countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket
Showing posts with label afif's. Show all posts
Showing posts with label afif's. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

Tersungkur belum bermakna mati

Akhirnya aku keluar
Selepas beberapa bulan mencuba untuk bertahan
Selepas aku diduga dengan pelbagai rintangan
Setelah aku mencuba sesuatu dalam diri
Kamu boleh kata aku antara mahasiswa memilih
Pilihan kerjaya y mudah
Tapi cubalah kamu masuk ke dalam
Mungkin baru kamu sedari

Aku cuba melakukan sehabis baik
Cuba ntok tidak memalukan maruah tapi gagal
Dari awal aku tahu ini bukan area aku
Tapi aku seorang y optimis
Aku cuba mencabar dgn mengatakan aku mampu
Aku dibesarkan dikawasan ini
Tapi tetap bukan diri aku
Aku da sehabis baik melakukan y terbaik

Tawaran y diberikan terlalu lumayan
Tekanan y diterima pula tidak mampu tertahan
Ini adalah kerjaya pertama aku y aku rasa gagal
Aku gagal ntok diri, keluarga, bos, dan bos dan bos
Segala tugasan aku gagal mencapai
Sangat teruk

Mereka boleh kata macam2
Itu hak kamu
Tapi ingat
Tak semestinya semua org boleh main bola dgn baik
Walaupun dia seorang pengkritik bola yang bernas
Alex ferguson mungkin genius manager bola
Tapi anak dia sama sekali tak mampu seperti dia

Tapi tidak dapat tidak menafikan bahawa aku byk belajar di sini
Tangga konfident aku makin bagus
Bahasa lingua franca aku sudah bertambah baik dibandingkan sebelum ini
Aku sudah tahu permainan industri ini
Kepada mereka y byk mendorong menasihat mengajar terima kasih tidak terhingga...
Jasa kalian aku kenang sampai mati...

Dunia baru berbeza aku perlu ceburi pula



Saturday, July 21, 2012

melankolia sambil kedinginan




keasyikan dengan dunia kamu sangat melalaikan
kelalaian yang tiada terhalang
mereka kata kamu kena mencapai halangan itu
halangan yang menjanjikan kamu berjaya
bukan berjaya seperti berjaya holding
tetapi berjaya dalam dunia itu

dunia yang diperlukan sekarang
pergi kemana sahaja dunia itu digunakan
ada yang mempergunakan dengan cara salah
cara senteng untuk memperoleh dunia itu
dunia itu hingga hari ini tidak terpadam
sukar dipadamkan oleh yang mencipta
tetapi yang mencipta sudah risau
mereka sedar akan kelemahan dunia ciptaan mereka

dan aku terjerumus dalam dunia itu
bukan salah bukan paksa tapi cabaran
setiap yang berlaku mesti berlandaskan sebab
kita perlu matang dan terbuka
menerima segala cabaran hidup
begitu juga menerima kritikan
keterbukaan sekarang paling susah dicari
terutama orang aku

untuk permulaan biarkan aku bermain
melihat bagaimana padang permainan aku
ramai anak muda yang mencebik
tapi sebagai org muda kita harus terima
memang susah, memang sukar
tapi percaya bila sudah putus hubungan kewangan keluarga
yang susah menjadi senang
yang sukar menjadi lenang

sahut cabaran ini dan hidup dengan keterbukaan kawan!

Friday, July 20, 2012

bosan dan aku


berlari lah kita mencari-cari peluang
tercari sampai bila
apa yang dicari langsung tiada target
lantas cuma tahu mengisi apa yang patut diisi
dengan pemahaman yang lengkap
baru dapat membezakan yang fasih
baru tahu erti gagap

bagai baru terlepas dari sangkar
sangkar emas yang membuat aku termanja
dimanjai sepenuhnya dunia
bila biasa disuap mulut
disediakan makanan hadapan mata
keperluan harian sudah dibajai dari kecil
diberi pula tambahan kenderaan
sekarang semua sudah disekat sudah dilekat

ia umpama perang ditengah lautan manusia
harus menembak arah dan sasaran
bukan menembak orang awam
bukan menghala muncung ke arah pokok keras
semesti tidak harus dituju kearah diri sendiri

pilihan harus dibuat setepat mungkin
tidak perlu tepat pun tidak mengapa
janji sudah ada tapak
apa yang perlu difikirkan adalah diri sendiri.
diri yang membataskan jaya dan jahanam

keluarga boleh bagi sokongan
kawan-kawan boleh bagi dorongan
tapi kejayaan tetap diatas kongkongan diri
selagi diri boleh mengeluarkan diri dari kepompong jahat
maka mustahil tidak menjadi masalah

ada yang awal ada yang lambat
tapi kejayaan tidak mempunyai limitasi
yang ada limitasi cuma masa
kita hanya diperuntukan 7hari seminggu
24 jam sehari
kelihatan sangat adil untuk berjaya

maka kejayaan yang harus ditembak bukan diri!



Monday, July 16, 2012

saat merupakan moment keadaan

memang aku rindukan saat itu
saat yang aku tidak perlu membuat keputusan
 saat yang bukan menjadi penentu segalanya
dan masa 
menjadi kata putus aku sekarang
aku kurang serius dalam kehidupan saat itu
sekarang aku perlu melalui saat itu
peritnya cuma aku ketahui
perasaan sukar digambar
terkadang gembira
didatangi suram
menyusul si gelisah tidak tentu masa


memang susah membuat keputusan 
memang aku kurang mengetahui
tapi pengetahuan boleh ditambah
keputusan boleh berubah

sekarang kami cuma bersama di ruangan skrin bodoh
skrin yang gedik
skrin yang menelan duit kami bila dia sudah tamat tempoh
 skrin yang menjadi saksi kaku hipokrit aku
saat itu
kelihatan gembira dalam skrin
tapi hati aku mengimpikan masa itu
masa itu sudah tiada 
mereka ke selatan
kamu ke timur 
dan aku masih terhuyung-hayang

kami tidak pernah serius ketika mengadap
tidak pernah kecewa bila gagal
tidak sesekali bergaduh
tidak sama sekali akan putus
cuma dalam benak kami mahukan gelak tawa

buat mereka,kita bersama berjaya dalam kehidupan ini

Sunday, June 10, 2012

bukan gagal bukan lega bukan suka

untuk mencapai sesuatu yang diidamkan adalah sukar. umpama mahu makan. paling asas kena masak atau mengerah kudrat untuk keluar dari rumah membeli makanan.tidak semudah abcde. 

aku tahu mungkin ada yang mencebik usaha aku. usaha aku seperti tidak berusaha langsung. tapi bagaimana aku mahu berusaha jikalau tangan dan kaki aku diikat. aku hanya mampu berfikir apa yang akan aku lakukan jikalau ikatan sudah dibuka. aku cuba merancang. aku cuba meneliti segala yang termampu jikalau aku sudah tidak diikat lagi.

bagi aku masa untuk menunggu ikatan ini dibuka. bila ia dibuka aku akan memecut dengan laju mencapai idaman aku itu. itu janji aku. dalam proses diikat tolong la bagi sokongan kepada aku. tanpa sokongan aku boleh jatuh rebah. masih ingat akan zaman kecil dahulu. bila kita mula bertatih perlahan-lahan kita akan disokong oleh ibubapa dari belakang. dengan penuh sabar mereka menunggu kita dari jatuh. begitu juga aku, kamu, mereka dan semua. kita perlu sokongan

aku tidak mampu melakukan apa-apa selagi ikatan ini diikat rapi. aku cuma mampu merancang. aku tidak mahu berjanji tapi aku akan cuba yang terbaik untuk itu.

mungkin aku kelihatan lemah longlai dari pandangan semua orang. gagal melepaskan diri secepat orang normal lain. tapi itulah lumrah manusia dijadikan berbeza-beza. tidak semuanya sama. 

tiada kata yang mampu diucapkan bila mana kita mengecewakan orang disekeliling kita. perasaan dalam diri tidak boleh dilihat dari luar. susah nak diungkap. bila mereka kecewa kita akan bertambah kecewa. aku tidak pernah merasa lega. 

aku juga mengharapkan ikatan ini secepat mungkin terurai. cuba menjadi seperti kaki kanan yang sentiasa mengimbangi kaki kiri agar diri kita tidak terjatuh. 



 

Sunday, May 13, 2012

mereka menjerit di luar, aku menjerit dari dalam

kalau salah sila betulkan aku

ada seorang manusia. nama dia A dan dia lahir sekitar 1946. seperti biasa dia menjalani rutin harian yang  biasa bagi manusia biasa. tiada yang luar biasa. dan di sekitar 1987 si A meninggalkan dunia. sudah menjadi kebiasaan yang bernyawa akan ada had hidup.itu sudah ditetapkan oleh Maha Pencipta. dan sudah ajal A untuk meninggalkan dunia. 

pemergiannya ditangisi, diratapi oleh sanak saudara, taulan terdekat. kebetulan si A mempunyai anak yang bernama B. B berkahwin dan dianugerahkan anak pada 1988. B menamakan anaknya dengan A demi memperingati bapanya yang pergi tanpa sempat menatap wajah cucunya.


tidak lama kemudian si B meninggal dunia sedang anaknya A sudah mencapai tempoh matang. tahu la A menguruskan kehidupan yang penuh mencabar kerana sudah boleh berfikir walaupun masih muda untuk mengharungi hidup. dan yang menjadi pelik rakan-rakan A kerana A mengaku umurnya sudah 60++ tahun. sedangkan dia dilahirkan pada 1988. dicanang kesana sini umur A lebih 60 tahun. sedangkan rupanya menunjukkan yang dia masih muda. hanya kerana nama dia dan arwah datuk dia sama sesuka hati dia mencanangkan umurnya 60 an tahun. rakan-rakan A sudah mula segan dan menjauhi kerana mempunyai kawan yang tidak sedar diri itu.

moral of the story?aku pon xtaw ape aku merepek pada pagi ini. cuma kehendak nk menulis terlalu tinggi. 


aku mahu habiskan segera praktikal aku. dan mahu bekerja walaupon kerja itu meletihkan.


 aku ada target y perlu dicapai. untuk kalian dan aku semoga berjaya dan tidak mudah ditipu oleh sang penguasa di dunia ini!

Saturday, March 31, 2012

sekelumit malam

sepermalam bukan susah mana mahu ditempuh bukan senang juga mahu diharungi. namun jika tidak kena pada masa malam yang hening mampu bertukar menjadi ngeri bagi kita jika tersalah langkah. bg aku malam itu seperti malam selalu. tiada yang lain. tidak pernah malam aku berubah. asyik stereotaip sahaja malam yang aku lalui. aku bukan manusia yang suka perubahan drastik. aku manusia yang separa kaku. separa aktif. separa malas. separa rajin. apa sahaja akan aku lakukan separa yang mungkin. itu adalah kelemahan dan juga kelebihan aku jikalau kena pada tempat dan masa.



kadang-kadang, jikalau sesuatu terjadi dalam kehidupan aku. aku akan jangka kan ianya sebuah kelebihan untuk aku namun dengan tidak semena ia akan bertukar kepada tragik dan terus menjadi kelemahan yang selemah-lemahnya dalam hidup aku ini.


begitu mukadimah di pampkin tempat perjumpaan kami. dengan tidak semena-mena Keros memulakan penceritaan. pelik. selalunya dia lebih banyak mendiamkan diri. sekarang, dia pula yang bukan main aktif bercerita. mungkin ada sesuatu di benak hati yang mengidamkan dia untuk memulakan penceritaan. manusia kan ke makhluk yang susah dijangka.


sambil menunggu dia menyambung cerita aku merewang ke awangan. memikirkan masalah aku. ada betol juga apa yang dicakap si keros tu. kerana terlalu amik mudah dalam pelajaran, 'pointer' diploma aku pon tak hebat seperti manusia laen. kelebihan untuk aku sebab tak amek berat bila masa belajar. keburukanya, baru sekarang nak menyesal.


ketika baru hendak menyambung lamunan aku. keros dengan nada keras bersuara semula. mungkin sudah mendapatkan idea-idae untuk menyusun ayat. kamu tengok si leman depan tu. dulu masa sekolah bodoh tuli je. datang sekolah semata-mata mahu untuk tido. duduk dibelakang sambil telangkupkan muka dan terus tido. sekarang kamu tengok. satu bandar cari dia nun. siapa yang tidak kenal dengan restoran sekinlop ikan kering bakar tu. semua orang cari. hidup dia pon mewah. aku dengar cerita. masa dia belajar memasak dia betol-betol belajar. sanggup merantau kesana kemari semata mahu mendapatkan hasil masakan yang termantap.


satu pun memang rezeki dia kan. tapi siapa tahu kan. nasib seseorang itu tidak akan berubah jikalau dia yang tidak berubah. bukan main meluap-luap lagi si Keros malam ini.  semalam mesti mimpi yang merepek-repek. itu yang lain macam. cara bersuaranya mengalahkan pidato sang penceramah parti politik nun.

dengan pantas aku mencelah, sepantas usain bolt berlari di trek aku cuba untuk menyelit. mahu mematikan dan sengaja membantah si Keros tu. melihat bagaimana aksi dia apabila kata-katanya di bangkang. hidup ini keringat pembangkang itu penting. mereka yang menjadi perasa kepada diri kita. tapi macam mana hendak berubah jikalau apa yang kita cuba lakukan dipandang sinis oleh orang-orang yang rapat dengan kita. baru hendak melangkah sudah disepak dari tepi. sudah dipandang sinis, diherdik, dimaki.

mahu contoh Keros? kau tengok la cik siti dihujung kampung nun. apa yang dia ada? baru mahu merantau ke bandar sudah dihalang oleh keluarga. bukan dia pergi seorang diri. dia pergi dengan sepupunya. memang dia wanita malahan dia juga naif dibandar. tapi sekurang-kurangnya dia pergi dengan manusia yang rapat dengan dia. bukan dengan sebarangan orang.


aku bukan mahu membangkang kata-kata kamu. tapi kadang-kadang manusia sendiri yang menyebabkan kita gagal dalam kehidupan. bukan benda lain. sedangkan manusia itu diciptakan untuk membantu sesama sendiri bukan. keros diam dengan kata-kata aku. dan malam itu jadi seperti malam yang biasa. malam dimana aku dan keros akan menghabiskan masa seperti sebelum-sebelum ini.

Tuesday, February 21, 2012

aku tidak ada masa depan! masa depan aku adalah sekarang

ada orang cakap kalau kita risau mesti sesuatu akan berlaku. terdiam sejenak. memang la, tak lama lagi result akan keluar. esok je result tu keluar ngok. mana tak risau. ini tentang hidup dan mati degree aku ni. selalunya sem2 biasa aku akan tidak secuak ini. tapi kali ini memang payah menerangkan hati ini. aku dah tak larat nak belajar dah. terlalu tua untuk melalui pembelajaran formal. mungkin itu tanggapan minda muda ini.

walaupun semester ini mudah berbanding sebelum2 ini kerana jumlah jam kredit yang paling rendah namun semester depan sudah bermula latihan industri maka ini yang mengusarkan seluruh pelusuk diri aku. walaupun jumlah jam kredit sangat sikit namun aku cuba untuk menghadapi sehebat2 senjata. sedikit kelalaian menyebabkan hayat aku ditambah lagi di lubuk ilmu itu.aku mahu mencuba lubuk lain. asyik berjumpa dengan lubuk ilmu sahaja. bila lubuk lain mahu diterokai sedang umur makin menginjak ke angka yang besar.

2.
sepanjang percutian kali ini masa aku banyak dihabiskan bersama rakan lama baru. rakan yang sudah lama dikenali dari kecil cuma baru sahaja mulai rapat. angkara golongan bangsawan menukar2 sistem kalendar pelajaran tinggi maka rakan ini aku rapati. banyak perkara baru yang dipelajari. terutama aku baru mengenali mengapa parti oposisi itu sangat membenci pihak berkuasa. nah ini rupanya

jikalau anda semua berkesempatan akan aku ajak sekali. betapa sikap dwistandard, tidakadil terserlah.malas aku nak mengulas panjang. cukup sekadar satu contoh mudah. jikalau golongan kami memasang bendera dan lewat menanggalkan bendera selama sehari lantas pihak berkuasa mengherdik kami. ini realiti dihadapan mata. tapi jikalau parti sang pemerintah punya bendera aku rasa seminggu tidak ditanggalkan pun tidak mengapa. langsung mata dibutakan, telinga dipekakkan.

itu contoh mudah. belum lagi karenah bila kami mahu berkonvoi. akibat takut dengan ratusan motor maka kami ditahan, disekat, dihalau semata-mata mahu melemahkan semangat kami. bila kamu rasai sendiri baru kamu tahu betapa menyampahnya keatas mereka. mana hak kami sebagai pembayar cukai jalan tiap tahun bila ditahan semata-mata membonceng motor beramai-ramai. aku berani cakap jikalau konvoi itu dikuasai si NGO yang tebal semangat ketuanan melayu itu mesti tidak apa yang berlaku.

3.
mereka dengan mudah mengharamkan forex. ganjil aku. aku mula mahu mendekati forex tapi tiba2 diharamkan. lagi pelik bila yang diharamkan hanya forex di internet. mengapa forex di bursa saham, kuala lumpur composite index, bursa malaysia tidak diharamkan. sedangkan konsep masih sama. tanggapan aku mudah. mungkin kerana si pemerintah tidak memperoleh sebarang cukai dari forex internet maka sesenang itu mereka mahu mengharamkan ia (pandangan peribadi aku)

jikalau kalian berminat tentang forex boleh hubungi aku. insyallah aku cuba membantu.

ini kata2 yang aku amek dari laman web rujukan aku sehari-harian "orang agama sekarang hanya membaca doa yang puitis untuk sang singgahsana dan mengeluarkan fatwa yang meredhakan penguasa dan raja."

semoga semua result kita akan seperti yang dikehendaki hendaknya. amin

Sunday, February 5, 2012

manusia bodoh dan bodohnya manusia

ketika sedang bersiar-siar di sekitar padang rata yang mempunyai pelbagai permainan untuk anak-anak kecil aku terlihat seorang manusia yang sedang mengadap tasik ditengah padang rata itu. dia jauh termenung. indahnya hidup ini jika aku dikurniakan adiwira kesaktian yang boleh memikirkan pemikiran manusia. ingin aku mengetahui apa yang difikirkan manusia itu. terlalu jauh termenungnya. sehingga tidak tercapai untuk dikejar. manusia yang berpernampilan seperti itu mungkin sudah matang dalam kehidupan. mungkin sudah lali dengan pelbagai masalah namun kali ini kelihatan seperti dia tidak dapat menyelesaikan masalah itu memungkinkan dia termenung sejauh itu.

sakit hati ini bila dapat tahu sebuah syarikat GLC yang menolak permintaan aku untuk melakukan latihan industri di syarikatnya. syarat utama sudah aku tidak mencapai dengan jayanya. syarikat itu menetapkan sekurang-kurangnya calon pelajar haruslah mempunyai gred paling kurang 3.3. ini yang menjadi persoalan di susuk hujung akal aku. adakah pointer tinggi menjamin kecemerlangan sesebuah syarikat. kalau itu syaratnya tentu banyak syarikat milik GLC tidak lagi muflis hingga menuntut merayu kepada kerajaan untuk membantu dalam rangsangan ekonomi kan.

mungkin mereka berpendapat bila sipelajar genius  yang mempunyai pointer lebih dari 3 tu boleh membantu menaikkan lagi keuntungan syarikat.pelik dan pelik dan pelik. sampai sekarang masih lagi syarikat itu mengharapkan bantuan kerajaan mengelakan dari muflis. tidak percaya sila lihat laporan kewangan mengapa syarikat GLC tu tidak mencatatkan keuntungan. pelbagai alasan diberikan kononya kenaikan kos bahan api sedunia la. merepek. syarikat  musuhnya boleh sahaja mencatatkan keuntungan berlipat kali ganda. siap mampu memiliki sebuah kelab bola di negara bekas penjajah.

ni la akibat teori bodoh kamu. kononya bila si pointer rendah tidak layak untuk ditemuduga sekuran-kurangnya apatah lagi untuk menyarung jawatan kerja kamu. hanya yang 'cerdik pandai' sahaja yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan. dan sampai sekarang si cerdik pandai itu yang memufliskan syarikat kamu.

tukar sedikit stigma pemikiran itu. jangan terikut kolotnya. hidup semakin maju. pointer bukan penentu. yang tinggi pointer ada bermacam ragam ketika belajar. menipu ketika musim periksa, memonopoli pelajaran, merogol ilmu,membodohkan sang pengajar dan berbagai lagi.

dan pandangan manusia yang termenung jauh ditasik itu sudah berakhir. beliau berlalu pergi tanpa menoleh kemana-mana. sambil aku masih bekerut memikirkan bagaimana nasib pelajar(termasuk aku) yang mempunyai pointer rendah ni maklom la tidak layan dan tidak mampu bekerja di syarikat yang gah kononya.

pandangan peribadi aku. kita sudah melakukan kesalahan yang besar dalam sistem pembelajaran kita. mengapa perlu meniru sistem barat sepenuhnya. bukankah sejarah kegemilangan islam yang dulu  menghasilkan ibnu sina, ibnu khaldun, al biruni dan ramai lagi. tentunya mereka mempunyai sistem pendidikan yang begitu cemerlang hingga mampu menghasilkan tokoh pakar dalam pelbagai bidang. tapi ditiru juga barat. yang menjadi mangsa adalah para pelajar. masih mengagumi sultan muhammad al-fateh.

Wednesday, January 25, 2012

terkial-kial lagi

buat pertama kali aku tidak bersetuju dengan kau. sebelum ni banyak tulisan kau yang aku kagumi. kerana sifat sinis dalam tulisan kau tu buat aku kagum. Aku masih kagum dengan kau. Jangan kau risau. Cuma tulisan milik kau baru-baru ni buat aku tidak bersetuju.

Kenapa kita hendak mempertikaikan seseorang itu insaf. Walaupun dia Cuma insaf sedikit tapi sekurang-kurangnya dia ada hati untuk insaf bukan. Sebagai contoh (tidak melibatkan reality) jikalau seorang artis wanita yang pada masa dahulu joget, terkinja, libang libu didepan pentas dengan membuka aurat dan sekarang dia sudah menutup aurat tapi masih menyanyi, apa hak kita untuk mempertikaikan keinsafan dirinya. Asalkan dia sudah berubah walaupun sedikit bagi aku baguslah kan. Kononya dia masih tidak insaf sepenuhnya kerana masih terlibat dalam industry seni. Terlalu primif permikiran kamu.

Begitu juga sesetengah kawan aku yang terlalu padat kritikan terhadap manusia sesama agama.  Pabila pakaianya terlalu moden dicebik dari jauh kononya tersasar dari didikan agama. Apa salah dia mahu berfesyen kan. Selagi tidak melanggar hukum hakam agama bagi aku tidak salah. Jika kamu terlalu tebal ilmu agama bukan tugas kamu untuk mencebik dari jauh sebaliknya pergi bersembang (sembang bukan terus menghukum) si dia tu. Itulah tugas manusia yang ada kelebihan ilmu. Kamu ada kelebihan dalam ilmu agama gunakan sebaik mungkin. Jangan Cuma tahu menyalahgunakan. Jika ada yang tidak kena tegur dengan baik bukan terus mengherdik.

Kita siapa mahu mempersoalkan mereka yang pergi dengar kuliah, ceramah agama ustaz xxx sebab ustaz tu ada unsur humor. Adakah kerana ceramah milik kamu tidak dapat sambutan seperti ustaz tersebut. Walaupun mat rempit, minah clubbing, masuk mendengar ceramah ustaz tersebut bukankah itu perkara elok dalam perluasan agama yang selama ini disempitkan sang pemerintah dengan pelbagai tauliah. Seperkara lagi jikalau golongan mat rempit, minah clubbing itu turut serta dalam ceramah jangan dipandang dengan pandangan yang pelik. Walaupun mereka Cuma insaf sekejap tapi berikan mereka tempat.

Aku bercakap di atas kapasiti aku ni golongan mat rempit. Bila si durjana mahu berubah untuk seketika kamu sang agamawan sudah memberhentikan niat dan semangat kami. 

 maaf. ini cuma tulisan hasil pandangan peribadi aku. aku tahu pengetahuan tentang agama sangat naif. tapi tidak salah untuk aku menyuarakan pandangan aku. 



Untuk merasa kenyang ketika makan kita perlu makan secara perlahan-lahan bukan terus memasukkan kesemua makanan kedalam mulut sekaligus.

Wednesday, January 18, 2012

kabus yang mengambus calar

cuaca sangat tidak menentu sehari dua ni. kadang panas terik. tika sedang enak menyidai baju di halaman rumah tidak semena hujan pula turun. lekas-lekas baju yang disidai ditarik kedalam rumah bagi mengelakkan terkena air asid dari atas. manusia pula lebih ganas dari cuaca. lagi susah untuk diduga apa yang terjadi. jika hujan itu mampu mengeluarkan bunyi apabila membasahi bumi manusia pula kadang jenis yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi bila sesuatu tidak kena disekelilingnya. hujan ada jugak tempoh berhenti dan bila mahu berhenti hujan akan mula sayup-sayup turun. senang diduga. manusia pula terkadang sangat susah untuk menduga. tika guruh dan kilat kuat mengegar perasaan mereka dengan sesaat ia mampu tenang bila dihadiahkan dengan sekalung perkataan, cokelat, mahupun senyuman.


segera aku menyiapkan diri untuk menghadiri tempoh interview yang boleh membuatkan aku sakit perut. susah untuk menguatkan mental bagi menghadapi interview. sudah berusia lebih 20 tahun lebih tapi itu masih kelemahan ketara aku. aku lagi rela berlari berpuluh kilometer jika hendak dibandingkan dengan menghadiri temuduga. lagi-lagi syarikat luar negara. tidak semena mena kena cakap bahasa deme. mane awok pasih pon. ini semua pengalaman di masa mendatang kononya. debaran dalam hati ini siapa yang mengerti. mengharapkan belas kasihan tidak mungkin. terpaksa kuatkan diri dan melangkah kaki je pejabat milik mereka. hati sudah terasa tidak keruan. aku dibiarkan di pintu yang dikunci yang tidak diendahkan selama 15 minit. habis keluar peluh jantan. baru ingat nak berbaur harum sepanjang tempoh temuduga. awal-awal sudah kalut.


aku tidak tahu bila kali terakhir kerajaan semurah ini. pelbagai bantuan diberi akhir-akhir ini. jika niat mereka mahu membantu rakyat teruskan. jika lain maka silap lah mereka. tapi aku baru dapat tahu harga barang makin melambung-lambung lewat masa ini. arakian itu yang perlu mereka selesaikan lebih tegas. namun diharapkan bantuan ini dapat diteruskan baru lah betul istilah wakil kepada rakyat bukan wakil kepada kapitalis ya. dan mungkin majlis perwakilan pelajar perlu ditukar agar kena dengan maksud perwakilan itu.


semoga hujan yang turun ini dapat meredakan kepanasan sekalian akibat dari kedegilan masing-masing.

Friday, January 6, 2012

cengang

dalam kesibukan waktu masih mampu nak merepek dalam blog milik sidia? keadaan memaksa. dalam kesibukan si PM ada juga masa dia update twitter dia kan...begitu si oposisinya, sempat juga dia bagi pening kepala kepada si PM dengan serangan-serangan fakta terbaru. inikan pula pelajar. baru sibuk dengan fyp, final, mesti tahu untuk mengawal searif mungkin.

ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi. selepas puas mengeladah ilmu milik steven R. Lay ni aku pon bergelumang kedalam alam maya. terbaik bila dapat mengetahui sesuatu yang sudah lama ingin mengetahui. terima kasih kepada si update. sila baca ini untuk mengetahui... KLIK..KLIK!!

menarik. memang mengikut logik pagar tidak boleh memakan padi. kenapa aku tidak menanya kepada si cikgu dari dulu lagi kan. menanti untuk disuap sahaja. tidak mahu bertanya. sampai sekarang sindrom tu berlarutan memaksa aku lambat menghabiskan pelajaran.

berakhirnya 2011 membuatkan semua tersenyum, sedih dan macam-macam lagi. tiada beza sebenarnya. masa itu akan sentiasa berlalu. tidak pernah berpatah balik cuma kenangan sepanjang masa yang lalu menjadi simbolik kepada perubahan mahupun persamaan kehidupan ini.

aku ada jiran kiri dan jiran kanan. kedua-dua mereka sudah berkeluarga dan mempunyai anak. tidaklah aku mahu memberitahu lebih perinci perihal kedua-dua keluarga mereka itu. mari mula dengan kanan dahulu. jiran kanan aku suka memarahi anaknya didepan khalayak umum. dimaki,dicaci termasuk memukul baik dengan tangan mahupun alat-alat yang mampu dicapai.tanpa menghiraukan orang sekeliling. mereka pukul dan maki dan marah serentak.

manakala jiran dikiri aku pula keluarga yang boleh dikategorikan gembira. sentiasa saja happy terlihat dari jauh.. bermain waktu petang bersama-sama. sentiasa meluangkan masa bersama, kalau keluar membeli belah sepakat memakai pakaian yang tonawarna sama. tidak pernah aku tengok ahli keluarga mereka masam, walaupon keputusan akademik anak mereka kadangkala tidak secemerlang setanding dengan cerdik pandai dikelas. boleh diperihalkan tiada sebarang masalah sesama mereka baik dalam mahupun luar rumah. tidak pernah mendengan herdikan dari dalam mahupon luar kawasan rumah mereka.

dan yang peliknya. golongan masyarakat kita. baik golongan media bebas mahupun media arus perdana lebih memberi perhatian kepada jiran kiri/lebih gembira dengan mengembar gemburkan keluarga itu ada macam-macam masalah. malah sanggup menghantar bomoh sihir untuk memporakperandakan jiran kiri aku. walhal tiada sebarang masalah yang mereka lakukan terhadap kami semua. mereka (termasuk aku) langsung tidak menghiraukan keluarga sebelah kanan tu. sedangkan sebelah kanan itu la patut diberi perhatian, patut dinasihat. ini nak nasihat yang sudah tiada masalah. yang bermasalah dibiarkan..dan itulah yang terjadi kepada aku, kamu, dia, beliau, dan mereka yang kuat semangat rasialis. semoga 9 januari menjadi tempoh bermakna kepada mereka.

dan ketika perenggan ini ditulis, aku sedang membuang masa usai kertas finale aku. lega memang lega. luar nampak lega. gundah dalam diri siapa taw. selagi keputusan belum keluar. selagi sang pengajar masih menandakan kertas dan tidak mengeluarkan keputusan. selagi itu hati ini meroyan dalam diri. ditambah dengan masa perbentangan yang menunggu maka aku umpama burung didalam sangkar dikelilingi padi kegemaran mereka. terutama si pegah tu. tidak boleh terlalu bebas akibat diikat dengan tugasan yang tidak putus.

tanpa menoleh ke tempat lain ditambah tiada idea untuk mengarut...next movie!!!!

Friday, December 30, 2011

lagu indah perlu dikongsi selalu....


I dream of dreaming dreams of her.....

Tuesday, December 20, 2011

ITU bukan persamaan dengan kamu

memang kami dibesarkan dengan pengaruh itu. maklom. sebagai anak kampung. permainan yang ada pada zaman dulu cuma itu. bukan seperti sekarang. pelbagai perkara aneh telah diada-adakan untuk dijadikan permainan yang merepek.

terdapat jurang dan jarak yang berbeza antara itu dan kamu. kamu lagi penting dalam hidup kami. ketiadaan kamu mampu membuatkan kehidupan seharian kami tejejas. tidak percaya, tanya kepada segala speses kami yang sudah semakin pupus disini.

jikalau ada yang menafikan kemungkinan dia sudah senget.

memang pada waktu-waktu tertentu masa kami banyak dihabiskan untuk itu. tapi cuba faham. bukan sepanjang masa kami dihabiskan dengan itu. bagi kami, dengan melakukan aktiviti itu kami dapat berkumpul semula dengan teman-teman kami yang jarang ketemu. tidak percaya, sila pergi ke beberapa tempat itu. lihat berapa ramai kami-kami berkumpul tanpa sebarang aktiviti arak, ganja, syabu. baik dan sihat bukan aktiviti itu. bukankah itu lagi baik dari judi halal (halal itu persoalan kepada kerajaan memandangkan ada judi haram menurut kamus mereka)

tidak salah jika kami cuma meluangkan masa paling lama 4,5 jam dalam seminggu menonton television untuk menyokong itu.

dan yang paling menarik dan klise apabila masa menonton itu bertembung dengan masa keluar bersama, tengok wayang sekali, ataupun makan malam  berdua. kami-kami cuba berlaku adil dengan memilih kedua-duanya sekali. dimana cuba setenang mungkin untuk berada dalam keadaaan menang-menang bagi kamu dan itu. dan jangan sesekali berburuk sangka dengan memikir bukan-bukan.

kami tidak nafikan ada ustaz menyebut jangan melebih-lebih jikalau mahu menyokong itu. rujuk (KLIK AKU). tapi kamu kena faham. kami menjerit, memaki, melompat itu bukan beerti kami melebih-lebih. kami cuma mahu menunjukan perasaan kami. seperti mana kamu menangis teresak-esak menonton filem, drama korea. sama bukan. tidak sama dari pemberat. tapi masih sama. tumbukan seorang lelaki tidak sama dengan tumbukan seorang wanita. tapi tumbukan tetap tumbukan bukan.

baiklah. apapon yang terjadi. kamu jangan iri hati dengan itu. kamu tetap nombor satu dihati kami. serius. itu cuma hobi dari zaman silam kami. tanpa kamu kami susah untuk berdiri. tapi tanpa itu kami masih mampu berdiri.


**diharap ini dapat menerangkan sedikit sebanyak tentang ITU**

Saturday, December 17, 2011

bertura-tura (marah versi bersungut)

sesuatu yang biasa dan rapat serta akrab dengan kita. kadang tanpa disapa terus sahaja marah menghampiri. bukan susah untuk menaikkan kemarahan. kucing di kedai makan pon tau marah bila kita terpijak ekornya. ini pula manusia yang sering ditimpa pelbagai perkara dalam sesaat.

memang semua sibuk dikala penghujung sem. memang kita tidak dengar nasihat mereka untuk menyegerakan kerja yang sudah boleh disiapkan lebih awal. memang kita ada pelbagai perkara yang tidak diduga berlaku dalam sehari.  memang itu memang ini. manusia memang banyak alasan dan ragam. tapi aku cuma menyuruh melakukan kerja sekitar 5% dari keseluruhan. tapi kamu cuma melakukan 1.5% sahaja. yang lain kamu cuma memberi alasan kenapa tidak mampu membuat.

takkan aku nak memakaikan baju kamu sedangkan kamu mampu. kamu bukan budak kecil yang berumur bawah 4,5 tahun yang perlu dipakaikan baju.

aku pun ada perkara aku. alasan yang diberikan kamu maknanya aku kena lakukan kerja itu. habis kerja aku perlu ditambah akibat kemalasan celaka kamu. aku tidak gemar bertekak, bermasam, bergaduh semata perkara kecil tapi cuba jangan bersikap bodoh. kita semua tidak mengetahui, itu guna wujud perkataan belajar. yang mana kita kena belajar samada secara sendirian atau dengan bantuan. lagi lama aku marah lagi pening kepala.  melayan orang bodoh ibaratnya memperbodohkan diri sendiri, dan bodoh itu tidak kenal batas antara menteri dengan pengemis mahupun CEO konglomerat.


selagi nisbah kesabaran aku boleh meneutralisasikan kemarahan, aku akan cuba mengawal sebaik mungkin. hidup ini bukan semata-mata memikirkan karenah kamu seorang sahaja. dan kalau kamu suka dengan sikap itu teruskan maju dalam hidup dengan sikap tersebut.

 mari sambung balik kerja itu.... #FYP#

to her.....

Thursday, December 1, 2011

zaman kanak2 kita....

Untuk kenalan2 yg lahir pd thn 80/90an, mesti ingat mase skola rendah dulu: -
* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
* bile ade lori vitagen nak datang sekolah,sanggup nangis nak mintak duit kt mak sbb nak beli 5 botol kecik tu.
* RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
... * pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
* main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
* cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
* bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
*main galah panjang n lompat getah masih seronok lagi zaman ni..
*digimon antara permainan yg paling seronok time tu.. agumon la,teddymon la..jumpa org ada digimon je ajak BATTLE.. zaman digimon ni loa paling budak2 skrg rugi tak rasa..
*duit belanja standard rm0.50 ke rm1.00.. budak skrg, RM5! pehh..
* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
* Siri kartun;DRaGON BALL, sailormoon, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman,cybercop Gaban dan mcm lg.
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap Facebook,PS n cyber cafe je.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita.. KENANGAN ni.. budak skrg tak merasa semua ni.

Thursday, November 17, 2011

menyerasikan kehidupan dengan perbuatan seharian.

terkedip mata ini memandang perbuatan mereka. suatu ketika dahulu aktiviti aku dikutuk, dimalukan. kononya kolot, tidak moden. tapi sekarang. siapa yang kolot, siapa yang ketinggalan zaman. tidak perlu malu. dengan menyorok akan menampakan lagi aktiviti tersebut. manusia manusia. memang sedap kita telan air liur di dalam mulut. tapi pabila air liur itu diludah dan dijilat semula. apa rasanya pula.

jikalau apa yang terjadi disekeliling terasa jijik oleh kita. jangan kita mudah mencebik umpama membenci. kerana suatu masa nanti apa yang dijijikkan itu akan kita lakukan tanpa sedari atau secara sedar. kan secara mudah kita akan dibenci. hidup ini tidak kemana. senang sahaja fundamentalis hidup ini. jikalau tidak suka jangan kita melawan. diam itu sudah memberi erti. sudah cukup.

apa perasaan dan tindakan kamu apabila kawan baik kamu (x) berhutang dengan kawan kamu (y) sebanyak rm4000 secara tunai dan dengan pengetahuan kamu.? ini adalah persoalan yang perlu kamu jawab dan renungkan. jawapan akan diberikan kemudian ya.

kehidupan ini bukan beerti mahu mendapatkan kemahsyuran semata. ada banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. dahulu sangup mencium kaki untuk bersama-sama mengharungi kesusahan. bila mula senang sedikit maka dilupakan manusia yang sama-sama mengharungi kesusahan. tidak semua orang selesa dengan kemahsyuran itu. apa ada dengan nama itu. bila ditelan zaman kemahsyuran itu pon diragut juga. cepat-cepat la tersedar sebelum kepala itu berdarah akibat gelombang kemahsyuran dicari tidak mampu digapai.






berbalik kepada persoalan kawan berhutang sebanyak rm4000 itu. itu lah terjadi kepada negara yang aku sayangi ini. apabila hutang negara sudah mencecah ke angka lebih kurang RM400 BILLION. apa yang patut kita lakukan secara relevan. billion itu ada 9 nilai 0.


 kita mungkin senang dengan duit ptptn,  suka dengan duit biasiswa jpa, dengan sekerat gaji, begitujua sedepa duit ibubapa dikampung. tapi apabila hutang itu sudah berlebihan maka gelap negara ini.jika tidak faham cuba kaji apa yang berlaku terhadap Greece baru-baru ini.  aku tidak menghasut cuma menyedarkan apa yang disorok oleh media arus perdana yang cuma tahu menghamburkan pujian melangit.




dddddd

Wednesday, November 16, 2011

mencuba menjadi cauvinis ilmu seketika

ada dua orang manusia yang sangat aku sanjungi dalam bidang penulisan. ok. seorang itu mungkin tidak terlibat secara zahir dalam bidang penulisan tapi lirik-lirik yang dihasilkan sangat menkagumi aku. dan seorang tidak dapat dinafikan dengan pelbagai anugerah yang diterima dalam bidang penulisan.

mereka banyak perbezaan dari segi penulisan. seorang sangat jujur,sinis dari jauh dan bahasa berputar (membuatkan aku terpaku untuk memahami) terkadang penulisanya lebih susah difahami dari belajar Real Analysis.

seorang lagi sinis dari dekat, apa yang ditulis terus terkena batang hidung bg yang terasa. bahasa yang digunakan pula mudah sahaja.  dan membaca karyanya tidak perlu diulang-ulang untuk memahami.

dan persamaan untuk kedua dari simetri aku adalah aku tidak pernah membeli naskah mereka berdua secara sah. aku cuma mendengar di corong sesawang ini sahaja. entah bila aku mahu dan mampu membeli karya mereka. maaf, bukan semua yang didunia mampu menikmati kegemaran mereka. lihat betapa ramai pengemis di pusat pengajian tinggi yang meminta bantuan kewangan diherdik apabila membuat rayuan.

siapa aku yang mana tulisan aku diikuti. aku bukan menghilang cuma terlalai kerana terbiasa tidak melakukan sebarang aktiviti. pelbagai perkara terjadi yang tidak sempat untuk ditafsir disisi aku. semuanya sama sahaja bukan. umpama ayam yang berkokok disiang hari sahaja. menjengah tengah hari tiada siapa yang teringat akan kokokan ayam pagi itu. begitulah senario di malaysia ini.

ini petikan salah satu tokoh yang aku kagumi itu

"Profesor2 sejarah kita sudah jadi Muawiyah dan Yazid, demi menjatuhkan ketokohan dan keperwiraan Saidina Ali, seluruh sejarah harus dirombak dan kebenaran dinafikan. Demikianlah ummah kita diperbodohkan oleh Bani Umaiyyah dan Abbasiyyah dari mimbar masjid."  -FT-


ddddddddd

Wednesday, August 31, 2011

pengalaman diuji oleh pengalaman

kadang-kadang kita tidak sedar kita sedang diuji. secara langsung atau tidak. bila sering kali hidup dalam kesenangan hingga terlupa akan kesusahan yang seringkali terjadi kepada rakyat nun dibawah. jangan la terasa diri ini begitu kebal. hinggakan mahu mendongak keatas untuk jangka masa sekejap pun susah keran lenguh. 


memang kita ni senang. dikelilingi kawan-kawan yang senang. namun kesenangan yang dikecapi bukan untuk selamanya. apabila tiba merasa susah walau untuk sesaat dua, rasai juga. jangan cepat melenting. salahkan alam apabila kesusahan yang ditimpa itu tidak kena dengan tata cara, adat kita.  baru disuruh berdiri seketika mahu mencebik dan mencemur tempat singgahan itu. kononya mundur, tiada kelas. tapi kamu itu yang tidak tahu adab. terlalu lama menyedot angin penyaman udara, hingga udara nyaman yang segar diluar itu diherdik kerana kelembikan kamu.

dan untuk yang seringkali rasa seperti dianaktirikan di dunia ini. selalu dikelilingi kesusahan. itu bukan alasan untuk kalian tidak berjaya. jika kena pada teknik dan taktik tidak mustahil kalian mampu lebih berjaya membeli gelang dan cincin yang bernilai ratusan jutaan ringgit.


banyak kawan-kawan aku sudah berubah. ada yang semakin matang ada yang semakin bodoh. yang semakin matang itu tahniah diucapkan. yang bodoh? cepat-cepat berubah sebelum orang disekeliling muak dengan perangai kamu. ini bukan tentang pelajaran. kerana tiada manusia yang pandai 100% dalam pelajaran. ini tentang ilmu berkawan dan bersosial dengan keadaan sekeliling. banyak jangkaan aku yang meleset. mereka yang perangai seperti budak-budak baru nk 'up' suatu masa dahulu kini rupanya yang lebih cepat matang. dan yang aku akan sangka matang ketika dahulu merekalah yang bodoh sekarang ini. dengan kawan-kawan yang sudah berkenalan rapat selama lebih 10 tahun tolak ansur la sedikit. jangan diikutkan sangat keras kepala dalam kepala otak kamu tu. kalau susah nanti kawan juga yang akan dicari. bukan orang lain lagi. 


selepas bertolak ansur dengan kawan-kawan lama. jangan la kiranya kita memanipulasi kawan-kawan kita. menggunakan kawan itu semata kerana kepentingan dan kelebihan yang dia ada. bila segala kepentingan dan kelebihan itu diragut oleh kita semudah itu kita lupakan dia. tinggalkan dan dicampakan sebegitu sahaja. durjana. gambaran tepat yang boleh diberikan kepada manusia yang bersikap demikian. hipokrit itu kadang2 perlu ada dalam diri. tapi bukan sepenuhnya. cuma sedikit je. jangan terlalu berhipokrit dalam hidup ini. kelak memakan diri. sudah-sudahla mahu berperlakuan macam tu. orang sekeliling dah dapat baca da permainan kamu tu.


akhir kata salam lebaran untuk semua!!! maaf dipohon sekiranya banyak tulisan, percakapan, pergaulan aku menyakitkan korang....