countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket

Sunday, December 9, 2012

Tersungkur belum bermakna mati

Akhirnya aku keluar
Selepas beberapa bulan mencuba untuk bertahan
Selepas aku diduga dengan pelbagai rintangan
Setelah aku mencuba sesuatu dalam diri
Kamu boleh kata aku antara mahasiswa memilih
Pilihan kerjaya y mudah
Tapi cubalah kamu masuk ke dalam
Mungkin baru kamu sedari

Aku cuba melakukan sehabis baik
Cuba ntok tidak memalukan maruah tapi gagal
Dari awal aku tahu ini bukan area aku
Tapi aku seorang y optimis
Aku cuba mencabar dgn mengatakan aku mampu
Aku dibesarkan dikawasan ini
Tapi tetap bukan diri aku
Aku da sehabis baik melakukan y terbaik

Tawaran y diberikan terlalu lumayan
Tekanan y diterima pula tidak mampu tertahan
Ini adalah kerjaya pertama aku y aku rasa gagal
Aku gagal ntok diri, keluarga, bos, dan bos dan bos
Segala tugasan aku gagal mencapai
Sangat teruk

Mereka boleh kata macam2
Itu hak kamu
Tapi ingat
Tak semestinya semua org boleh main bola dgn baik
Walaupun dia seorang pengkritik bola yang bernas
Alex ferguson mungkin genius manager bola
Tapi anak dia sama sekali tak mampu seperti dia

Tapi tidak dapat tidak menafikan bahawa aku byk belajar di sini
Tangga konfident aku makin bagus
Bahasa lingua franca aku sudah bertambah baik dibandingkan sebelum ini
Aku sudah tahu permainan industri ini
Kepada mereka y byk mendorong menasihat mengajar terima kasih tidak terhingga...
Jasa kalian aku kenang sampai mati...

Dunia baru berbeza aku perlu ceburi pula



Saturday, October 13, 2012

berdoalah aku padaNya

Ya Allah,
jauhkan aku dari perasaan keliru yg ada sekarang nie..
jauhkan aku dari situasi celaru yang aku berada sekarang nie..

Ya Allah ya tuhanku,
jika betul itu ketentuanMU ya Allah,
tunjukkan aku jalan yang betul ,
jalan yang lurus supaya aku tak terpesong
dr ketentuan MU.

Ya Allah ya tuhanku,
Kau maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Engkau menentukan setiap hambaMu berpasangan.
Jika ketentuan utkku adalah dia yang aku sayangi dan cintai,
restuilah hubungan kami,.
limpahkan kami rezeki kepada kami,.
mudahkan jalan kami ke gerbang kebahagiaan yg diredhai olehMU..

Ya Allah ya tuhanku..
bantulah kami,
jauhkan kami dari godaan syaitan
yang sentiasa menghasut umatMu melakukan maksiat..

Amin ya rabalalami.....

Tuesday, September 11, 2012

Dunia indah diterbalikkan

Seminggu y lepas sudah bermuka-muka
Bersambung hingga bila
Entah lah
Aku cuba gembirakan gelora dada
Tapi kecewa

Mungkin ini bukan dunia aku
Puas dipaksa masih gagal
Aku sukar menipu bila melibatkan duit
Nanti aku disalahkan
Bila aku tak buat
atas aku acap kali turun
Dimarah disaiko segenap sudut


Harapan y disandarkan begitu tinggi
Aku sukar menolak
Aku menuggu rancangan B
Jikalau ada sudah pasti aku angkat kaki
Bukan mengalah cuma sayangkan nyawa
Aku tidak rela mati disebabkan tekanan perasaan
Org putih kata depression
Menatang apa tu ntah lah
Memang orang dulu tiada mati disebabkan penyakit itu
Golongan sekarang je yang memandai menamakan apa y ada disekeliling

Rakan y lain aku tengok gembira dgn dunia ini
Tiada sebarang masalah berbanding aku
Cuma aku yang byk ragam
Terlalu manja mungkin
Banyak la manja

Dulu aku diberitahu dunia ini ok sahaja
Tiada sebarang masalah
Tapi selepas melalui baru aku taw
Segala y belajar cuma honeymoon
Selesai honeymoon aku diminta terbang
Sedangkan diri masih merangkak


Tuhan kuatkan diri dalam menempuh dunia baru aku ini




Sunday, July 29, 2012

dingin




disini segalanya indah
segalanya kemudahan disediakan
tidak dinafikan sangat bertaraf bintang
kalah bintang dicakerawala nun
kagum aku

sebagai yang baru segar aku kagum
ini pertama aku kali aku dilayan sebegini
tidor dibilik empuk
yang berhawa dingin sepanjang masa
tidak perlu mengemas bilik sebaik mata terbuka
ada sang pengemas sewaktu aku tiada
makanan yang susah aku tolak
berbagai jenis makanan disediakan
dari selatan tanah air ke barat peta dunia
segalanya disediakan
tidak pernah mengecewakan rasanya
tekstur, persembahan, isi makanan memang terbaik

tapi masa depan aku masih tidak ketahui
mungkin ia seindah disini
mungkin ia sukar digambar dengan kata-kata
tapi itulah kehidupan manusia bukan
sentiasa dipenuhi pancaroba
yang kadang mudah diduga
sulit diandaikan
umpama idealogi
pelbagai idealogi kita ada
tak semua betul tak semua salah
yang salah jika kita tahu
tapi buat-buat tahu

dahulu. aku dalam dunia lain
dunia yang aku benci ketika dalam sekolah
6 tahun aku bergelumang dalam dunia matematik
ilmu hidup yang tiada tolok banding kepentingan didunia
perit jerih menghafal segala terma-terma matematik sangat mengasyikkan
mengalahkan sang stoner yang tengah high di bilik
pengamiran, perbezaan, korelasi, log
adalah dunia akal aku

dan sekarang aku sudah bertukar angin
tiada lagi terma matematik sulit
cuma terma kali ini aku akan cuba biasakan
terma ini lebih kepada realiti
dunia sekarang perlukan
manusia mana yang tidak perlukan dunia ini ketika ini
baik sang pengerusi syarikat swasta hingga ke gelandangan tepi jalan


kedinginan dan kesunyian ini aku suka
senang aku bermetafora mudah
mereka kata cuaca dingin elok untuk manusia
mengurangkan panas baran dalam badan
dapat meredakan keresahan dalam kesejukan

aku akan nikmati kedinginan ini sebaik mungkin tanpa prejudis.

p/s esok perlu belajar tentang mortgage.


Saturday, July 21, 2012

melankolia sambil kedinginan




keasyikan dengan dunia kamu sangat melalaikan
kelalaian yang tiada terhalang
mereka kata kamu kena mencapai halangan itu
halangan yang menjanjikan kamu berjaya
bukan berjaya seperti berjaya holding
tetapi berjaya dalam dunia itu

dunia yang diperlukan sekarang
pergi kemana sahaja dunia itu digunakan
ada yang mempergunakan dengan cara salah
cara senteng untuk memperoleh dunia itu
dunia itu hingga hari ini tidak terpadam
sukar dipadamkan oleh yang mencipta
tetapi yang mencipta sudah risau
mereka sedar akan kelemahan dunia ciptaan mereka

dan aku terjerumus dalam dunia itu
bukan salah bukan paksa tapi cabaran
setiap yang berlaku mesti berlandaskan sebab
kita perlu matang dan terbuka
menerima segala cabaran hidup
begitu juga menerima kritikan
keterbukaan sekarang paling susah dicari
terutama orang aku

untuk permulaan biarkan aku bermain
melihat bagaimana padang permainan aku
ramai anak muda yang mencebik
tapi sebagai org muda kita harus terima
memang susah, memang sukar
tapi percaya bila sudah putus hubungan kewangan keluarga
yang susah menjadi senang
yang sukar menjadi lenang

sahut cabaran ini dan hidup dengan keterbukaan kawan!