countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket

Sunday, July 29, 2012

dingin




disini segalanya indah
segalanya kemudahan disediakan
tidak dinafikan sangat bertaraf bintang
kalah bintang dicakerawala nun
kagum aku

sebagai yang baru segar aku kagum
ini pertama aku kali aku dilayan sebegini
tidor dibilik empuk
yang berhawa dingin sepanjang masa
tidak perlu mengemas bilik sebaik mata terbuka
ada sang pengemas sewaktu aku tiada
makanan yang susah aku tolak
berbagai jenis makanan disediakan
dari selatan tanah air ke barat peta dunia
segalanya disediakan
tidak pernah mengecewakan rasanya
tekstur, persembahan, isi makanan memang terbaik

tapi masa depan aku masih tidak ketahui
mungkin ia seindah disini
mungkin ia sukar digambar dengan kata-kata
tapi itulah kehidupan manusia bukan
sentiasa dipenuhi pancaroba
yang kadang mudah diduga
sulit diandaikan
umpama idealogi
pelbagai idealogi kita ada
tak semua betul tak semua salah
yang salah jika kita tahu
tapi buat-buat tahu

dahulu. aku dalam dunia lain
dunia yang aku benci ketika dalam sekolah
6 tahun aku bergelumang dalam dunia matematik
ilmu hidup yang tiada tolok banding kepentingan didunia
perit jerih menghafal segala terma-terma matematik sangat mengasyikkan
mengalahkan sang stoner yang tengah high di bilik
pengamiran, perbezaan, korelasi, log
adalah dunia akal aku

dan sekarang aku sudah bertukar angin
tiada lagi terma matematik sulit
cuma terma kali ini aku akan cuba biasakan
terma ini lebih kepada realiti
dunia sekarang perlukan
manusia mana yang tidak perlukan dunia ini ketika ini
baik sang pengerusi syarikat swasta hingga ke gelandangan tepi jalan


kedinginan dan kesunyian ini aku suka
senang aku bermetafora mudah
mereka kata cuaca dingin elok untuk manusia
mengurangkan panas baran dalam badan
dapat meredakan keresahan dalam kesejukan

aku akan nikmati kedinginan ini sebaik mungkin tanpa prejudis.

p/s esok perlu belajar tentang mortgage.


Saturday, July 21, 2012

melankolia sambil kedinginan




keasyikan dengan dunia kamu sangat melalaikan
kelalaian yang tiada terhalang
mereka kata kamu kena mencapai halangan itu
halangan yang menjanjikan kamu berjaya
bukan berjaya seperti berjaya holding
tetapi berjaya dalam dunia itu

dunia yang diperlukan sekarang
pergi kemana sahaja dunia itu digunakan
ada yang mempergunakan dengan cara salah
cara senteng untuk memperoleh dunia itu
dunia itu hingga hari ini tidak terpadam
sukar dipadamkan oleh yang mencipta
tetapi yang mencipta sudah risau
mereka sedar akan kelemahan dunia ciptaan mereka

dan aku terjerumus dalam dunia itu
bukan salah bukan paksa tapi cabaran
setiap yang berlaku mesti berlandaskan sebab
kita perlu matang dan terbuka
menerima segala cabaran hidup
begitu juga menerima kritikan
keterbukaan sekarang paling susah dicari
terutama orang aku

untuk permulaan biarkan aku bermain
melihat bagaimana padang permainan aku
ramai anak muda yang mencebik
tapi sebagai org muda kita harus terima
memang susah, memang sukar
tapi percaya bila sudah putus hubungan kewangan keluarga
yang susah menjadi senang
yang sukar menjadi lenang

sahut cabaran ini dan hidup dengan keterbukaan kawan!

Friday, July 20, 2012

bosan dan aku


berlari lah kita mencari-cari peluang
tercari sampai bila
apa yang dicari langsung tiada target
lantas cuma tahu mengisi apa yang patut diisi
dengan pemahaman yang lengkap
baru dapat membezakan yang fasih
baru tahu erti gagap

bagai baru terlepas dari sangkar
sangkar emas yang membuat aku termanja
dimanjai sepenuhnya dunia
bila biasa disuap mulut
disediakan makanan hadapan mata
keperluan harian sudah dibajai dari kecil
diberi pula tambahan kenderaan
sekarang semua sudah disekat sudah dilekat

ia umpama perang ditengah lautan manusia
harus menembak arah dan sasaran
bukan menembak orang awam
bukan menghala muncung ke arah pokok keras
semesti tidak harus dituju kearah diri sendiri

pilihan harus dibuat setepat mungkin
tidak perlu tepat pun tidak mengapa
janji sudah ada tapak
apa yang perlu difikirkan adalah diri sendiri.
diri yang membataskan jaya dan jahanam

keluarga boleh bagi sokongan
kawan-kawan boleh bagi dorongan
tapi kejayaan tetap diatas kongkongan diri
selagi diri boleh mengeluarkan diri dari kepompong jahat
maka mustahil tidak menjadi masalah

ada yang awal ada yang lambat
tapi kejayaan tidak mempunyai limitasi
yang ada limitasi cuma masa
kita hanya diperuntukan 7hari seminggu
24 jam sehari
kelihatan sangat adil untuk berjaya

maka kejayaan yang harus ditembak bukan diri!



Monday, July 16, 2012

saat merupakan moment keadaan

memang aku rindukan saat itu
saat yang aku tidak perlu membuat keputusan
 saat yang bukan menjadi penentu segalanya
dan masa 
menjadi kata putus aku sekarang
aku kurang serius dalam kehidupan saat itu
sekarang aku perlu melalui saat itu
peritnya cuma aku ketahui
perasaan sukar digambar
terkadang gembira
didatangi suram
menyusul si gelisah tidak tentu masa


memang susah membuat keputusan 
memang aku kurang mengetahui
tapi pengetahuan boleh ditambah
keputusan boleh berubah

sekarang kami cuma bersama di ruangan skrin bodoh
skrin yang gedik
skrin yang menelan duit kami bila dia sudah tamat tempoh
 skrin yang menjadi saksi kaku hipokrit aku
saat itu
kelihatan gembira dalam skrin
tapi hati aku mengimpikan masa itu
masa itu sudah tiada 
mereka ke selatan
kamu ke timur 
dan aku masih terhuyung-hayang

kami tidak pernah serius ketika mengadap
tidak pernah kecewa bila gagal
tidak sesekali bergaduh
tidak sama sekali akan putus
cuma dalam benak kami mahukan gelak tawa

buat mereka,kita bersama berjaya dalam kehidupan ini

Monday, July 9, 2012

pergilah

saya xberani berjanji,saya xberani bersumpah..
saya cuma berani katakan..

"pergilah,pergilah ke kehidupan yang awak idam-idamkan.. kehidupan yang penuh dengan impian awak..kehidupan yang awak sahaja nampak apa yang awak mahu..


Kita mungkin xserasi walaupun sedaya mana saya cuba memahami awak..tp hakikatnya saya mmg xmemahami kehendak awak..dan awak pon begitu..kita xsama,kita xserupa..fikiran kita berbeza..impian kita berbeza, hala tuju kita berbeza..sbnrnya kita semua berbeza..dan saya takut dengan hakikat itu


saya xjumpa apa yang sama pada kita..dari dulu saya cari,dan terus cuba mencari persamaan kita. tp selagi saya cari,selagi tu saya jumpa ketidaksamaan kita...


dari dulu lg saya berjanji xkan ungkit pasal hal sebesar ini, tp saya mungkir janji sbb saya takut kehilangan awak selamanya..tp jodoh pertemuan kita di tangan tuhan..tp saya percaya,even jodoh itu di tangan tuhan,kita xleh berserah semuanya pada takdir jika kita sendiri tak de usaha..bila kita penat berusaha,baru kita boleh berserah padanya,tapi kita berusaha pon belum,so mana leh kita trs beserah pada takdir..

Awak tak faham apa yang saya cuba sampaikan tadi..saya maksudkan lain,awak fikirkan lain..mungkin itu sebab kita tak serasi..

Maaf kalau saya cuba luahkan dekat laman blog ini,sbb saya tahu awak xnak layan msg2 saya dekat fb sbb awak lagi gembira berbual bersama teman awak yang lain dari bual pasal masa depan kita... Dan post ini pon belum tentu awak baca kan..mungkin minggu depan,bulan depan baru awak baca..tp mgkin waktu tu emosi dan perasaan kita dah berbeza dari malam ini..

Maaf klu saya begitu mendesak sbb awak tahu saya xboleh hidup tanpa awak dekat dgn saya..I'm sorry.."







*mungkin awak boleh kata saya gila selepas ini sbb apa yang saya kata mmg akan buat awak fikir saya gila*

-saya akan sayang awak sampai bila-bila-





Friday, July 6, 2012

Keterbukaan hidup

arini aku nk update pasal pengalaman aku sepanjang aku latihan industri setengah memanggil  internship. (newbie gile budak ni bru nk cite pasal intern die) ada aku kisah korang nk ckp mcm tu ke. (skill menulis aku da berterabur la yalll)

bermula dari hari pertama hingga ke hari terakhir sesi LI aku dipenuhi dengan warna-warni kerja. pelbagai kerja aku pernah lakukan. dari vakum offis, key-in data, telephone meeting with client, telefon sana-sini bagaikan customer servis, keluar masuk offis membuat fieldwork. segala bagai telah dilakukan bagi memenuhi permintaan bos.

bukan bererti aku tidak mahu melawan. aku cuma akur dengan kehendak fakulti yang mahukan graduanya berdaya saing. aku sanggup melakukan apa sahaja demi melayakkan aku graduasi. dan aku mahu menidakkan kata mereka disana mengatakan mahasiswa sekarang memilih kerja. tolong berada disituasi kami. kamu mengharapkan gaji RM1500.00 semata untuk membayar segala keperluan yang melambung tinggi sekarang.hutang kereta, PTPTN, sewa rumah, makanan. bukan memilih kerja tapi memilih gaji.

berbalik kepada kerja. memang kerja tiada yang mudah. mana ada yang mudah didunia ini. walaupun kerja kerajaan, ada cabaranya walaupun tidak semencabar kerja disektor swasta. itu yang aku pegang sepanjang kerjaya sebagai intern ini. kecekalan hati sangat diperlukan dalam melaksanakan kerja. tapi aku tidak suka diperkecilkan yang aku ini cuma budak intern. aku tidak suka dwistandard kononya budak intern budak baru. bagi aku satu projek kemudian akan aku laksanakan sebaik mungkin la

masa kerja aku bermula dari 9 pagi hingga pukul 6 petang. sepanjang tempoh 4 bulan itu tidak pernah walau sekali aku masuk lambat. seingat aku la. dan bertambah-tambah syahdu bila aku pulang boleh dikatakan kurang dari 5% aku pernah pulang tepat dari pukul 6 petang hingga 615 petang. sangat jarang aku mempunyai moment masa itu. masa aku balik boleh dipuratakan disekitar pukul 7 petang. ya itu jamnya. lagi menusuk kalbu bilamana company tu tidak membayar sebarang OT. sangat2 menusuk kalbu.

dan sejujurnya praktikal ini sangat mendewasakan aku dalam mengharungi hidup mendatang. bagaimana kita mahu berkomunikasi dengan pelbagai lapisan struktur di syarikat.tidak kira besar atau kecil. menerima sepenuh hati permintaan client walaupun ada kala disaat akhir mereka menolak kerja kita. itu bukan tugas yang mudah. keterbukaan sangat diperlukan. memang itu yang sepatutnya kita ada dalam diri kita. ya diri aku dan kamu semua. keterbukaan. bukan dari sudut politik, bukan jua dari sudut pengetahuan tetapi merangkumi semuanya.

dan sekarang aku menanti peluang kerja yang lebih baik agar masa aku tidak dibazirkan begitu sahaja.