Sunday, July 29, 2012
dingin
disini segalanya indah
segalanya kemudahan disediakan
tidak dinafikan sangat bertaraf bintang
kalah bintang dicakerawala nun
kagum aku
sebagai yang baru segar aku kagum
ini pertama aku kali aku dilayan sebegini
tidor dibilik empuk
yang berhawa dingin sepanjang masa
tidak perlu mengemas bilik sebaik mata terbuka
ada sang pengemas sewaktu aku tiada
makanan yang susah aku tolak
berbagai jenis makanan disediakan
dari selatan tanah air ke barat peta dunia
segalanya disediakan
tidak pernah mengecewakan rasanya
tekstur, persembahan, isi makanan memang terbaik
tapi masa depan aku masih tidak ketahui
mungkin ia seindah disini
mungkin ia sukar digambar dengan kata-kata
tapi itulah kehidupan manusia bukan
sentiasa dipenuhi pancaroba
yang kadang mudah diduga
sulit diandaikan
umpama idealogi
pelbagai idealogi kita ada
tak semua betul tak semua salah
yang salah jika kita tahu
tapi buat-buat tahu
dahulu. aku dalam dunia lain
dunia yang aku benci ketika dalam sekolah
6 tahun aku bergelumang dalam dunia matematik
ilmu hidup yang tiada tolok banding kepentingan didunia
perit jerih menghafal segala terma-terma matematik sangat mengasyikkan
mengalahkan sang stoner yang tengah high di bilik
pengamiran, perbezaan, korelasi, log
adalah dunia akal aku
dan sekarang aku sudah bertukar angin
tiada lagi terma matematik sulit
cuma terma kali ini aku akan cuba biasakan
terma ini lebih kepada realiti
dunia sekarang perlukan
manusia mana yang tidak perlukan dunia ini ketika ini
baik sang pengerusi syarikat swasta hingga ke gelandangan tepi jalan
kedinginan dan kesunyian ini aku suka
senang aku bermetafora mudah
mereka kata cuaca dingin elok untuk manusia
mengurangkan panas baran dalam badan
dapat meredakan keresahan dalam kesejukan
aku akan nikmati kedinginan ini sebaik mungkin tanpa prejudis.
p/s esok perlu belajar tentang mortgage.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment