menyedut angin-angin malam lebih indah dari menghisap angin indera bayu siang hari. angin yang disedut lebih segar berbanding masa siang yang seperti banyak racun. tapi yang mengajar kita erti kehidupan lebih banyak pada waktu matahari timbul. berbanding bulan timbul. apa yang akan terjadi kepada dunia jikalau hari siang sepanjang hari tanpa ada malam timbul dan sebaliknya.menyusahkan sahaja. DIA maha mengetahui segalanya.
begitula seimbangnya dunia ini. sang matahari ada malam, bulan ada bintang sebagai peneman dikala sepi, integer-integer negatif ada integer-integer positif untuk meneutralkan segala kenegatifan negatif itu. dan yang si jantan ada betina atau realiti manusia lelaki ada wanita.
di sini ada kekejaman berlaku. suatu ketika dulu mereka berteriak kembalikan hak sama rata terhadap manusia. tiada berlaku penindasan jantina di mana-mana. maka mereka yang bersifat liberal membuka peluang kepada wanita-wanita diseluruh pelusuk sini untuk menerobos ke segala jawatan di pelbagai jabatan. peluang-peluang pelajaran diberikan sama rata. tiada sebarang penindasan yang berlaku.
sebelum bercerita lebih panjang. aku tiada niat mahu mempertikaikan kaum wanita. kamu ada hak, cuma aku mempertahankan kaum aku yang semakin dikurangkan hak oleh liberal-liberal itu.
disini segalanya berlaku. cuba fikirkan kenapa kaum laki kurang di seluruh ipta di sini. berapa kali aku suruh yang cerdik pandai ini berfikir cara mengatasi masalah bukan terus menghukum. maka adalah inferens yang dibuat oleh sang cerdik sombong kononya kerana sekarang ini zaman IT. zaman dimana internet dan pengetahuan satu dunia dikongsi bersama. dengan mudah mereka menjadi hakim tanpa juri tanpa ada peguam defendan menjatuhkan hukuman. senang mereka berkata, "lelaki mudah terpengaruh dengan segala pornografi di internet. apabila sudah ketagih dengan benda itu susah mahu lupakan. benda itu akan 'effect' untuk jadi lembab, susah nk faham kat kelas dan segala macam lagi. semua lelaki di sini misti pernah tgk pornografila"
aku sangat-sangat tidak puas hati terhadap 'statement' ini. kononya pointer akan rendah, paper selalu gagal dan segala mungkin lagi masalah yang akan effect.
mari mulakan sesi menuntut balas. jikalau kamu masih ada ibubapa dirumah, cuba fikirkan apa yang bapa kamu akan buat sekiranya salah seorang dari adik-beradik kamu menghisap dadah di dapur dan bapa kamu tersedar dari ruang tamu, apa yang akan dilakukan oleh bapa kamu. tengok dan senyum, marah,pukul, telefon polis atau hanya berdiam diri, kamu boleh fikirkan logiknya kan, tak kan nk berdiam sahaja
serupa dengan masalah pornografi. bukan hanya salahkan laki yang addict menonton tapi 'bapa' kita yang berkuasa 'disini' dan mempunyai kepakaran haruslah bersuara dan 'take some action, boss'. kenapa tidak menyekat segala laluan ke laman porno itu. kalau tidak ada peruntukan tambah dalam bejet harian supaya anak-anak tidak ketagih lagi. bajet untuk renovate rumah sampai RM65juta setahun (
untuk makluman) boleh dikeluarkan ini kan pula untuk 'anak-anak' sendiri. kita ada banyak pakar-pakar komputer yang masih baru dan panas dari ipta/ipts. sediakan tempat untuk mereka bekerja supaya mereka boleh menggunakan kepakaran untuk menyekat segala akses ke laman web perosak itu. itu baru ada satu cara. ada banyak lagi di dunia ni cara-cara mengatasi bukan hanya tahu cari salah orang lain sahaja.
ya aku faham. internet umpama air di sungai. yang sentiasa mengalir tidak putus-putus. mudah untuk setiap dari kita mencedok air itu. tapi dengan tenaga dan akal kita boleh gunakan. airitu boleh di halang dengan dibina empangan supaya tidak lagi mengalir dan merosakan tanaman para petani. begitu lah juga internet.
satu hal lagi. kononya laki dapat markah rendah masa belajar. argh, prasangka buruk lagi. laki bukan jenis yang suka meminta-minta, membodek-bodek pengajar. jikalau mendapat markah rendah, jarang laki meminta diadakan semula ujian mingguan itu. ataupun setiap hari ke bilik pengajar mengampu pengajar agar ditambahkan markah mahupun menyuruh pengajar mengajar semula. kononya tidak faham. sedangkan masa dalam kelas diam membatu sahaja umpama bulsak di bilik kita.
kalau mahu bermain bola padang haruslah bermain di padang yang sama rata bukan dipadang yang senget sebelah.