countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket

Saturday, July 21, 2012

melankolia sambil kedinginan




keasyikan dengan dunia kamu sangat melalaikan
kelalaian yang tiada terhalang
mereka kata kamu kena mencapai halangan itu
halangan yang menjanjikan kamu berjaya
bukan berjaya seperti berjaya holding
tetapi berjaya dalam dunia itu

dunia yang diperlukan sekarang
pergi kemana sahaja dunia itu digunakan
ada yang mempergunakan dengan cara salah
cara senteng untuk memperoleh dunia itu
dunia itu hingga hari ini tidak terpadam
sukar dipadamkan oleh yang mencipta
tetapi yang mencipta sudah risau
mereka sedar akan kelemahan dunia ciptaan mereka

dan aku terjerumus dalam dunia itu
bukan salah bukan paksa tapi cabaran
setiap yang berlaku mesti berlandaskan sebab
kita perlu matang dan terbuka
menerima segala cabaran hidup
begitu juga menerima kritikan
keterbukaan sekarang paling susah dicari
terutama orang aku

untuk permulaan biarkan aku bermain
melihat bagaimana padang permainan aku
ramai anak muda yang mencebik
tapi sebagai org muda kita harus terima
memang susah, memang sukar
tapi percaya bila sudah putus hubungan kewangan keluarga
yang susah menjadi senang
yang sukar menjadi lenang

sahut cabaran ini dan hidup dengan keterbukaan kawan!

No comments:

Post a Comment