countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket

Sunday, December 9, 2012

Tersungkur belum bermakna mati

Akhirnya aku keluar
Selepas beberapa bulan mencuba untuk bertahan
Selepas aku diduga dengan pelbagai rintangan
Setelah aku mencuba sesuatu dalam diri
Kamu boleh kata aku antara mahasiswa memilih
Pilihan kerjaya y mudah
Tapi cubalah kamu masuk ke dalam
Mungkin baru kamu sedari

Aku cuba melakukan sehabis baik
Cuba ntok tidak memalukan maruah tapi gagal
Dari awal aku tahu ini bukan area aku
Tapi aku seorang y optimis
Aku cuba mencabar dgn mengatakan aku mampu
Aku dibesarkan dikawasan ini
Tapi tetap bukan diri aku
Aku da sehabis baik melakukan y terbaik

Tawaran y diberikan terlalu lumayan
Tekanan y diterima pula tidak mampu tertahan
Ini adalah kerjaya pertama aku y aku rasa gagal
Aku gagal ntok diri, keluarga, bos, dan bos dan bos
Segala tugasan aku gagal mencapai
Sangat teruk

Mereka boleh kata macam2
Itu hak kamu
Tapi ingat
Tak semestinya semua org boleh main bola dgn baik
Walaupun dia seorang pengkritik bola yang bernas
Alex ferguson mungkin genius manager bola
Tapi anak dia sama sekali tak mampu seperti dia

Tapi tidak dapat tidak menafikan bahawa aku byk belajar di sini
Tangga konfident aku makin bagus
Bahasa lingua franca aku sudah bertambah baik dibandingkan sebelum ini
Aku sudah tahu permainan industri ini
Kepada mereka y byk mendorong menasihat mengajar terima kasih tidak terhingga...
Jasa kalian aku kenang sampai mati...

Dunia baru berbeza aku perlu ceburi pula