countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket

Sunday, June 24, 2012

1000 utk setahun

Aku rancang untuk diri sendri..
setiap tahun aku nak spend at least 1000 utk present birthday aku..

ye la .nak tggu org lain bg hadiah mahal2  mmg tak la kan
so aku amik risiko(ceh risiko la sgt ;p)
utk spend 1000 from my monthly saving spnjg tahun utk beli apa yang aku suka

it must be ONE item...bukan shopping brg yang tak nampak
tapi barang yang boleh nampak n boleh p gunakan sentiasa

ok, hp akan diketepikan sbb  sudah beli guna duit practical last year,..

so anyone can share ur ideas with me..tq

Saturday, June 23, 2012

adakah itu normal?

dulu masa mula2,aku selalu berangan2..
lepas bertahun aku mula plan sikit demi sikit..
segala yang aku buat semua dalam senyuman..
semuanya positif..

bila ia hampir tiba segalanya hancur..
rancangan aku terbantut..
dan aku mula putus harapan..
angan2 itu mcm terus musnah..
terus hilang..

masa angan2, aku selalu berharap
tp bila semua musnah..
ia musnah sekali dengan harapan tue..

Ya Allah, jika benar kami ditakdirkan bersama,
percepatkan lah jodoh kami..
supaya kami jauh dari perkara yang membawa dosa pada kami..
murahkan rezeki kami, supaya kami tidak susah dikemudian hari ya Allah
 Amin,amin ya rabbal alamin.....


Sunday, June 10, 2012

tabik hormat, tabik bangga, tabik dari seorang gadis


first tyme tengok gambar nie,tertabik la spring,...just a simple candid picture tp boleh tersentuh hati semua perempuan..betapa dia seorang lelaki..Ini lah dinamakan LELAKI..

ok sebenarnya xkenal pon sapa dlm gambar nie..sorry le tuan punya gambar..saya curik dr fb anda...xtaw la kau hensem ke tak ke,tapi disebabkan ko tido sebelah baby tu,aku rasa ko memang macho habis la!!so laki2 di luar sana apa lagi mau pikir? p cari baby la,tido sebelah baby,then klikkkk!

k...cau!

bukan gagal bukan lega bukan suka

untuk mencapai sesuatu yang diidamkan adalah sukar. umpama mahu makan. paling asas kena masak atau mengerah kudrat untuk keluar dari rumah membeli makanan.tidak semudah abcde. 

aku tahu mungkin ada yang mencebik usaha aku. usaha aku seperti tidak berusaha langsung. tapi bagaimana aku mahu berusaha jikalau tangan dan kaki aku diikat. aku hanya mampu berfikir apa yang akan aku lakukan jikalau ikatan sudah dibuka. aku cuba merancang. aku cuba meneliti segala yang termampu jikalau aku sudah tidak diikat lagi.

bagi aku masa untuk menunggu ikatan ini dibuka. bila ia dibuka aku akan memecut dengan laju mencapai idaman aku itu. itu janji aku. dalam proses diikat tolong la bagi sokongan kepada aku. tanpa sokongan aku boleh jatuh rebah. masih ingat akan zaman kecil dahulu. bila kita mula bertatih perlahan-lahan kita akan disokong oleh ibubapa dari belakang. dengan penuh sabar mereka menunggu kita dari jatuh. begitu juga aku, kamu, mereka dan semua. kita perlu sokongan

aku tidak mampu melakukan apa-apa selagi ikatan ini diikat rapi. aku cuma mampu merancang. aku tidak mahu berjanji tapi aku akan cuba yang terbaik untuk itu.

mungkin aku kelihatan lemah longlai dari pandangan semua orang. gagal melepaskan diri secepat orang normal lain. tapi itulah lumrah manusia dijadikan berbeza-beza. tidak semuanya sama. 

tiada kata yang mampu diucapkan bila mana kita mengecewakan orang disekeliling kita. perasaan dalam diri tidak boleh dilihat dari luar. susah nak diungkap. bila mereka kecewa kita akan bertambah kecewa. aku tidak pernah merasa lega. 

aku juga mengharapkan ikatan ini secepat mungkin terurai. cuba menjadi seperti kaki kanan yang sentiasa mengimbangi kaki kiri agar diri kita tidak terjatuh.