countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket

Thursday, January 6, 2011

lebih nilai dari minyak masak, lebih manis dari gula, lebih berharga RON97


Waktu berlari dengan pantas. Detik, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar. 
Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita, atau menunggu sambutan tahunan. Samada ia disambut, atau ia tentang tiada siapa dapat menghalang perjalanannya. Ia terus datang dan pergi. Berlari tanpa henti. Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar, waktu terus beredar.

Waktu tidak pernah hirau yang mati atau yang hidup.
 Waktu terus datang tanpa diundang, dan ia akan berlalu tanpa dihalang

Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.

Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua.

di kesempatan ini kita jangan lah boros dalam berbelanja dan juga kikir dalam hidup. ada seorang makhluk bergelar "a" mahu merasa duit si "b". berkata lah a kepada b untuk belanja a minum teh tarik di kedai mamak yang mana ketika itu b sedang duduk seorang diri di kedai iti manakala si a sedang berjalan kaki lima berhampiran kedai itu. namun si b menolak kerana tak cukup duit. berlalulah si a pulang ke rumah dengan hati  duka lara. tidak merase teh tarik dari duit b. 

bukan mahu meminta cuma mahu hubungan antara si a dan si b makin rapat. sebab itu la si a meminta si b belanja. dalam perjalanan pulang, terfikirlah si a tentang si b. tak kan tak ada duit sedangkan dia anak org kaya. perniagaanya makin dikenali dunia. lagipon ketika itu si b berada di kedai mamak tentulah tengah makan. kepala merewang ke tempat laen motor yang dipandu kurang fokus akhirnya berlaku kemalangan yang meragut nyawa si a. tidak merasa bersalah ke si b. ini cume contoh. kadang2 kawan2 kita bukan xde duit dorang cume mahu melihat reaksi kita. kalau boleh jika dalam poket kita hanya ada 30sen dan ada kawan2 y meminta pinjam 20sen, elok lah kita hulurkan. mereka bukan peminta sedekah. mereka adalah kawan kita. walaupon kita susah itu sementara. setiap perbuatan terhadap taulan2 kita akan dibalas tanpa sedari.

Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati
 masa masih berdetik wahai sahabat....

-fifa-


No comments:

Post a Comment