countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket

Sunday, July 24, 2011

rajuk aku

Mungkin period makin hampir..mcm2 perasaan dapat rasa sekarang nie..tp semua bad feeling..mana pergi good feeling nya? Hormon tengah tak betul semua nak marah..lagi angin klu orang lain tegur apa yang aku buat..aku buat nie nak tegur, aku buat tu pun nak tegur,aku nak baring kena tegur.. buat masa nie aku lagi tenang bersendiri, berfikir sendiri, melayan sendiri perasaan yang gundah gulana ni..

Pada aku Hidup di sini bukan mudah..sejak hilang status PELAJAR dan mula hidup sebagai perempuan yang berkerjaya walaupun xberjaya, hidup mula berubah..everything yang kita buat kena fikir baik buruk, untung dan rugi..if salah langkah kita sendiri yg menyesal.. makan minum kena tanggung sendiri..tak ada lagi belanja dr mak atau ayah..diorg pun tak heran aku berduit atau x..pandai 2 la nak hidup..tapi aku beruntung ada tempat tinggal free..so xde la hidup merempat..gaji tak tinggi so agak sengsara klu menyewa kat luar.. so stay dengan opah je la..pekakkan telinga je klu dia membebel..kdg2 gelak sorang2 je dgr dia membebel..mungkin aku dah gila sbb kdg2 aku gelak sorang2 ...itu maybe tekanan perasaan(think positive)

Ada yg kata aku agak kedekut dlm perbelanjaan..itu mungkin betul sbb skrg aku kena pentingkan diri sendiri dlm soal kewangan aku..aku bukan jutawan pemurah nak belanja2 orang nie..aku makan sekali sehari, jimat duit utk masa depan, ni sibuk2 nak kata aku kedekut..klu korang leh support apa yang aku impikan 2 3 tahun akan dtg, no hal, every day aku leh belanja..so korang please xpayah nak sebok pasal duit aku..

Klu diikutkan apa yang aku rasa sekarang, aku macam nak merajuk pada semua orang..nak merajuk dengan dunia..semua xmemahami aku dan aku xsalahkan mereka sebab aku pon xmemahami mereka secara mendalam..so mungkin itu cukup adil tp as u all know aku kan seorang yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI so aku nak orang beri perhatian pada aku.. aku nak dimanja, di belai, disuap, diberi perhatian100% dr org sekeliling..tp aku sendiri xpernah buat mcm tu pada orang lain so memang patut aku tak dapat apa yang aku nakkan nie..so padan muka aku la...

Pasal raya..aku malas nak rush2 beli tiket..aku redha klu xdpt balik raya ,yang pasti aku kena pergi kerja b4 raya(isnin) and after raya ke 3.. lagipon klu naik bus aku takut balik bersendirian..so dr aku takut, klu xbalik pon xpe sbb aku taw klu xbalik family aku boleh dtg ke sini mcm mana akak pernah xberaya dengan kami dan kami ke tempat dia utk beraya..

Ramai org think negative about me smpai aku tak mampu nak berdiri sendiri dan saat tu aku perlukan seseorang utk support aku..tapi aku memang seorang yang malang sbb saat tu xde siapa yang sudi..so sekali lagi aku merajuk dengan semua orang disekeliling aku..mengurung diri dlm bilik utk masa sekarang ku rasa jalan terbaik..dr semalam td smpai skrg aku masih dlm bilik, keluar bilik utk mandi dan makan..;(

skrg aku bersendirian.......

sayembara dunia yang hampir hina

teringat kisah dahulu mampu membuatkan hati ini senyum. senyum yang dipenuhi dengan pelbagai maksud. terkadang kitas sendiri tidak mengerti samada senyum itu pahit, manis, seram, ceria. hidup ketika dahulu sangat senang. sedikit pon tidak memikirkan tentang duit. tentang harga minyak, tentang harga gula, tentang subsidi sama ada getah ataupun beras. tak pernah langsung terlintas dengan perkataan melayu hidup penuh kepada subsidi. klise. yang cuma dipikirkan tentang keseronokan. apa yang perlu dilakukan pada waktu petang dan malam. bukan setakat melangut didepan kotak tv milik kapitalis semata. menonton rancangan yang kadang kala tidak mengikut mood kita. yang diikutkan arahan daripada general manager syarikat tv. kemahuan rakyat murbawan? sedikit tida dihiraukan. itu sangat membosankan pada waktu itu dan sekarang.


**



dan waktu yang paling ditunggu ketika musim cuti sekolah. waima cuti itu cuma seminggu. betapa 7 hari cuti yang bersamaan 168 jam dan boleh dipermudahkan dengan10 080 minit sangat berharga. teringat ketika berumur 6, 7 tahun. umur yang boleh dikategorikan belum matang pada genre kanak-kanak. pada waktu itu, baik laki dan perempuan sama sahaja. asal diusik oleh manusia besar akan mudah menangis. pantang disergah mudah sahaja menangis.

 dan juga aku akan menangis sekuat hati apabila makbapak aku mengambil aku dari kampung. tidak merasa puas hidup di kampung. tidak puas dengan cuti yang ada. sekali sekala marah kepada cikgu kerana bagi cuti yang sangat singkat. cikgu pula yang menjadi kawasan marah tanpa alasan aku. walhal ada pihak lain yang lebih bertanggungjawab menjadi tempat marah. ketika itu mana mengerti tentang pihak berkuasa. polis, bomba, doktor tahu lah. mana tahu kewujudan kementerian pelajaran ke kementrian pendidikan. pada waktu itu aku tidak mengenal erti rindu. mana mungkin aku akan menangis tidak tentu pasal. tidak mungkin aku rindu dekat rumah di kampung aku. tidak juga kepada kawan sepermainan lecah, becak. sehingga kini usai usia melebihi 20 tahun aku masih gagal menakrifkan perasaan ketika usia.

****

ketika rakan sekolah lain sibuk menyaran kepada makbapak mereka menghantar ke pusat tuisyen terbaik di daerah, aku lebih menyukai makbapak aku menghantar aku ke kampung. lagi segera lagi aku suka. kadang kala mereka sahaja buat sibuk bagi mengelakan aku ke kampung semata mahu aku belajar ketika cuti. makbapak mana yang tidak mahu anak mendapat keputusan tertinggi di sekolah. lagi menarik jikalau meraih kejayaan ketika hari anugerah. aku? sedikit pun tidak mempedulikan itu. kekadang, akibat kedegilan yang begitu kuat, aku menguatkan diri dengan menaiki bas secara sendirian. dari rumah aku ke kampung mungkin sekitar 10km (lebih kurang) dan perlu menaiki dua bas yang berbeza dengan iltizam dan intuisi yang tinggi aku lakukan dengan seorang diri. dengan sedikit bantuan dari makbapak aku dari segi kewangan. kawan-kawan sebaya aku semua sudah biasa menaiki bas henti-henti sejak usia 7,8 tahun. hendak dibandingkan dengan kanak-kanak sekarang. semua hendak mengharapkan dengan bantuan makbapak masing2.


sebelum aku berlepas ke hentian bas terdekat, aku akan menelefon atuk, untuk menunggu aku di hentian bas di kampung aku. di kawasan hentias bas aku terdapat banyak anjing belaan suka mengejar orang yang lalu lalang. tapi sedikit pon aku tidak meminta bantuan makbapak aku menghantar ke hentias bas. sebaliknya, hentian bas di kampung aku tidak ada seekor pon anjing, aku mengada mahu atok aku mengambil aku. bukan gedik tapi aku mahu perhatian dari atuk aku.

sesampai sahaja disana selepas peluk cium atuk dan opah dan melemparkan beg ke atas katil perkara yang paling penting berjumpa dengan kawan-kawan. memandangkan kawasan perumahan kami hampir dekat (rumah kos rendah) aku tidak perlu memberi salam sekuat hati dan menjerit nama mereka. sebaliknya berkumpul di kawasan rahsia dan membuat bunyi. bunyi itu cuma kami sahaja yang taw. selesai membuat bunyi, selang beberapa minit 3,4 orang kawan sebaya aku sudah muncul. masing-masing membawa agenda tersendiri. masing-masing ada plan yang menarik untuk dilakukan sepanjang cuti. azri (fizikal paling beso), puadi, azam, lak, apis, fuad (sepupu), faiz (sepupu) semua bersedia memulakan.


***

aku terlalu rindukan masa itu. kalau boleh sekarang aku mahu melepak bersama rakan sebaya sekampung aku. bukan mahu bercerita siapa yang kuat, siapa yang berjaya, siapa yang kaya, siapa yang ada master semua. bukan itu. mahu kembali melakukan aktiviti lama. bermain senapang kayu, mandi kolam, tangkap ikan, menterbalikan bekas getah milik  tuan getah yang jahat, main meriam tanah dan segala hal yang dilakukan oleh warga kanak-kanak kampung.

sedikit pun tidak hiraukan buku, kerja rumah. tidak pernah dipedulikan sama sekali. seawal 6 pagi da bangun dan berjogging bersama. itu cuma alasan untuk keluar rumah. sebaliknya pergi kacau anjing di hutan, panjat bukit di belakang rumah, memancing di sungai mahupun longkang. ketika itu dunia menari ala shufle, snooker, video games belum tiba. maka masa aku memang begitu terisi. tidak dihabiskan begitu sahaja.

tengahari baru aku pulang kerumah. bersiap. sambil sudah berjanji akan makan tengah hari bersama. masing-masing akan membawa sendiri hidangan dari rumah. sambil makan bersama sambil bersembang sambil bertukar hidangan. syarat orang tua kami pukul 2-4 masa untuk berehat. tidak ada sesiapa yang akan keluar. semua akan dikurung dan disuruh tidur dirumah masing-masing. petang macam biasa bagi budak laki. masa untuk bermain bola, paling tidak main badminton, takraw dan segala apa yang jenis sukan bergantung kepada keadaan semasa.

***

atok aku paling aku salute. dalam diri dia penuh dengan disiplin. maklum la dia merupakan bekas askar yang pernah berkhidmat di somalia suatu masa dahulu. dia sangat menyayangi cucu-cucunya. tapi jikalau kami (aku dan sepupu-spupu) menipu dan berbohong memang akan ada kesan tali pinggang di belakang badan. itu paling pantang dia. jangan menipu. saat yang sukar aku lupakan jikalau dari pukol 2-4 kami tidak tidur, kami akan diasingkan. atuk tetap mahu cucu dia tidur pada waktu itu. alasan? aku tidak berminat nak tanya. lagipun itu antara aktiviti yang senang dan tenang. kenapa perlu ditanya apabila ada orang memberi kita duit kan. begitulah satira yang bersamaan. dan kami juga diajar supaya setiap kali tetamu datang kami kena menyorok di dapur, bilik. jangan keluar, sibuk hal orang tua. dan akibat itu sehingga aku remaja aku sudah terbiasa apabila ada tetamu yang hadir dirumah aku akan duduk dibilik sahaja.

terlalu banyak memori manis aku bersama atuk aku. dari aku kecil hingga aku hbs spm atuk aku banyak membantu aku. banyak memberi dorongan dalam diri aku. aku tidak mampu menulis kesemuanya. dada yang sebak mampu membuat air mata mengalir apabila terkenang masa-masa indah bersama atuk aku. kagigihan dan keikhlasan dia menjaga dan melayan aku membuatkan betapa aku menyedari hidup ini perlukan keikhlasan. itu tidak akan mampu dibayar oleh si kaya di banglo mewah sana nun. dan kenangan itu semua aku akan biarkan di benak otak aku ini. terlalu manis. terlalu tebal untuk dikongsikan.


untuk atuk semoga kamu tenang di alam lain. tidak lama kita akan bersama juga di alam itu.

al-fatihah hasan bin haji iberahim


ddddddd

Friday, July 15, 2011

si cik dah kembali ;)

eyeyeyyeey dh lama tak jenguk blog nie..selamat si encik rajin menulis..so xperlu la si cik mengupdate cerita yg merepek..so si encik, si cik amanahkan bolg ini pada awk ye...

si cik busy bekerja, mencari dwit, OT kc kencang sbb nak raya so kena sediakan dwit raya la...huuuhh next week genap 2bulan bekerja di tempat kerja nie la...So far sgt best kerja di sini tp dah mula bosan dengan kerja yang ada..so i need more tasks there ,then boleh OT kencang2 nye...OT last month 12.5 hours..so xbrpa kencang..this month target 20+ hours..haaa leh shopping sakan

Mak kata last month nye income jgn simpan lagi..beli je apa yang kita teringin..so aku pe lagi mmg shopping sakan la..bantai kasut sampai 2..tp baju xbyk plak nak beli..so kena beli byk2 la..

dah la malas nak tulis dah..bye2

serabut dengan manusia yang tidak berfizikal seperti perabot

aku pun tidak mengerti dengan dunia ini. terlalu banyak ketidakfahaman yang menyelimuti kehidupan kita. aku baru selesai menonton perlawanan persahabatan Malaysia menentang arsenal.  mungkin kehadiran arsenal ke sini atas desakan kapitalis celaka. kalau diikutkan ranking malaysia dengan Mali (sebagai contoh) sungguh berbeza. mengapa mereka lebih berminat disini.

aku mengakui kurang,tidak, tipis, sedikit minat dengan kelab dari british. bukan bereerti aku tidak mengambil tahu langsung. banyak sebab kenapa aku tidak meminati kelab disana. yang jelas kita masih dipengaruhi minda penjajah. itu sudah jelas. sedangkan mereka tiada apa yang hendak dibangakan. kalau liga EPL itu hebat, gah, gagah. bila kali terakhir pemain kelahiran england meraih gelaran pemain terbaik dunia. bukan pemain luar yang bermain untuk kelab tersebut ya! selepas sedikit kajian dan rata-rata yang meraih dari tahun 1990-2010 para pemenang itu bukan dari kilang-kilang epl.  bukan berasal, bermain untuk akademik dari sana. mahu mendapat fakta lagi? ada banyak lagi cuma cukup setakat ini. sudah. malas bertekak lagi

2009 aku pernah menonton perlawanan malaysia bertemu manchester united. dan bagi aku. kehadiran sangat berbeza. ketika man utd datang, keadaan sangat sesak. terlalu sesak. berbeza dengan arsenal. terlalu banyak lapang. terlalu ketara dibahagian atas stadium. hingga terpaksa memberi tiket percuma kepada budak-budak sekolah sukan yang berhampiran. supaya yang lopang itu dapat ditutup semaksima mungkin. ini terpaksa dilakukan bagi mengelakan penganjur mendapat malu kerana menganjurkan sesuatu yang tidak mendapat sambutan hangat. pandangan peribadi aku  ok. dan kedua-dua itu aku masuk secara percuma. kenapa perlu membazirkan duit untuk sesuatu yang bukan minat aku. aku bukan anak CEO mana-mana GLC yang dengan mudah membazirkan duit rakyat ke merata-rata negara.

mengenai corak permainan kedua-dua pasukan? takkan nak samakan grafik transformers dengan cicak man bukan. dan bg aku malaysia masih dalam keadaan merbahaya. jangan harapkan semata kepada beberapa pemain. padah yang diterima kelak akan menegelamkan kembali maruah yang baru hendak dipulihkan. memang rata-rata masih muda tapi tidak mustahil mereka bakal mengalami kecederaan yang lama. itu yang dimaksudkan dengan berbahaya. bukan bahaya sepertimana media menakrifkan bahaya demonstrasi bersih hingga berjaya meracuni makcik-makcik di kampung periang kuala kangsar serta pakcik-pakcik di felda jengka 12 nun.

ini mengenai keikhlasan. jikalau kita melakukan segala perkara dengan ikhlas. insyallah kita akan mendapat balasan dengan adil. Allah itu maha adil. kalau kita tidak memilih dalam berkawan. kelak kita yang akan mendapat ganjaran setimpal. ketidakfahaman yang menyelimuti dalam kehidupan akan dibalas bilamana kita ikhlas dalam perbuatan hidup. segala tidak faham dalam hidup akan terhurai dengan mudah.  tidak guna bermuka-muka, hipokrit, menipu terhadap orang lain dan diri sendiri. ia akan memakan diri itu sendiri. dan jikalau rasa diri tidak ikhlas bila berkawan dengan xXx jangan mengharap xXx akan memberi segunung emas kepada kamu!

perlawanan arsenal

perlawanan man utd













psstttttt......bler si dia mahu menulis semula.......

Tuesday, July 12, 2011

feveret tu!!!





dulu aku minat lagu ni time zaman Kurt Donald Cobain menjengah tinggi di dunia aman malaysia ini. dan minah bernama yuna ni bawak...memang lagi suka la lagu ni....

Thursday, July 7, 2011

to my manis ezah

this for some1 who so special in my life..cant describe how much i love her....

Fireworks Words - http://www.fireworkstext.com

free photo rating

Happy Birthday Tweety Bird

Click here to getImages &
Happy Birthday Tweety Bird Pictures - Pictures


hope our relationship everlasting syg......

****aku mmg suke post lambat2 nie....baru rare...****

Monday, July 4, 2011

krupukan

kehilangan.

senang sungguh untuk mendapat kehilangan dalam dunia ini. umpama kita mengedip mata. begitulah realiti kehilangan dalam dunia. kehilangan tidak semudah untuk mendapat dan meraih sesuatu. untuk mendapat pasangan hidup mungkin mengambil masa selama berhari2,berbulan2 dan mungkin bertahun2 kerana mahu mengenali isi hati masing2 dahulu. tapi dengan 2,3 perkataan yang kejam kita boleh kehilangan pasangan itu.begitu juga barang berharga. selama 2 tahun baru motor yang diguna dapat menjadi hak milik sepenuhnya (selepas selesai membayar hutang kepada bank). dan untuk motor hilang sekejap seminit sahaja mungkin. apabila kita alpa dikedai makan mahupun di dalam komuter, lrt, atau keretapi, dompet yang terisi dengan beratus2 ringgit hasil titik usaha selama sebulan bekerja boleh hilang. sekelip mata. sepantas kilat menyambar pokok di pergunungan. begitu analogi mudah yang mampu dikongsikan dengan pengalaman setimpal.


dia pergi dari aku sebegitu mudah. begitu sahaja. tanpa sedikit kata2 terakhir. tanpa ada tanda2 yang aku akan ditinggalkan. aku ditinggalkan terkontang kanting sendirian. tiada nota terakhir ditinggalkan. dia menyepi begitu sahaja. air mata lelaki susah nk jatuh tapi air mata hati lelaki sangat mudah menangis. itu lagi bahaya. tiada siapa yang menyedari. disaat aku kehilangan dia, itu yang berlaku. aku terpaksa berlakon. kau memang kejam kerana mengambil dia sekelip mata. enigma seketika bila aku lambat menyedari kehilangan dia. 

kesima aku bila dia pergi. aku masih meratap. lagi sedih bila kasih sayang yang baru sahaja mahu putik di petik oleh pencacai yang tidak beretika malah boleh dianggap pondan. malu sungguh. aku malu, pencacai @ dia pun sewajarnya malu. aku masih tidak sempat bermesra dengan lebih mendalam. kesempatan yang diberikan terlalu sekejap. sanggup kau merampas sedemikian rupa. terlalu kejam dunia ini. berperikemanusia la sedikit dalam diri kau itu. apa yang kau dapat bila mengambil hak aku. memang dia tidak seberapa dalam dunia ini. tapi kepentinganya dalam hidup aku. tidak ada tolok bandingan. sukar dibandingkan dengan not kertas berwarna,bernombor yang mudah dinilaikan dengan seringgit, sepuluh ringgit, seratus ringgit.


aku masih meratap. hingga kini hingga bila2 selagi aku tidak gila dan mati aku tetap meratap. selagi ada secebis waktu kosong aku isikan kenangan bersama dia. begitu hebat pukulan dia. nostalgia bersama dia sedikit pon sukar dilupakan walaupun pelbagai perkara sudah dilakukan bagi mengisi kenangan aku agar dapat lupakan dia. dia sentiasa ada disisi aku. tidak kira dimana, dalam keadaan apa. susah senang semua diharungi bersama. sekali lagi permainan emosi begitu rakus bermain dalam diri. tidak mampu terkawal. demit. memang kesabaran sahaja yang mampu diungkapkan. (sudah tidak larat meratap)

apa alasan yang diberikan untuk menjustifasikan kehilangan dia. mungkin salah aku kerana kurang memberi perhatian terhadap dia, mungkin juga kerana aku terlalu membenarkan dia bebas sehingga mudah menarik perhatian pencacai tidak berguna itu. dan mungkin aku tidak mengongkong dia sebagai mana dilakukan orang lain. aku juga tidak bercega mungkin dengan keadaan sekeliling. angin di felda medoi segamat tidak sama dengan angin di felda kledang di kota tinggi walaupun di negeri yang sama. begitu juga suasana di tempat kejadian. 

 dan kepada dia. bahagia lah awak dengan dunia baru awak. kepada pencacai celaka itu semoga Allah membalas perbuatan kau  dan di akhirat kelak baru aku bersedia berjumpa kau. maaf aku sukar untuk memaafkan orang dengan begitu mudah.


*************################**********



krupukan = kebingungan, gugup


analogi= perbandingan sesuatu dgn sesuatu (hal dsb) yg telah berlaku; kias


enigma = seseorang atau sesuatu yg membingungkan.


bercega = berjaga-jaga