countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket

Saturday, March 31, 2012

sekelumit malam

sepermalam bukan susah mana mahu ditempuh bukan senang juga mahu diharungi. namun jika tidak kena pada masa malam yang hening mampu bertukar menjadi ngeri bagi kita jika tersalah langkah. bg aku malam itu seperti malam selalu. tiada yang lain. tidak pernah malam aku berubah. asyik stereotaip sahaja malam yang aku lalui. aku bukan manusia yang suka perubahan drastik. aku manusia yang separa kaku. separa aktif. separa malas. separa rajin. apa sahaja akan aku lakukan separa yang mungkin. itu adalah kelemahan dan juga kelebihan aku jikalau kena pada tempat dan masa.



kadang-kadang, jikalau sesuatu terjadi dalam kehidupan aku. aku akan jangka kan ianya sebuah kelebihan untuk aku namun dengan tidak semena ia akan bertukar kepada tragik dan terus menjadi kelemahan yang selemah-lemahnya dalam hidup aku ini.


begitu mukadimah di pampkin tempat perjumpaan kami. dengan tidak semena-mena Keros memulakan penceritaan. pelik. selalunya dia lebih banyak mendiamkan diri. sekarang, dia pula yang bukan main aktif bercerita. mungkin ada sesuatu di benak hati yang mengidamkan dia untuk memulakan penceritaan. manusia kan ke makhluk yang susah dijangka.


sambil menunggu dia menyambung cerita aku merewang ke awangan. memikirkan masalah aku. ada betol juga apa yang dicakap si keros tu. kerana terlalu amik mudah dalam pelajaran, 'pointer' diploma aku pon tak hebat seperti manusia laen. kelebihan untuk aku sebab tak amek berat bila masa belajar. keburukanya, baru sekarang nak menyesal.


ketika baru hendak menyambung lamunan aku. keros dengan nada keras bersuara semula. mungkin sudah mendapatkan idea-idae untuk menyusun ayat. kamu tengok si leman depan tu. dulu masa sekolah bodoh tuli je. datang sekolah semata-mata mahu untuk tido. duduk dibelakang sambil telangkupkan muka dan terus tido. sekarang kamu tengok. satu bandar cari dia nun. siapa yang tidak kenal dengan restoran sekinlop ikan kering bakar tu. semua orang cari. hidup dia pon mewah. aku dengar cerita. masa dia belajar memasak dia betol-betol belajar. sanggup merantau kesana kemari semata mahu mendapatkan hasil masakan yang termantap.


satu pun memang rezeki dia kan. tapi siapa tahu kan. nasib seseorang itu tidak akan berubah jikalau dia yang tidak berubah. bukan main meluap-luap lagi si Keros malam ini.  semalam mesti mimpi yang merepek-repek. itu yang lain macam. cara bersuaranya mengalahkan pidato sang penceramah parti politik nun.

dengan pantas aku mencelah, sepantas usain bolt berlari di trek aku cuba untuk menyelit. mahu mematikan dan sengaja membantah si Keros tu. melihat bagaimana aksi dia apabila kata-katanya di bangkang. hidup ini keringat pembangkang itu penting. mereka yang menjadi perasa kepada diri kita. tapi macam mana hendak berubah jikalau apa yang kita cuba lakukan dipandang sinis oleh orang-orang yang rapat dengan kita. baru hendak melangkah sudah disepak dari tepi. sudah dipandang sinis, diherdik, dimaki.

mahu contoh Keros? kau tengok la cik siti dihujung kampung nun. apa yang dia ada? baru mahu merantau ke bandar sudah dihalang oleh keluarga. bukan dia pergi seorang diri. dia pergi dengan sepupunya. memang dia wanita malahan dia juga naif dibandar. tapi sekurang-kurangnya dia pergi dengan manusia yang rapat dengan dia. bukan dengan sebarangan orang.


aku bukan mahu membangkang kata-kata kamu. tapi kadang-kadang manusia sendiri yang menyebabkan kita gagal dalam kehidupan. bukan benda lain. sedangkan manusia itu diciptakan untuk membantu sesama sendiri bukan. keros diam dengan kata-kata aku. dan malam itu jadi seperti malam yang biasa. malam dimana aku dan keros akan menghabiskan masa seperti sebelum-sebelum ini.

Wednesday, March 28, 2012

kasihku dirampas ;(

sampai bila BOLA terus merampas kasih sayang dari aku?

aku dibiarkan sebab engkau..
aku diabaikan sekejap sebab kau..
aku keseorangan sebab kau..
aku kurang segalanya sebab kau!!!!!