countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket

Saturday, May 28, 2011

kita,org perempuan kena kahwin dengan laki yang sygkan kita, bukan laki yang kita sayang terlebih"




.

Friday, May 27, 2011

kembali ..

wahh sudah lama xmenulis..ala  bukan hebat pon tulisan aku mcm si bf nye tulisan..ayat nak power smpai kena buka kamus sbb tak faham maksud.. tapi tak de apa nak diceritakan skrg sebab tak ada idea..

apa2 pon skrg aku sudah habis study, insyaallah....dan sekarang alhamdulillah syukur aku sudah berkerja di petaling Jaya..rezeki aku cepat sampai..seminggu saja cuti di rumah..dlm seminggu cuti tu pun dua kali pergi interview at the same company y aku bekerja selama nie..tq safeguard G4S kerana menerima aku bekerja..

Kerja nye best..orang disekeliling pon sgt peramah..best... apa yang best hari nie, td ada party farewell utk sorang staff sbb dia berhenti kerja start today...hidangan nya domino's pizza, aiskrim connetto, tembikai, choc cake dan air laici...pizza tu korang nak lahap byk mana pon korang lahap la..tu yang best tu...hahahha

okkkk bye. :)

Saturday, May 21, 2011

 lagu puisi harmoni ingin ku tujukan

diharap akan menusuk kalbu setiap insan

lagu puisi harmoni ingin ku pasti kan membawa

erti makna serta senyuman



sudah sekian lama

aku asyik bermimpi

bilakan tiba masa ‘tuk ku munculkan diri

setiap hari, diri hanya bersabar

semangat makin bara, niat semakin tegar

dalam hatiku, ku simpan pelbagai lagu

my dream is to fill the world with songs itu citaku

dari muda telahku pegang kepada citaku

kini diberi peluang ‘tuk berlagu kepadamu

songs make the world the go round, ni pendapatku

ada saja lagu yang dapat gambar perasaanmu

tika bersedih, sunyi ataupun bergembira

ada-ada saja lagu yang menggambarkan rasa

aku ini, dikurnia bakat luar biasa

selalu ku bersyukur kepada yang Maha Esa

setiap nota, dimainkan ‘tuk semata-mata

menceriakan sesiapa yang kini asyik berduka



berdirinya ku di sini berpandu satu misi

lupakan seketika wasangka dan rasa sangsi

dengar sebentar, sajakku bermula di sini

berteknik baru supaya dikau akan ingati

namaku kini, tertera di cover CD

ku cuba beri yang terbaru ngan kemunculan ni

sekian lama, ku cari cara ‘tuk lagukan

supaya lagu-laguku diberi perhatian

berwajah tampan, umur awal dua puluhan

kini asyik mempelajari cara kehidupan

hidupan, zaman remajaku baik dijadikan, teladan

supaya pemuda sekarang tidak mensia-siakan

hidup mereka, mereka tidak sedari

satu kesilapan boleh rosakkan peribadi

kiniku, inginkan, semua sila fahamkan

setiap lakuan, tentu ada ganjaran



sekali lagi, ingin ku ulangi sekali lagi

kepada sesiapa yang tak pernah mempercayai

aku kini, ingin bukti betapa

salahnya mereka yang ingin aku tak berjaya

aku kini, semakin matang dan upaya

mencari peluang sendiri untuk capaikan cita

bersyukur kerana, inspirasiku ialah bapa

menjadi contoh terbaik kan ku selalu berjasa

walaupun kita, berbeza bidang kau dorongkan

setiap katamu telah ku ukir di fikiran

dikau mainkan, watak pendorong dalam hidupku

ingin ku minta maaf sekira ada salahku

salahku, dulu hanya tidak mendengar kata

walaupun nasihat aku pandai buat tak endah

kini ku sedar, dikau hanya mengasihi

sampai sini saja, tamatlah laguku ini

Sunday, May 15, 2011

ketidakpastian

ketidakpastian atau uncertainty seringkali muncul dalam hidup ini. separa sedar,sepenuh sedar atau buat2 tak sedar ia berjaya menyentuh hati atau perasaan atau akal atau detak atau sanubari aku. Ia berjaya membuatkan kita sekurang-kurangnya ada usaha untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik. dalam seharian kehidupan ia boleh mengganggu fokus untuk kita meneruskan kehidupan. seringkali kita memaki kerana tidak pasti untuk memilih sama ada mahu makan ayam ataupun ikan bagi lauk tengah ari. itu baru perkara kecil. bagaimana jikalau perkara itu mampu menukar secara total kehidupan kita. kita harus matang dalam membuat keputusan.  Persoalan asas dari perbalahan ketidakpastian itu ialah, kita ungkapkan semula dalam bahasa lebih mudah, benarkah keputusan itu berkemampuan menentukan nasib kita. ketidakpastian itu tidak semestinya menggugat keamanan hidup kita. ia bukan agen2 cia yang sentiasa mahu menjahanamkan negara Islam di ufuk timur ini. cuba kawal dengan serasional dan serelevan yang boleh.

benar,keputusan yang dipilih bukan 100% peratus tepat dan cemerlang. tapi itu keputusan yang kita muktamadkan. maka akur dan harungi dengan hati yang tabah. keharmonian dan toleransi perlu ada dalam diri ini. kita bukan semata manusia yang wujud di dunia ini. maka toleransi antara binatang, tumbuhan, alam perlu ada. tidak pasti akan muncul apabila tiupan masalah muncul. memang masalah sentiasa timbul tapi sebagai manusia yang dihadiahkan ALLAH dengan berjuta serebrum untuk berfikir tidak salah berfikir. renungkan sejenak bilamana ketidakpastian itu tidak ada dalam diri. hidup ini tidak akan maju kehadapan sebaliknya akan lebih nomad dari zaman batu lagi.

aku bukan mahu memberi tips yang stereotaip bagaimana mahu mengelakan diri dari mengalami ketidakpastian dalam hidup. aku juga bukan kaunselor untuk menasihati kamu. tapi terfikirkah kamu apa yang lebih indah selain rasa curiga dan ingin tahu masih berpaksikan emosi diri sendiri. Stesen kehidupan manuSia harus diterokai. di setiap stesen itulah terdapat ketidakpastian yang akan menggugat rajah laluan manusia hingga mampu menterbalikan diri. cuma jangan kita mengusik stesen laluan manusia laen. buruk padah yang akan menimpa jikalau dikacau.

(ketika aku sedang memikir idea untuk menulis, aku sedang mengambil mood dengan menonton tv sambil menaip. sedang aku mencari idea aku akan menukar siaran di tv milik kapitalis yang senantiasa mahu menoreh duit pelanggan yang setia mentang2lah kompeni ini memonopoli industri tv berbayar, aku meletakan remote control sebelah sedikit dengan peha aku. leka menulis dan bila kering idea dan mahu menukar rancangan yang sudah lebih berpuluh kali aku tengok, remote yang disebelah peha sudah tiada. puas menggeledah dan memang tiada. aku pon terus tidur)

penamat yang tiada kesudahan

kawan-kawan aku sebok membuat post di muka-muka facebook tentang pengalaman yang diperolehi sepanjang bergelar pelajar ijazah sarjana muda. maklumlah bagi mereka sem ini sem terakhir belajar bersama (sem depan da stat praktikal) maka mahu dikongsi perasaan. (bagi aku?dari diploma hingga ke degree,  sentiasa terjebak dalam kubangan 'repeat' paper hingga memaksa dimarahi si dia dan mengorbankan masa aku untuk terus memanjangkan tempoh pengajian lain dari biasa) teringat kata-kata profesor falsafah aku. pelajar ijazah sarjana muda dengan kepujian konon, hendak mendefinasikan sistem dalam sistem kehidupan pun tidak mengerti. aku masih gagal mengenali sistem kehidupan aku. mungkin pengaruh hendonisme kuat menghantui diri ini. aku sedar tapi masih belom berubah

mari aku coretkan penghidupan selama hampir dua tahun disini.argh, hampir tiada apa yang menarik untuk dicoretkan. terutama kehidupan di kelas. aku kurang bergaul,menyembang dengan budak2 kelas,interaksi lemah. (jikalau ada budak2 kelas bace post(ade ke) nie maaf banyak2)). bukan aku tidak mahu menjadi akrab dan bergaul baik seperti di johor satu masa dulu. cuma keadaaan memaksa aku. mungkin aku rasa terpencil. memang,aku seperti dimongelkan disini.

terdapat juta faktor yang mempengaruhi keadaan itu. aku tidak mampu tulis kerana mampu menggores perasaan kawan2 aku. aku tidak biasa berkawan rapat dengan  sekalian yang bergelar penerima dekan, aku lebih rela rapat dengan pertengahan sahaja. mungkin itu faktor yang menyelimuti hidup aku sepanjang berada di alam degree ini. tapi, keletahan kalian disana sepanjang masa bersama aku akan cuba ingati. macam mana aku ingat keadaan semasa aku di sekolah. Menjadi blogger bukan bererti aku faham segala-galanya dan punya lesen besar untuk melanyak semua perkara. aku bukan lah super hero yang maha betul dan orang lain hanya penghuni lubang kubur yang terkebil-kebil yang sedang digoreng bukan. maka lebih baik ia disorok dihujung saraf-saraf otak aku.

 mereka sibuk mengatakan,sambung belajar di s.alam? konfirm cultural shock, result teruk, jadi playboy, mat clubbing, dan laen2 yang penuh dengan perasaan buruk.kedangkalan akibat berpaksikan kata-kata semata-mata jelas tersinar. begitu mudah fikiran dipengaruhi dengan kata-kata yang hanya kosong. begitu busuk kata-kata itu jika dibandingkan dengan bau mulut si pengata itu.sudah-sudah la tu. aku tidak berjaya bukan kerana itu. aku cuma tidak mahu masa aku dihabiskan dengan mengadap buku,pukul 1 tidur, pukul 8 bangun bersiap pergi kelas. aku mahu menikmati masa degree dengan tidur lewat, bersukan di kala malam bulan mula menyinar,ponteng kelas senantiasa. yang mana aktiviti itu tidak akan dilakukan bila aku memasuki alam bekerja. memang aku bukan jenis yang stereotaip berkobar-kobar ke kelas.

awal-awal masuk geng aku ada 4 orang (sheb,ap,paa, dan makmin) namun penghujung cuma tinggal seorang sahaja. geng aku sudah hampir berkubur. namun tidak terkubur sepenuhnya seperti blog faisal tehrani. seorang yang tidak aku kenali dari dekat. namun keputusan dia mengundurkan diri dari dunia blog menyentap perasaan aku. dia role model aku dalam membaca. untuk membeli khazanah agungnya memang aku tidak mampu lagi. memang dia ada sebab sendiri. tapi penulisan dia mudah, serta penuh dengan kritikan sinis. senang dibaca dan difahami. pedulikan mazhab dia, sekurang-kurangnya dia tidak takut menyorok, dia mampu menerobos ke dunia remaja untuk merakyatkan remaja supaya membaca. akibat kehilangan kawan sekelas yang hampir sekepala aku menjadi pasif dikelas. tapi aku tetap cuba tidak melupakan telatah geng melaka di melaka kurang lebih 10 orang, selalunya dihadapan mereka ada geng arau dan geng s.alam. dan yang sentiasa memenuhi ruang depan barisan belajar kawan-kawan dari johor manakala sekawan perak sentiasa di depan aku.

kamu sudah tamat belajar. semoga kecemerlangan kamu di kelas diteruskan di medan kerja. memang kerja mencabar. akibat mencabar itu memupuk kita semua untuk lebih matang. di alam pekerja kita perlu belajar lebih berdikari. ini cuma pesanan aku yang ada beberapa kerat pengalaman bekerja. walau seburuk mana pon tempat kerja cuba sesuaikan diri. tidak salah untuk berhipokrit seketika. keadaan mendesak ok. kerajaan pon acap kali hipokrit terhadap rakyat macam menaikan harga gula tapi tidak benarkan kedai2 makan menaikan harga makanan dan minuman. mereka boleh naik tapi rakyat tidak dibenarkan. memang betol2 rakyat didahulukan.    

Thursday, May 5, 2011

~love again~

Oh I'm falling in love again. Is this called love at first sight?Errrrr. No no no..because i'm falling in love with the same person names MEgat Afif... I have no idea at all. Hopefully it is since he comes across my mind all the time. After bergayut lama2, i start to jatuh cinta sekali lagi..hahahah poyo2!!!

If it is, I'll be the happiest women in the world. I'm so grateful after those had happened in my life. I would not despair and never lose hope and I believe HE has a better plan for me and him.. God, we miss each other...please help us and blessing of our relationship..aminn





(saja2 nak post)

an unemployed job ;p

I am an unemployed now. But unofficially graduate in BBA (Hons) Finance .. So due to do not have any work yet, can I just dreaming all the time? can or not???
dream to have a beautiful life and have a family?? boleh X aku nak berangan je?!!!!!!!!

Wednesday, May 4, 2011

sambungan cerita di bawah

(tanpa minta izin si empunya badan yang bakal diumpatkan)

bermula la kisahhh.....


Tiba-tiba teringat pada Multimedia Messaging Service(MMS) tahun 2009 nye...disend oleh si boyfie kepada si girlfriends nye?? WHATTT ada S dekat word girlfriend to thts mean ada lebih dari satu la girlfriend nye..OMG!!!
Kisah terjadi bila si boyfie pergi dinner course nye masa part 6 (our final year la).. then disebabkan si gf nie bukan sama course dengan si bf nya, so si gf nya minta la si bf nya gambar diri bf tu..utk tgk ape pakaian yang si bf nie pakai sewaktu dinner...katanya dinner tu bertemankan arabic ckt..nak tgk la kan mcm mana rupa si bf nie..mana la tau mcm osama ke...rupanya tidak la langsung..dah melayu tu melayu je la kan..hahahahah
So after dinner si bf nie send la MMS kepada si gf nya...si gf pon gembira dpt tgk wajah si bf dlm hp..caption pic nye “ni je yang ada SYG”..(melayang2 si gf tu dgn word syg).. tp kannn ntah kenapa tergerak la hati si  gf nie utk click “DETAIL”..haaaaaa ada tertulis send by num si bf...send to num si gf, andddddd ada lagi 1 num la...xtw number sapa..so si gf dah separa naik angin tp sebenarnya masih tertanya2 no sape plak ni?? Xkan dia send kat mak dia??xkan dia send kan kawan laki dia?? So mula la setan tu beri jawapan kata “tu number pompuan la, bf ko ada awek lain la wehhh”..gler jahat setan hasut pemikiran aku..huhhh (agak termakan la hasutan setan, biasa la iman xcukup kuat)
Esok nye p wat meeting dengan rumate ke2 aka EQA...tanya kat dia mcm mana nak buat nie..nak Tanya tapi hati tgh marah( nie setan punya pasal la)..eqa pun rupanya setan nyata gak..p wat cter y menakutkan aku..kata si  bf ni pasang dua..ohhh mana leh jadi nie... tp setan2 dia pun dia gak tolong aku..dia minta no phone tu, then dia kol...tekan2 no tu..tunggu tuan punya no tu angkat..then??!!! PEREMPUAN!!! Oh no....mungkinkah benar kata eqa??? Eqa letak telepon tanpa kata apa2 kat perempuan tu... kami kembali meeting.....
So eqa kembali telefon perempuan itu..menyamar konon nye kawan kpd perempuan itu y sedang cari mana lokasi perempuan itu berada sebab cari kat bilik tapi xjumpa (sori ayat mcm skema;p) .. Then perempuan tu jawab ‘aku kat kolej cengal la ni”....haaaaa kami tertanya2 kolej cengal tu kat mana?? Uitm jugak ke??ke upm??ke utm?? Alamak satu kerja kena cari plak mana kolej cengal... Dan2 masa tu internet xde plak..klu x dah guna dah khidmat pak cik google....
So guna 5 tenaga kawan, taip SMS, send pada kawan2 yang belajar di universiti selain dr UITM segamat, bertanyakan “ada x kat u korang nama kolej cengal??”
.
.
.
.
Seharian tggu, malam tu baru dapat jawapan...kolej cengal tu dekat UITM PERLIS la (ms tu aku diploma ok, aku x msok arau lagi so aku xtaw pasal cengal tu dekat arau..heheh)... ahhhhh bf aku ada awek lain..ohhh xmungkin!!!! Itu la perangai dari dulu smpai skrg, suka fikir yang bukan2..bukan nak tanya dulu tp terus fikir y bukan2...

Ahhhh nak menangis dah tyme tu bila fikir diri nie dipermainkan..padahal baru je bercinta..dah kena tipu dengan laki....ohhhh xmungkin kena tipu...so dtg la pedoman sikit...dari trus jd tanda tanya baik si gf tanya je trs perkara sebenar....
Jwapan si  bf, itu ex gf nya....ahhhh xmungkin exgf leh dipnggil SYG lg kot....mana leh share nama gelaran ngn aku!! Xboleh2!! Klu nak, p la guna nama lain....

So sblm si  gf fikir jauh lagi, si  bf pon explain everything..dr mula sampai hbs..haaaa tu la kau si  gf, asyik fikir y bukan2 je....pompuan tu bukan gf dia la...Cuma ex je..tu pon nak menggelabah... (dlm hati cuak la gak kan)...
Hati sebelah setan kata, p la siasat kisah silam diorg, koret2 dpt taw sikit je...
Hati sebelah syurga kata, jgn dikorek kisah lama diorg, itu hal diorg jangan nak sibuk..dah jadi kenangan pon..so biarkan je..yang ada skrg nie trs kan  saja....

(cerita mcm tergantung tp dah nak wat kesimpulan dah nie sebab malas nak menaip dah)

Kesimpulannya, jgn cepat melatah la pompuan, sebelum fikir yang bukan2, tanya direct pada pihak lagi satu tu, suruh dia explain perkara sebenar.. dan yang paling penting, jangan sesekali ambil tahu mengenai EX-GF dia..sbb nanti kita sendiri akan jeles then kita akan compare2 kan dia dengan kita...itu sangat xbagus...sekian

teringat perkara yg bodoh ;p

sebelum start cerita..nak minta izin dulu dr empunya badan yang bakal kena kutuk nie...megat afif, saya teringat pasal kejadian nie..so saya rasa ia kelakar sebab 1st time terjadi, and 1st tyme dapat tahu..so sorry ek..heheheh
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
to be continued....