countdown

Daisypath Anniversary tickers
Photobucket

Saturday, January 29, 2011

menguasai bukan bererti menyerah

sebelum memula coretan ini. aku nk mohon kepada mengkome semua jangan la report kepada pihak2 berkuasa kat malaysia pasal tulisan aku. maklom la sekarang ini kerajaan tengah nak pinda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan di negara ini. kang tak pasal-pasal aku diterajang ke isa. walaupun isa tu dekat dgn kampung aku. tapi nanti tak berkahwin pulak aku. Tentu tidak ada yang salah pada retorik yang telah kita dengar sepanjang hidup kita.aku bukan menghasut cuma meluahkan sahaja sebarang idea yang terlintas

cuti sudah pun bermula. sesuatu yang sangat-sangat ditunggu oleh sekalian makhluk bernyawa yang menggunakan akal. namun alangkah tersesak jiwa raga ini setiap kali cuti saja para pensyarah memberi kerja rumah untuk dilaksanakan. dengan bermuka separa pongah mereka memberi tugasan tersebut. membantutkan usaha aku untuk terkinja-kinja sepanjang cuti ini. meminjam pengalaman mereka yang setiap semester berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang, bagi aku mereka ini semacam telah diembargo untuk melakukan setiap kerja itu, 'ketempurungan' mereka melakukan tugasan-tugasan itu lantas menghasilkan keputusan yang menggagumkan di hujungnya, menyebabkan rakan seperjuangan yang lain  tersedar kian menghormati mereka. tapi aku tetap aku. mencuba untuk berubah namun bukan mampu berubah sepenuhnya.

bagi aku cuti tetap cuti. bebas dari idealogi pembelajaran yang menyeksakan aku dan cerlang telinga aku ini. aku mahu cuti aku dihabiskan dengan mencicip teh o panas di 'benteng' ataupun 'bitah' kedua-duanya adalah tempat aku melepaskan tekanan pelajaran.

aku tidak mahu aku dikatakan boneka. Menghina. aku bukan boneka. aku ada akal dan ilmu. aku ada perasaan dan jiwa. aku makhluk Tuhan. Sama juga kamu semua. aku bukan monyet dan beruk. aku tidak mahu orang kata ada dalang di belakang aku. Itu yang dapat aku katakan. aku juga menghargai para penyokong yang datang acap kali menyokong aku untuk terus gagah di sini.

dalam sistem pelajaran aku, sudah ada formula yang betul,namun buat masa ini itu tidak akan tercapai kerana kegagalan mengatur ia dengan strategi yang tidak betul. Wajar untuk aku  mencabar kebolehan benak aku  bekerja, menekuni wacana spiritual seperti yang disarankan oleh taulanku. Yakni persoalan seputar keinginan mencari kebenaran di tengah kemusykilan, dan ketakutan melakukan kesalahan. Sudah tiba masanya keraguan untuk bersikap berani dan mencari kebenaran di dalam pembelajaran diterokai.hahahah...sungguh mengelirukan. aku mahu menulis pasal cuti tapi perasaan belajar pula yang timbul.

berbalik kepada isu pokok. cuti. aku sangat-sangat tidak setuju jikalau cuti diganggu dengan tugasan tersebut. tolong la memahami istilah cuti itu wahai sarjana-sarjana cerdik pandai. jangan diganggu mood kami semua. fahami isi hati kami sebagai sebahagian pendokong ilmu kalian.kami mahu berasa bebas seperti lagu bebas dendangan kumpulan 'mentegajejari' itu. nak dilawan mereka mempunyai kuasa veto untuk membantutkan impian aku memperoleh ijazah sarjana muda. maka disini tempat aku luahkan.aku bukan berprasangka buruk terhadap mereka. kerana prasangka dan kejumudan terhadap golonangan cerdik pandai hanya memundurkan akal kita dan menjadikan kita beku dari mengambil manfaat daripada mereka. Namun, sikap terlalu liberal tanpa prinsip hanya akan memusnah ajaran yang hakiki. selamat bercuti kepada semua pelajar yang belajar. yang berpraktikal teruskan amalan stereotaip anda di bumi yang semakin hari semakin sofistikated ini.

-agak panjang sebab aku mahu berCUTI selama seminggu-
yang ini kopi dan pasta dari "minda maza"

"umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya" (tiada kaitan tetapi agak menarik untuk kamu baca)

-fifa-

1 comment: