memang kita ni senang. dikelilingi kawan-kawan yang senang. namun kesenangan yang dikecapi bukan untuk selamanya. apabila tiba merasa susah walau untuk sesaat dua, rasai juga. jangan cepat melenting. salahkan alam apabila kesusahan yang ditimpa itu tidak kena dengan tata cara, adat kita. baru disuruh berdiri seketika mahu mencebik dan mencemur tempat singgahan itu. kononya mundur, tiada kelas. tapi kamu itu yang tidak tahu adab. terlalu lama menyedot angin penyaman udara, hingga udara nyaman yang segar diluar itu diherdik kerana kelembikan kamu.
dan untuk yang seringkali rasa seperti dianaktirikan di dunia ini. selalu dikelilingi kesusahan. itu bukan alasan untuk kalian tidak berjaya. jika kena pada teknik dan taktik tidak mustahil kalian mampu lebih berjaya membeli gelang dan cincin yang bernilai ratusan jutaan ringgit.
banyak kawan-kawan aku sudah berubah. ada yang semakin matang ada yang semakin bodoh. yang semakin matang itu tahniah diucapkan. yang bodoh? cepat-cepat berubah sebelum orang disekeliling muak dengan perangai kamu. ini bukan tentang pelajaran. kerana tiada manusia yang pandai 100% dalam pelajaran. ini tentang ilmu berkawan dan bersosial dengan keadaan sekeliling. banyak jangkaan aku yang meleset. mereka yang perangai seperti budak-budak baru nk 'up' suatu masa dahulu kini rupanya yang lebih cepat matang. dan yang aku akan sangka matang ketika dahulu merekalah yang bodoh sekarang ini. dengan kawan-kawan yang sudah berkenalan rapat selama lebih 10 tahun tolak ansur la sedikit. jangan diikutkan sangat keras kepala dalam kepala otak kamu tu. kalau susah nanti kawan juga yang akan dicari. bukan orang lain lagi.
selepas bertolak ansur dengan kawan-kawan lama. jangan la kiranya kita memanipulasi kawan-kawan kita. menggunakan kawan itu semata kerana kepentingan dan kelebihan yang dia ada. bila segala kepentingan dan kelebihan itu diragut oleh kita semudah itu kita lupakan dia. tinggalkan dan dicampakan sebegitu sahaja. durjana. gambaran tepat yang boleh diberikan kepada manusia yang bersikap demikian. hipokrit itu kadang2 perlu ada dalam diri. tapi bukan sepenuhnya. cuma sedikit je. jangan terlalu berhipokrit dalam hidup ini. kelak memakan diri. sudah-sudahla mahu berperlakuan macam tu. orang sekeliling dah dapat baca da permainan kamu tu.
akhir kata salam lebaran untuk semua!!! maaf dipohon sekiranya banyak tulisan, percakapan, pergaulan aku menyakitkan korang....


