setengah manusia kadar egois dalam diri sangat tinggi. itu perbezaan antara sesama manusia yang lain. bukan kah perbezaan egois membuatkan manusia itu unik. tapi ingat keunikan mampu bertukar kepada keburukan yang lebih buruk dari rupa dajjal. lihat betapa manis gula akibat dimanipulasi sebaik mungkin dajal kapitalis mampu membuatkan diabetes buruk dihujung kaki.
aku memang ada perasaan. egois tetap ada. malah aku tidak nafikan kadar egois aku lebih tinggi dari paras normal. tapi aku masih boleh mengawal sebaik mungkin. ya, kadang kala aku bersikap ego melampu. tapi itu kadang kala bukan berturutan. jikalau ada yang menyampah sila berlaku jujur terhadap aku dengan berterus terang. bukan diam membatu umpama batu di tepi sungai.
kronologi yang terjadi dalam hidup sekeliling aku baru-baru ini membuatkan aku tersedar akan kepentingan egois dalam diri agar pihak lain tidak terasa.
maksud mengawal dan memanipulasi ego itu dua perkara yang sangat berbeza. jangan sesekali salah membuat tafsiran. sekali sekala gunakan kritikal fikiran supaya akal dapat berfikir dan seterusnya insyallah dapat memanjangkan hayat.. kita tidak boleh memanipulasi ego kita hanya mahu menjaga perasaan. itu sudah menipu. contoh mudah. apabila jiwa kita bukan jiwa mamat mahupun minah clubbing, malah dijeritkan dimerata-rata perihal anti clubbing supaya orang taw yang dia sungguh bukan tidak langsung meminati budaya clubbing itu tapi apabila seorang kawan mengajak ke club semata-mata mahu menjaga perasaaanya dia ikutkan sahaja. sampai disana sudah berlaku rasukan kejutan budaya. dan akhirnya dia sudah terjebak sehingga ketagih berlebihan terhadap clubbing dan menjadi penghuni tetap. ini akan berlaku bilamana ego itu dimanipulasi. dan akibatnya lihatlah club2 di sekitar kotaraya yang penuh penghuni sebangsa dan seagama senegara kita. itu semua akibat manipulasi ego ditempat dan masa yang salah.
kalau dia mengawal ego dia. dengan menolak pelawaan ke club itu dan mengajak si mamat/minah itu lepak di kedai makan 24jam yang merata kat negara ini. ha, tidak timbul sebarang masalah yang melibatkan dia dengan dunia club itu bukan.
contoh lain pula, apabila mamat ini (manusia lain) sedang sibuk melayan iphone 4nya dengan melayan komen-komen di facebook tetiba kawan dari tadika muncul di sekitar perumahan yang sudah hampir 10 tahun tidak berjumpa. kawan itu semata-mata mahu menumpang iphone 4 mamat itu untuk mencari peta di google kerana sudah sesat tambahan pula dikawasan itu tiada perkhidmatan cyber cafe dan terus menelefon mamat itu untuk berjumpa dan memberitahu hajat di hati hendak meminjam sementara iphone4 kesayangan mamat. dengan lekas mamat itu memanipulasi ego memberi pelbagai alasan yang konservatif semata-mata tidak mahu berjumpa kawan dia. kerana melayan,membalas, menaikturun gambar, mengedit profil lebih penting dari bejumpa sang sahabat yang lama tidak berjumpa.
si kawan itu pun terkial-kial mencari destinasi tujuan dengan sendiri. segala kekecewaan disimpan jauh nun lubuk hati. sedikit pun tidak dihembus ke angin. mungkin kawan itu jenis yang suka memendam perasaan kecewa. kerana kalau kawan dia jenis yang terbuka akan melampiaskan ketidakpuashatiannya terhadap mamat iphone4 tu di facebook. maka mamat iphone4 itu akan meminta maaf dengan kadar seberapa segera. supaya segala keburukan mamat itu tidak diketahui taulanya di facebook.
dan jikalau mamat iphone4 mengawal ego dengan mengenepikan kesibukan segala bagai facebook sebaliknya melayan karenah kawan itu. bukankah lebih mulia perangai kamu itu. dan kesudahan,pengakhiranya tetap dengan kegembiraan.
mengawal ego sebaik mungkin supaya kawan2 disekeliling tidak terasa sangat dengan perangai jelik yang tidak desedari itu. kunci kepada kebahagiaan dalam perhubungan sesama manusia dari sekecil kawan sekolej, ke rakan serumah , rakan melepak, rakan yang tersayang, hingga sebesar pasangan hidup.
sensasionalisme yang dicetuskan lantas menjatuhkan wacana sikap kamu ke satu tahap yang lebih rendah lagi. maaf aku sukar menerima.
ini cuma delusi aku
*************################**********
bernafsi-nafsi=mementingkan diri sendiri
sensasionalisme=hal-hal yg /sensasi,
delusi=pendapat (idea, kepercayaan, dll) yg silap atau mengelirukan:
Wednesday, June 29, 2011
Saturday, June 25, 2011
paradoks hidup
ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan. hahaha. aku rasa aku ingin menceburkan diri dalam penulisan puisi, sajak pula lepas ini. bukan aku sudah muak dengan penulisan cuma mahu mencuba. melayu terkenal dengan keindahan bahasa bukan. ini adalah momentum untuk aku mempelbagaikan apa yang sudah belajar dari tingkatan 1.masih ingat buku komsas. mungkin dan mungkin selepas ini aku akan mencuba menukar gaya penulisan lagi.
jadi jikalau ada yang kurang senang dengan perkara itu senang-senangkan la dengan mengkritik. aku akan menerima dengan hati yang ikhlas walaupun sakit seketika.

Tuesday, June 21, 2011
keterujaan melampau
ok. kali ini tiada lagi permainan emosi, perlawanan kata, tumbukan tidakpuas hati kepada sesiapa. tiada. ini berkaitan aku sahaja. yang baru-baru ini menjejak kaki ke dewan annexe pasar seni. memang terasa kecil kesana. tiada langsung ilmu tentang dunia mereka. aku ingatkan dengan membaca nukilan-nukilan mereka di laman sesawang sudah membuatkan aku dabik dada. tapi rupanya masih kecil. ilmu membaca blog2 mereka masih tidak mencukupi.
rasa seperti kanak-kanak yang berumur 13 tahun yang baru memasuki sekolah menengah. ingat lagi masa itu. jikalau di alam darjah 6 kita berbangga dengan 'kebesaran' disekolah rendah. sungguh gah raut wajah dengan rambut belah tangan ala-ala nick carter dari kump BSB itu. berlagak ala samaseng disekolah rendah. paw budak-budak darjah 4 atau 5. kacau budak perempuan yang lalu dihadapan(maaf, sekolah aku total lelaki pelajarnya). bila masuk alam sekolah menengah, dan mengetahui ada lagi yang kuat dari aku. yang mampu hanya tunduk dan hormat. tiada lagi muka samseng. malah dipanggil jambu. cis, kurang asam. sungguh geli. begitu la perasaan aku bila menghadiri ada satu indie book fest. (maaf, tidak ingat nama event tu)
sudah dengan hal disana sebab aku respek tulisan mereka dan karya mereka. bila mampu akan aku beli semuanya.
dan untuk pertama kali aku membeli buku bacaan hasil duit aku sendiri. (erm, duit poket yang mak aku kasi setiap minggu,kiranya duit aku lah kan walaupon bukan hasil keringat aku). dan yang paling penting bukan buku ilmiah. buku ilmiah sudah banyak dibeli dari tingkatan 3 hingga sekarang. yang tidak diguna berhabuk didalam kotak. 23 tahun baru memulakan perjalanan. mungkin agak lewat.tapi apa boleh buat. sebelum ni aku kurang mengetahui dunia luar.
siapa aku untuk membuat kritikan terhadap buku ini. maka segala kritikan tidak akan diluahkan, dihentam disini.
bagi aku, event-event seperti itu perlu diperhebahkan dengan jayanya Ibarat, bilangan pisang sudah berlebihan di pasar, nisbah permintaannya sudah tidak seimbang, semua pisang ini hanya tunggu masa menjadi busuk. memang buku-buku itu tidak akan busuk. tapi apabila dibiarkan terlalu lama dan penulis menghasilkan karya-karya baru, yang lama dibiarkan.
ddddddddd

Saturday, June 18, 2011
akomodasi dgn berlagu
^^^^^^^^^^^^^^---------LIRIK***************
Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi
Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu
Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi
Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu
(credit to benjospesel aka ketat sebab tunjukan aku lagu yang indah)
Thursday, June 16, 2011
KITILOP
jika ditanya remaja sekarang kebanyakan mereka tidak berminat dengan politik. terutamanya hal di malaysia. belum disebut hal di wilayah selatan thailand tentang Barisan Pembebasan Nasional Pattani ataupun di Filipina dengan MILF (Gerakan Moro Islamic Liberation Front) dan banyak lagi yang berkaitan di dunia ini. bila disebut perkataan POLITIK mereka tidak berminat dan tidak mahu mengambil berat langsung.
bagi mereka politik adalah mengenai pemerintah dan rakyat. politik penuh dusta dan penipuan. politik semata pilihanraya, pilihanraya dimaksudkan bukan pilihanraya kampus yang sudah lebih 20 tahun mati (terutama di tempat aku). kalau kamu semua tidak berminat. tidak mengapa. tiada paksaan untuk menuntut kamu minat. jadi aku tidak berminat menulis tentang itu. aku cuma mahu menulis sesuatu yang ringan. mahu menuntut kefahaman sebenar.
aku cuma mahu memperkatakan maksud sebenar politik. Politik dasarnya boleh ditafsir sebagai "hubungan antara manusia". itu maksud sebenar. ia bukan semata hal tentang pemerintah, pemungut cukai, penghulu. tukar pikiran kita baru kita dapat menerima sesuatu yang sudah lama wujud dalam diri. jangan sekali-kali menafikan. jangan menjadi jumud dalam pemikiran sekalian.
dari dulu lagi manusia kampung sudah bersatu di satu petempatan untuk mengelak dari menjadi mangsa haiwan-haiwan buas. itu pengertian sebenar politik. jikalau kita belajar sejarah di sekolah kita di ajar tentang zaman paleolitik,mesolitik dan lain-lain. yang mana manusia hidup dalam gua keseorangan sahaja. itu adalah zaman manusia tidak tahu berpolitik langsung. jikalau kamu menolak politik bererti kamu perlu hidup seperti mereka juga.
bagaimana kita disekolah rendah lagi terpaksa memilih kawan untuk bersahabat agar tidak keseorangan. maka beriya-iya kita rapat dengan rakan disebelah kita walhal tidak mengenali latar belakang dengan lebih mendalam. bila diketahu yang dia itu asal dari keluarga yang teruk (mungkin) maka kita berjauhan, ataupun bagaimana ibubapa kita dirumah tidak membenarkan berkawan dengan dia kita terpaksa menjauhkan diri dengan dia. dalam aktiviti harian kita macamana kita memilih lagu-lagu atau drama-drama yang hanya menepati citarasa kita untuk mendengar dan menonton agar kita seronok. cara kamu memilih sedikit aku tidak minat untuk kupaskan. kerana itu hak persendirian kamu. nah, itu antara natijah mudah bagi politik yang kamu anggapkan negatif.
jangan sama sekali fikiran kita yang elok boleh berfikir secara demokrasi sebaliknya fikiran ini di feudal kan. bila memperkatakan sesuatu yang berkaitan politik ditolak mentah-mentah. tapi bila ada perkara yang sebenarnya adalah politik cuma disebabkan ia adalah minat kita (macam sukan,muzik,makanan,kereta) kita menerima pula definisi politik secara tidak langsung. aku tidak menyeru kamu untuk menyertai parti politik. aku cuma mahu memberi pengertian yang sebenar. agar pengertian yang suci tidak dianggap keji akibat kegilaan mereka diluar.
ingat. epistemologi mengenai politik harus diketahui sedalam mungkin sebelum membuat keputusan. sebelum kita semua bergelandangan politik tanpa arah tuju agar konotasi gelap politik dicerahkan semula. nanti tidak digelakan oleh kaum TUA kerana terlalu mengagungkan budaya hedonisme hingga melupakan titik asas kepada kehidupan.
KITILOP jikalau dibaca dari belakang adalah POLITIK.
*************################**********
feudal= mengenai susunan masyarakat yg dikuasai oleh kaum bangsawan
epistemologi= teori tentang pengetahuan, terutamanya yg berkaitan dgn kajian kritis tentang kesahihan, kaedah, dan skop sesuatu pengetahuan
bergelandangan = berkeliaran, bertualang, berjalan-jalan tanpa tujuan:
konotasi = idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat
hedonisme = pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Tuesday, June 14, 2011
puspawarna hidup
sehari dua ni aku cuba untuk bersikap matang dalam penulisan. maksud matang dalam konteks cendiakawan sangat besar. terlalu umum. aku tidak berminat mahu menerangkan maksud cendiakawan itu dengan terperinci. aku bukan cendiakawan yang dimaksudkan. belajar pun terpaksa lebih masa.ini pula berangan mahu jadi cendiakawan.mungkin ini masa untuk aku bersikap lebih serius terhadap penulis. mana mampu mampu jadi sehebat FT. mungkin terlewat. tapi aku tetap mencuba. dengan mengoret sebanyak maklumat di internet ini. dengan pelbagai fenomena yang melanda terjadi, ianya sukar dijangka dan diterangkan atau mudah diolah dengan sekilas pandang. itu yang aku cuba untuk kupaskan.
tapi bila masa aku mahu menulis secara lebih matang, diri tetap mahu bermain didaerah yang selamat. tidak berani menyuarakan apa yang aku ketahui. pegun dari mengeluarkan idea agar jari jemari dapat mengetuk papan kekunci ini. sentiasa berlaku situasi ini. aku mahu bercakap mengenai sesuatu yang boleh menimbulkan kesedaran dikalangan kita. tapi dan tapi dan tapi. zon selesa juga yang menjadi kawasan aku. bila aku akan mengalami paradigma supaya lebih mewarnai kehidupan ini. tidaklah terkongkong dengan dunia pergaduhan, perebutan,pertengkaran sahaja. paling kurang aku akan menambahkan ilmu-ilmu yang bukan secebis picisan seperti sesetengah akhbar sekarang. mungkin ia boleh diguna sebagai dorongan hidup kita bersama.
penulisan aku masih dibingkai yang sama. tidak pernah keluar dari bingkai itu. dari dulu sampai sekarang tetap sama. sampai ada yang hampir muak. arakian bagaimana mahu berubah. sesuatu yang senang digambarkan tetapi sukar diluahkan oleh aku. perubahan tidak pernah mudah dalam diri sehari aku. kemungkinan apa yang aku akan tulis akan mengelapkan, mencerahkan kehidupan aku. aku tidak berapa kesah. tapi persoalan yang menjadi tunjang, kenapa aku tidak memulakan.
aku tertarik dengan sebuah ruangan di laman sesawang menjadi tatapan pada masa kini yang menulis "Sebuah idea buruk bahkan dapat melimpahi dataran kebenaran tergelap dengan cahaya yang gemerlap ? dengan cara yang tak dapat dilakukan oleh sebuah fakta semata....(tom plate..jalan telawi)". menarik ayat. ada maksud yang sangat tersembunyi. sama seperti masa kanak-kanak bermain nyorok-nyorok. jikalau kita tidak mencari sipenyorok maka tidak akan berjumpa. maka hingga ke senja gagal mencari. begitu juga dengan ayat diatas itu. dangkal lah kamu kalau menolak idea-idea lain. sebagai mana sesetengah kawan aku yang membuat statement permikiran kolot. aku tidak menyalahkan kamu taksub dengan sesebuah parti politik. itu hak kamu yang terkandung dalam perlembagaan. aku pun menyokong. tapi jangan sesama kita sendiri berbunuhan dari jarak jauh.
cuba puspawarnakan hidup kalian agar lebih menarik untuk dikenang.

Monday, June 13, 2011
Ribut dalam cawan jangan sampai air tertumpah
setiap manusia ada baik buruk dalam hidup. jangan dicerca keburukan dalam hidup mereka baik di depan mahupun belakang dia. hargai sebaik mungkin. kerana itu yang menarik tentang perihal individu itu. memang manusia tidak sempurna. bait-bait yang terlalu stereotaip dalam filem dan drama. aku pun bosan dengan skrip itu dalam filem baik malaysia ataupun dari daerah freemanson jahanam disana.
memang setiap apa yang dilakukan tidak kena dimata kita. lebih-lebih lagi orang lain yang buat. tapi kenapa tidak bertanya ataupun berbincang dengan manusia yang kita tidak puas hati. sekurang-kurangnya dapatkan penjelasan yang sebenar-benar. bukan terus membuat keputusan sendiri. oleh kerana aku ni bukan geng Restoran Siam dan dia geng Fastfood bukan bereerti segala pendapat aku dibuang dan dicampak umpama sampah di dapur rumah.
sudahlah suka menyorokan ekspresi diri dihadapan, sehingga sukar untuk membaca fikiran. sama ada setuju atau tidak bila dikatakan 1+1=2. bila sudah hantar jawapan baru bercakap. macam mana mahu menarik balik jawapan yang sudah dihantar. kadang-kadang terlalu berahsia akan menimbulkan keraguan yang teramat sangat dari pihak lain.

nuansa emosi dalam permainan diri
emosi
menurut kamus rujukan seharian aku bermaksud keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang. itu teori. praktikalnya individu itu sendiri yang memahami dan merasai. kita tidak tahu masalah emosi orang lain. melainkan manusia itu yang berkongsi secara sedar atau tidak. mengenai kebaikan berkongsi masalah emosi dengan meluahkan kepada manusia lain, tidak pula aku tahu. mungkin ada baik ada tidak. seperti mana kerajaan menarik balik subsidi diesel kepada nelayan laut. baiknya kepada kerajaan dapat jimat kos, kepada nelayan kos mereka naik dan akhirnya harga ikan di pasar besar kuala kangsar akan naik berkali ganda. cukuplah sedikit mengenai ekonomi asas. biarkan mereka yang arif berfikir lebih matang aku cuma berkongsi pendapat dari tempurung otak aku.
ada nukilan lalu yang aku tulis pasal kegagalan aku mengawal emosi aku. malas aku nak cerita lagi. itu memang fakta dalam diri ini.
sesuatu yang terjadi dalam diri kita menuntut emosi memainkan wataknya dalam setiap lakonan dalam diri ini. sama ada emosi itu baik,jahat,buruk mahupun cantik. lupakan. biarkan. jangan sesekali peduli akan perihal emosi. lagi di fikir lagi akan membobrokkan lagi kehidupan kita yang sentiasa tidak menentu. hidup mesti diteruskan juga. ingat emosi itu harus dilayan sebagai mana kita melayan lagu. bila dah terlalu kerap memainkan lagu yang sama mesti bosan, muak. perlu ditutup sementara atau menukar lagu lain untuk mengelakan muntah. begitu juga emosi. jika asyik didatangi emosi yang sama kita perlu lari dari perasaan emosi itu. itu pandangan sinis aku yang baru hidup selama 23 tahun lebih ini.
untuk melarikan kepada emosi lain bukanya sukar. ia semudah memakan kuaci ataupun sesukar mengorek isi ketam menggunakan sudu. kamu tentu tahu macam mana nk bertukar kan. kalau tengah marah ketika menonton iklan di televisyen pergi buat aktiviti lain yang tidak melibatkan televisyen milik kapitalis cekik darah. pergi la masak, kemas rumah ataupun mandi.
nuansa kalian mahu menyelesaikan setiap pergolakan emosi, adalah hak kamu. aku tidak kesah. itu paksi rujukan sangat mudah tapi
bagaiman mahu melarikan emosi yang ligat bermain di kepala ketika waktu tidur pada masa yang sama susah untuk melelapkan mata...

Friday, June 10, 2011
manusia dan ego
kenapa.
persoalan yang sering bermain di fikiran bila sesuatu berlaku. aku baru mahu menyesuaikan diri dengan masa terkini. tapi sudah direhatkan seketika. memang kecewa. sebab impian aku tidak tercapai. tepaksa ditunda. memang menyakitkan bila apa yang diwarwarkan tidak menjadi. tapi apa yang boleh dilakukan. selaku kuli memang ini nasib menimpa.
tapi mesti diingat. setiap manusia ada batas dalam diri mereka. ia umpama sempadan. sabar ada hadnya, marah ada hadnya,makan ada hadnya. apa sahaja yang berlaku tidak dapat dikotomi. kesabaran aku sekarang hampir-hampir mencapai tahap maksimum. aku tidak suka diperlakukan begini. semudah itu diterajang ke sana sini. sangat menyakitkan. tidak pernah mengenal erti puas. bagi lagi sedikit masa mungkin aku akan berambus dari dunia hipokrit itu. seratus peratus aku berlakon semata-mata mahu keperluan aku dipenuhi.
letihnya berlakon tidak seletih bermain bola. letihnya melemparkan senyuman hipokrit tidak dapat melawan letih berlari sejauh 10km. letihnya menipu dengan jiran sebelah tidak seletih belajar ketika musim peperiksaan. tapi apa yang harus dibuat. segalanya mungkin di dunia ini. sejak bebas dari lekungan keluarga di kampung. aku banyak berdikari. tapi aku rasa berdikari kali ini sangat menyiksakan. susah untuk diterangkan. mungkin itu nilai apa yang akan kecapi nanti. banyak yang perlu dipelajari.
aku tidak menyalahkan sepenuhnya kepada sistem itu. mereka sudah menggunakan sistem itu sekian lama mungkin. sedah sebati dengan jiwa. aku yang jiwa lain perlu menyesuaikan diri atau keluar dari sistem itu. itu yang belaku bila kaum tua dinasihatkan kaum muda. maka yang muda dikatakan kurang ajar. ini bukan sistem kapitalis. bukan juga MLM. ini lain dari yang lain. sistem ini lebih kukuh dari bangunan buruk klcc di bandaraya itu. yang hanya boleh dirobohkan oleh keegoan manusia itu.

Wednesday, June 8, 2011
permulaan untuk sesuatu yang lama rehat
ketika leka bekerja sambil ditemani setia oleh sang radio yang sibuk memutarkan lagu-lagu yang tipikal untuk arus perdana. tiba-tiba lirik ini kedengaran kuat dari jauh benak lubang telinga.
"Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka.."(logue)
tiada apa sebenarnya. cuma teringat dan mahu menulis semula. cuma perlu mengambila masa. aku ada banyak idea nk menulis cuma tiada ruang sekarang. masa menulis sudah diragut oleh pekerjaan aku sekarang. tunggu sehingga kontrak kerja selesai baru akan memulakan semula penulisan. karya agung pun masih menanti. terburai di hujung laptop ini. maaf, waktu siang bukan waktu sesuai untuk aku menulis. kurang keringat yang bajet genius pada waktu itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)