ohh bukan nak buat wishlist kat sini sbb xde siapa nak sempurnakan impian aku pon..
dlm bilik ada board tp xboleh nak buat wishlist board sebab bilik aku org keluar masok,
nanti diorang nampak board aku merepek2 je..so dengan itu aku beli buku!!!
DAAAAA aku dah ada wish list book..kesemua yg aku angan2kan aku masok dlm buku tu..seronok!!!
berangan2 atas helaian buku pon dah cukup puas,apa lagi klu dapat kan ;)))
but angan2 aku aku xshare dgn sesiapa pon...sgt kedekut kan2..biar la ;)
sekian
Tuesday, November 22, 2011
soal hati remaja
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Sunday, November 20, 2011
saja nak upload ;p
vanue:masjid lubuk merbau
Masjis pernikahan mereka..bukan kami ;(
vanue:putrajaya
xde majlis ape2..saja menggedik kat pokok ;)
Vanue:sunway piramid
xde majlis pape jugak..just shopping ;)
vanue:times square
meraikan kekalahan berfutsal ;p
tq dd for spending time with this gemuk girl/lady/woman... but i still cun bg u kan2..;P hahahhha perasan2!!!!
Thursday, November 17, 2011
menyerasikan kehidupan dengan perbuatan seharian.
terkedip mata ini memandang perbuatan mereka. suatu ketika dahulu aktiviti aku dikutuk, dimalukan. kononya kolot, tidak moden. tapi sekarang. siapa yang kolot, siapa yang ketinggalan zaman. tidak perlu malu. dengan menyorok akan menampakan lagi aktiviti tersebut. manusia manusia. memang sedap kita telan air liur di dalam mulut. tapi pabila air liur itu diludah dan dijilat semula. apa rasanya pula.
jikalau apa yang terjadi disekeliling terasa jijik oleh kita. jangan kita mudah mencebik umpama membenci. kerana suatu masa nanti apa yang dijijikkan itu akan kita lakukan tanpa sedari atau secara sedar. kan secara mudah kita akan dibenci. hidup ini tidak kemana. senang sahaja fundamentalis hidup ini. jikalau tidak suka jangan kita melawan. diam itu sudah memberi erti. sudah cukup.
apa perasaan dan tindakan kamu apabila kawan baik kamu (x) berhutang dengan kawan kamu (y) sebanyak rm4000 secara tunai dan dengan pengetahuan kamu.? ini adalah persoalan yang perlu kamu jawab dan renungkan. jawapan akan diberikan kemudian ya.
kehidupan ini bukan beerti mahu mendapatkan kemahsyuran semata. ada banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. dahulu sangup mencium kaki untuk bersama-sama mengharungi kesusahan. bila mula senang sedikit maka dilupakan manusia yang sama-sama mengharungi kesusahan. tidak semua orang selesa dengan kemahsyuran itu. apa ada dengan nama itu. bila ditelan zaman kemahsyuran itu pon diragut juga. cepat-cepat la tersedar sebelum kepala itu berdarah akibat gelombang kemahsyuran dicari tidak mampu digapai.
berbalik kepada persoalan kawan berhutang sebanyak rm4000 itu. itu lah terjadi kepada negara yang aku sayangi ini. apabila hutang negara sudah mencecah ke angka lebih kurang RM400 BILLION. apa yang patut kita lakukan secara relevan. billion itu ada 9 nilai 0.
kita mungkin senang dengan duit ptptn, suka dengan duit biasiswa jpa, dengan sekerat gaji, begitujua sedepa duit ibubapa dikampung. tapi apabila hutang itu sudah berlebihan maka gelap negara ini.jika tidak faham cuba kaji apa yang berlaku terhadap Greece baru-baru ini. aku tidak menghasut cuma menyedarkan apa yang disorok oleh media arus perdana yang cuma tahu menghamburkan pujian melangit.
dddddd

Wednesday, November 16, 2011
mencuba menjadi cauvinis ilmu seketika
ada dua orang manusia yang sangat aku sanjungi dalam bidang penulisan. ok. seorang itu mungkin tidak terlibat secara zahir dalam bidang penulisan tapi lirik-lirik yang dihasilkan sangat menkagumi aku. dan seorang tidak dapat dinafikan dengan pelbagai anugerah yang diterima dalam bidang penulisan.
mereka banyak perbezaan dari segi penulisan. seorang sangat jujur,sinis dari jauh dan bahasa berputar (membuatkan aku terpaku untuk memahami) terkadang penulisanya lebih susah difahami dari belajar Real Analysis.
seorang lagi sinis dari dekat, apa yang ditulis terus terkena batang hidung bg yang terasa. bahasa yang digunakan pula mudah sahaja. dan membaca karyanya tidak perlu diulang-ulang untuk memahami.
dan persamaan untuk kedua dari simetri aku adalah aku tidak pernah membeli naskah mereka berdua secara sah. aku cuma mendengar di corong sesawang ini sahaja. entah bila aku mahu dan mampu membeli karya mereka. maaf, bukan semua yang didunia mampu menikmati kegemaran mereka. lihat betapa ramai pengemis di pusat pengajian tinggi yang meminta bantuan kewangan diherdik apabila membuat rayuan.
siapa aku yang mana tulisan aku diikuti. aku bukan menghilang cuma terlalai kerana terbiasa tidak melakukan sebarang aktiviti. pelbagai perkara terjadi yang tidak sempat untuk ditafsir disisi aku. semuanya sama sahaja bukan. umpama ayam yang berkokok disiang hari sahaja. menjengah tengah hari tiada siapa yang teringat akan kokokan ayam pagi itu. begitulah senario di malaysia ini.
ini petikan salah satu tokoh yang aku kagumi itu
"Profesor2 sejarah kita sudah jadi Muawiyah dan Yazid, demi menjatuhkan ketokohan dan keperwiraan Saidina Ali, seluruh sejarah harus dirombak dan kebenaran dinafikan. Demikianlah ummah kita diperbodohkan oleh Bani Umaiyyah dan Abbasiyyah dari mimbar masjid." -FT-
ddddddddd

Friday, November 11, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)