidak berhati perut. terhadap manusia, terhadap haiwan mahupun alam sekitar. ada sahaja ketidakpuashatian kita. aku masih lagi kaku memandang masa depan aku. warna apa yang perlu dicoretkan dalam kertas a4 kehidupan aku. memang kita bersimpati dengan penuntut di mesir,maka berduyun-duyun bantuan dari semua badan hipokrit yang mahu membantu. tidak pernah aku salahkan bantuan itu, tapi mengapa kerajaan tidak membantu semua rakyat mesir yang rata-rata seagama. kenapa tidak ada kritikan dari pemimpin kita terhadap pemimpin mereka. lebih baik mengingati arwah mohamed bouaziz (semoga roh mu dicucuri rahmat, al-fatihah) link yang berkait KLIK YA 

aku masih merasa tidak puas hati dengan dia kerana menggangu segala perancangan aku. ada sahaja yang cuba dihalang dalam hidup aku. paling aku tak suka bila segala perancangan tidak menjadi  di saat akhir. kerana disebabkan seekor kucing melintas jalan,kita patut menghentam kereta diseberang jalan. langsung tidak relevan. namun itu yang acap kali terjadi masa kini. namun siapa boleh salahkan siapa. ini abad penindasan,. siapa berkuasa dia boleh lakukan apa sahaja.tidak percaya?lihat sekeliling,di atas padang bola sepak,keputusan terletak penuh di wisel milik pengadil, mahkamah?hakim yang mengeluarkan hukuman, stesyen minyak pula harga sudah ditetapkan awal-awal lagi, demokrasi cuma watak keji zionis yang cuma mahu mempermainkan setiap makhluk berakal di muka bumi.

dalam sibuk aku mengerling ke blog ciptaan setiap orang, aku dapati terdapat sesuatu yang menarik berlaku di pekan kuala lumpur pada jumaat ini. pada pukul 2 petang akan ada demonstrasi bagi menyokong tindakan reformis di mesir. di masa ini aku mahu mengutip segala pengalaman hidup. setelah menghadiri ceramah parti politik baru-baru, aku rasa dengan mendemonstrasi sekali mampu menambah matang hidup aku yang kecil ini. tapi sayangnya, pada pukul 5 aku ada ujian yang perlu dibereskan. gagal lagi menghadiri kerana dia. segalanya dikecewakan kerana dia. mungkin dia puas mengecewakan para penuntut dia dalam diam. memang sejak dari  mula lagi dia suka mengecewakan aku. 



"Kehidupan terasa begitu indah apabila ada yang sudi menyayangi"

Wednesday, February 9, 2011

25 random facts about me

tagged by Alia!!!!tq alia coz buat aku kena berfikir ;)

(sat ek nak p mandi dulu)

1.the name given by my parents is Nor Aizah. simple and sumtime org lain xreti nak sebut..so sad bila org lain pggl tp slh sebutan..

2.Anak jati Perak..campuran belanda dan india..hahahah tipu2!!! cmpuran mak dan ayah la pe lg kan2

3.bakal berumur 23 years old..still bayi lg.

4.saya seorg perempuan tulen..xpernah tomboy dan xpernah cuba utk menyerupai lelaki..what for??!!!

5.still have emak and ayah..alhadulillah moga Allah panjangkan umur mereka. Also have abg,akak,adik lelaki and adik perempuan..pakej y sgt lengkap. kami bahagia tp sumtime haru biru jugak ;)

(aduhhh...)

6. saya mempunyai ketahanan tubuh y kuat sebab xpenah p hospital and klinik..setakat pening2 tu biasa tp demam belm tentu setahun sekali lg..sgt2 bersyukur dikurnia kesihatan y baik2 ;)

7.saya xreti mengarang,thats why blog saya ayat tunggang langgang..(yg berbunga2 tu not mine ok)

8.still single but not available..i belong to Megat MUhammad Afif secara tidak sah lg..Nak sah tggu dua tiga thn lg..ohhh today is our 2nd annvrsry ;0

9.saya diploma holder in business studies and skrg tgh bertungkus lumus menamatkan pengajian dlm sarjana muda kewangan di uitm

10.sekarang saya tgh menaip.

11.saya kuat makan

12.saya suka milo and milo pon suka saya.

13.saya sayang LULA..every night msti tidur peluk LuLa

14.saya gemok dan pendek..tapi tu xjadi mslh pada saya

15.saya dulu belajar di SKSI,SKRMM.SMKRMM and MRSM

16.saya xsuka MRSM sebab kat situ saya sgt tertekan di kelilingi dgn pelajar y sgt pandai..

(byk lg  nie)

17.saya selalu perasan cantik krn tu cara saya nak yakinkan diri sendiri berada di khalayak ramai

18.saya ada masalah jerawat y melampau..so ada petua x?

19.saya sntiasa rindukan eqa,nina,izati,azie,jijah tp mira x...HAHHAHA

20.Saya pun rindu kamu alia ;)

21.saya sudah malas bergaya..pergi kerja saya pakai selipar je..no more heels..hahahah

22.saya seorg y malas berfikir..so my boyfie la y slalu jadi otak saya utk berfikir..tq bf ;)

23. saya sgt sensitive..so jgn tggi suara dgn saya sbb saya boleh nangis taw ;(

24.sekarang nie saya sgt malas nak berfikir

25.skrg bie sy sgt seronok sebab dah smpai no.25!!!!!

DONE,ALIA!!!!!!hahahahaha


.l
Happy Anniversary
.I LOVE YOU fifa.

Click here to getImages &
Happy Anniversary Pictures - Pictures
All my love for you FREE!
wishing
u
a
very
happy
ANNIVERSARY


lagu untuk kamu (support band kuale)

 kamu atau sebahagian juga segelintir dari kamu perlu sedari bahawa hari ini hari gumbira untuk aku. namun keluh kesah menerokai jiwa aku. membuat aku bertambah kusam. aku mahu senantiasa berdamping bersama pasangan aku sewaktu menyambut hari bahagia aku terutamanya kami. maaf dipinta untuk kesekian kali aku masih gagal berada disampingya sewaktu hari bahagia kami. aku teramat menyayangi diri dia, pedulikan kelas pagi ini kerana hari ini haribahagia aku. sedangkan malaysia boleh menyambut hari kemerdekaan dua kali dalam setahun, aku cuma mahu sekali sahaja sepanjang tahun. hope our relatioship everlasting


-fifa-



Tuesday, February 8, 2011

::our two years::

remind back our first sight..hahah kat mana ek yang????xingat and xperasan.. xnak story lbh2 n detail2..malu sendiri plak ;p


tp yang,you(owg pon nak ber'i'  'u' gak) still nak menang kata u tegur i dulu (ok,agak gedik bahasakan diri mcm tu..tp xduli..nak gak guna utk hari ni)..I tegur u first la!!!!!!!!!!!jgn berangan nak menang..selamat oyen xboleh jadi saksi kita..klu x,mmg i dah menang u know that!!


ok kembali lembut selepas menyinga td.


Pudu: hehehe 1st tyme jadi peramah dgn lelaki..."eh,x p 'menuju puncak' ke?" (yang,u xperasan ke mcm mana i tahu u kena attend "menuju puncak" tu"??) i know u mesti xpenah pkir kan..sebab masa tu...ermmmm hanya tuhan yang tahu..hehhehehehe


semua disebabkan bus..bus menemukan kita kan2...nanti kita kawen atas bus trans la ek..hahahahahah


nampak sangat la I xreti nak berdikari,sampai kena ajak U temankan i balik..tp klu incident tu xberlaku,mesti kita xmcm sekarang kan2...haaa tu semua kerja Tuhan kan..jodoh pertemuan semua ditgn Dia...


yang,kita xpenah dating kat dlm kampus kan..sgt professional (padahal malu)..
Sampai ramai terkejut bila tahu pasal kita..ayat yg biasa kuar "ehh xpenah nampak pon korang dating??"...jawapan bodoh nye "kitorg professional".. hahhaha haktuihhhh la professional....


then one thing, actually the true date kita msg2 xtawkan..sdar2 dah berkasih sayang je(btlke ayat aku nie??)..so, kita reka2 la date y leh diingat sampai bila2 dgn buat rujukan pada messages kita..so we decided to choose 9th feb as our anniversary..yessss...dah dapat kad pengenalan!!..why 9th??entah la xtaw..


first msg (actually MMS) yg buat I ada atas awan yang penuh dgn bunga2 cinta :


why u send this mms to me yang?? nak pikat I ek?? ok klu itu tujuan nya, u did the good and the best job!!










okey malas dah la nak menaip lagi...just to wish u :(jiwang sat)

i love u
The way you love me, The way you come in my life, I wish the journey should never be end, till I die
i love u
- Hoping that the love u shared years ago, Is still as strong today as it was, then bringing u much joy, love and happiness to celebrate again
i love u
- Thanks for coming in my life and for making the day special now and then
i love u
-You are truly a blessing from ALLAh.Thank you for being my partner, spouse, lover, and best friend


-I love u dulu,kini dan selama nya...;)




now i know that i miss u sgt2 yang like u do ;(
i celebrate our day alone;(
like last year;(

i will sad when i hear that u xbalik minggu nie;(

huaaaaaaaaaaaaaaaa




.btw..happy anniversary bf.

Monday, February 7, 2011

tolong la layan kejap...

penghujung cuti permulaan sekolah yang terik

maka keluarlah gerombolan manusia dari isi kampung menuju ke tempat mencari duit ataupun ke gedung-gedung pelajaran bermula di sekitar pulau berpinang-pinang diikuti kota berlumpur hinggalah ke selatan tanah air. dengan tidak semena-mena berlakulah kesempitan laluan di atas setiap inci jalan yang bertar di muka bumi negara yang terkenal dengan gelaran harimau malaya ini.kesemua mereka mahu lekas segera sampai ke destinasi tujuan mereka.dari siang membaham malam. Petang menelan gelap. mereka setia membawa kotak-kotak elektronik bergerak. Beburung pula berkicauan di atas rantingan pepohon sambil memerhati dari angin. Petang itu aku merenung luar jendela, cuba melihat pemandangan indah-indah.

Tetapi yang terzahir cuma kekeruhan wajah alam yang semakin sukar dijernihkan. Segala yang sangat indah itu akhirnya dengan cepat pudar. Benar kata pendeta. Sebenarnya, jika hati di dalam jiwa kita yang resah, maka segala yang didandan hias agar segar dipandang mata pun akan bertukar menjadi kurang indah. aku resah memikirkan masalah setempat.terutamanya bila bontot aku dipaku di kerusi atas kotak-kotak bergerak ini selama hampir 7 jam untuk laluan yang paling busuk aku biasa tempuh 2.5 jam sahaja. kenapa masih berlaku kesesakan lalu lintas didalam dunia yang serba canggih dengan tamadun teknologi ini. cuba fikir sejenak bagaimana semua ini berlaku? adakah korupsi yang berlaku di jabatan-jabatan kerajaan, mahupun kegilaan si tauke penjaga jalan raya menyedut dengan penuh nafsu duit dari setiap kereta-kereta yang melalui jalan raya itu.

jika ditatap dalam laman sesawang milik tauke penjaga jalan itu setiap tahun untung bersih setelah ditolak cukai,duti setem,zakat tauke itu hampir mencecah berpuluh-puluh juta ringgit. kenapa tidak si tauke itu memikirkan keadaan manusia yang terpaksa berhimpit setiap kali berlaku musim percutian. memang bagi kami dua laluan bagi setiap perjalanan tidak mencukupi. tiga pon boleh menyebabkan kesesakan lagi. aku bukan mahu menjadi pak bijak yang cuba menganjar kalian yang memegang pelbagai jawatan. laluan yang sepatutnya ditambah perlu la ditambah. sekarang  ni bukan lagi zaman sebuah rumah sebiji kereta. cuba lihat rumah kampung sekalipun ada berapa biji kereta rumah mereka. paling kurang 3 biji.itu baru kampung,belum banglo mewah milik manusia atasan. ada yang hampir 10 biji jumlah kereta dalam ruang kereta mereka. elok la kiranya tauke itu menambahkan laluan yang sedia ada. demi memudahkan aku dan kawan-kawan mahu menggunakan perkhidmatan yang tauke sediakan. tak kan si tauke mahu menunggu sehingga berlaku seperti di mesir. bila ada rusuhan baru pihak luar tersedar keadaan sebenar yang terjadi disana.

ini belum keadaan di setiap kawasan rehat yang disediakan. setiap pengunjung terpaksa berebut-rebut untuk melepaskan apa yang dihajati. kesian aku tengok kaum berlawanan yang terpaksa berbaris panjang semata-mata mahu kencing ataupun berak. kalau aku ditempat mereka sudah lama aku lepaskan dipokok yang sedang malar hijau di semak. 

di pihak berkuasa sebuk di dada media elektronik mahupun cetak dengan propaganda bercutilah di dalam negara. banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. namun sebagai rakyat yang menggunakan kepala dan otak pada masa yang sama,  aku rasa aku bukan yang mahu menempah bala dengan berhimpit-himpit sewaktu musim percutian. bagi aku penyelesaianya mudah sahaja tambahkan laluan. insyaallah segala masalah akan selesai di jalan bertar itu. segala kekhilafan dari aku mohon maaf. aku sudah letih

-fifa-

lagu yang boleh dilayan kala malam bulan tidak cukup mengambang

Saturday, February 5, 2011

::happy birthday::

happy birthday means selamat hari lahir dlm bahasa melayu. Tahun nie aku akan mendapat nombor 2 dan 3 utk umur aku..maknanya 23thn la.. dan selama 22 tahun nie lah aku xpernah meraikan hari jadi aku dgn sesiapa..22thn nie lah aku xpernah meniup lilin di atas kek yang bertulis "happy birthday aizah"... sedey kan..xde sapa yang meraikan ulang tahun kelahiran aku..klu hadiah tu setahun 1 hadiah je la..yang byk nya ucapan2 dari kenalan..ermmm tu pun dah syukur diorg ingt..tp sebenarnya facebook yang remind kan kita pasal birthday kawan2 kita..btl kan??

so utk 6 july nie????

ok bye..tggu je la

.

Friday, February 4, 2011

::aktiviti lasak::

banyak nak dikongsikan tapi malas nak menaip.. so juzt upload beberapa pic sepanjang menjalankan aktiviti lasak di gua tempurung bersama family dan tersayang..

di gua tempurung

wif si jejaka yang sudi ikut

menyerupai kaki seorang wanita

wajah seorg wanita

batu kristal

kawasan beraircond

rehat sambil bertapa

si ayah

si jejaka sdg sliding

si gadis sdg sliding



dah lenjun

kejayaan kami

kejayaan si jejaka

kejayaan si comey

dan kami


u'all yang sudi menatap pics nie,boleh berkunjung ke gua tempurung utk merasai sendiri pengalaman berada di dalam gua..anda tidak akan rugi..percaya la ;)






.

Wednesday, February 2, 2011

what was happened last tuesday???

Kerja dari pagi hingga petang..Duduk dlm office yang mcm peti ais membuatkan lemak2 aku tidak terbakar walaupun sikit..huhhh so semalamnya aku ambil keputusan utk berhenti kerja!!!cewwhhhhh tipu2….aku ambil keputusan utk pergi berjogging-joggang bersama afif(bukan nama sebenar).

Jogging2 punya jogging,suddenly ankle sakit pulak..si afif(bukan nama sebenar) pula bukan main semangat berlari..tapi aku bukan main semangat berjalan+ngada2 xnak lari sebab xnak penat..

Lokasi kitorg berjogging adalah keliling iskandariah castle(wowwww)..2 kali taw kitorg pusing,bukan 3 ke 4 x..dua je!!!pas tu dah semput..alasan why we have to jog? Because tomorrow we will going to Gua Tempurung..si afif yang bukan nama sebenar tue dipaksa follow kami 1 family utk masuk ke gua tersebut..lagi ramai lagi seronok..

So untuk meningkatkan lagi stamina yang ada,kitorg kena la bersenam utk mengelakan malu besar coz xdpt nak sampai ke tempat yang hendak di tuju esok..Too challenging u knowww..

So,good luck for tomorrow guys….!!! ;)

so inilah dia gua tempurung