kosong. sesuatu yang sangat-sangat biasa berlaku. pabila kita tidak belajar langsung dan dengan selamba pergi menjawab peperiksaan maka markah y kita mampu capai adalah kosong. kosong sangat sering berlaku dalam hidup. begitu mudah kita terasa kosong. pabila org y kita sayang berada jauh dengan kita, kita tiada kawan-kawan untuk melakukan aktiviti di masa senggang, kita keseorangan di dalam kelas, memandu ke sesuatu destinasi besendirian. itu semua contoh yang mampu membuatkan kita terasa kekosongan.
dari sudut matematik yang mudah,pabila 1-1=0, bukan mudah untuk kita menukar 0 itu ke sesuatu nombor. ia memerlukan beberapa langkah. kita perlu tambah di sebelah kanan sebarang nombor begitu juga sebelah kiri kena tambah juga.setiap nombor yang ditambah itu perlu ada alasan bukan kita boleh tambah begitu sahaja, begitu juga dalam hidup ini. apabila jiwa kita kosong bukan mudah untuk kita mengisi kosong dalam jiwa ini. jikalau tersilap isi, jiwa kita boleh rosak,sakit, menjadi negatif. tidak dapat dinafikan kadang-kadang perkara positif mampu menampung kekosonganj jiwa namun untuk mencari perkara tersebot sangat perit bukan.
kejanggalan melakukan aktiviti biasa yang selalunya dilakukan bersama teman terdekat mahupun tersayang namun sekarang semua itu perlu dilakukan bersendirian sangat-sangat susah. untuk mencari teman baru yang mahu melakukan perkara yang disukai bersama sangat susah. bila da xda yang sanggup nk teman baru la terasa kosong hidup ini. bermula kehidupan yang terlalu stereotaip di bumi yang penuh sofistikated ini.
Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokan dengan kebahagiaan atau kekosongan jiwa. kerana hidup mereka sentiasa terisi dengan keseronokan. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagiaan, sekalipun seringkali mengecapi keseronokan.Begitu ramai penghibur yang bertaraf lima bintang yang berjaya menjadikan ribuan peminatnya bersorakan gembira apabila melihat pertunjukannya, tetapi dia sendiri tidak bahagia.Maka tidak hairanlah jika ramai artis ternama terlibat dengan dadah dan hidup dalam tekanan. Sesungguhnya keseronokan bukan semestinya kebahagiaan atau ketenangan jiwa. ada cerdik pandai cakap "Hidup pohon biar berbuah, hidup manusia biar berfaedah". untuk mencari perkara berfaedah tu bukan senang. nah inilah akibatnya kalau dicampak ke hutan batu seorang diri. terkapai-kapai mencari pengalaman..
-fifa-


No comments:
Post a Comment