countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket

Sunday, May 13, 2012

mereka menjerit di luar, aku menjerit dari dalam

kalau salah sila betulkan aku

ada seorang manusia. nama dia A dan dia lahir sekitar 1946. seperti biasa dia menjalani rutin harian yang  biasa bagi manusia biasa. tiada yang luar biasa. dan di sekitar 1987 si A meninggalkan dunia. sudah menjadi kebiasaan yang bernyawa akan ada had hidup.itu sudah ditetapkan oleh Maha Pencipta. dan sudah ajal A untuk meninggalkan dunia. 

pemergiannya ditangisi, diratapi oleh sanak saudara, taulan terdekat. kebetulan si A mempunyai anak yang bernama B. B berkahwin dan dianugerahkan anak pada 1988. B menamakan anaknya dengan A demi memperingati bapanya yang pergi tanpa sempat menatap wajah cucunya.


tidak lama kemudian si B meninggal dunia sedang anaknya A sudah mencapai tempoh matang. tahu la A menguruskan kehidupan yang penuh mencabar kerana sudah boleh berfikir walaupun masih muda untuk mengharungi hidup. dan yang menjadi pelik rakan-rakan A kerana A mengaku umurnya sudah 60++ tahun. sedangkan dia dilahirkan pada 1988. dicanang kesana sini umur A lebih 60 tahun. sedangkan rupanya menunjukkan yang dia masih muda. hanya kerana nama dia dan arwah datuk dia sama sesuka hati dia mencanangkan umurnya 60 an tahun. rakan-rakan A sudah mula segan dan menjauhi kerana mempunyai kawan yang tidak sedar diri itu.

moral of the story?aku pon xtaw ape aku merepek pada pagi ini. cuma kehendak nk menulis terlalu tinggi. 


aku mahu habiskan segera praktikal aku. dan mahu bekerja walaupon kerja itu meletihkan.


 aku ada target y perlu dicapai. untuk kalian dan aku semoga berjaya dan tidak mudah ditipu oleh sang penguasa di dunia ini!