Mengapakah aku kekal bangkrap idea, dan muflis kreativiti
Dunia kini telah berubah. Ini bukan sekali air bah, sekali emak meninggalkan abah. Yang berubah ini bukan emak dan abah. Yang berubah ialah nilai manusia . Ini satu perubahan yang amat besar. Dalam masa hanya satu generasi telah dilihat satu perubahan budaya nilai yang amat jelas. Satu anjakan atau lebih tepat lagi satu lonjakan nilai telah berlaku. akibat perubahan yang begitu mendadak ini yang menyebab aku kaget untuk melaksanakan tugasan penting seharian aku. tajuk untuk FYP aku. otak aku umpama hampagas dari sebarang idea. adakah aku sudah tersesat jauh ke dalam limbungan teknologi maklumat.
Ya cendiakawan ada menyarankan didalam kolum-kolum harian mereka di perut-perut internet," politik idea dan ilmu hendaklah dimakmurkan.‘yes man’ tanpa memikirkan apa yang diungkapkan hendaklah dielakkan". Inilah yang terjadi apabila slogan Islam Hadari dilaungkan dan yang lain hanya mengangguk tanpa memberikan pandangan yang kritis. Akhirnya, slogan itu memakan diri mereka (ops, termasuk politik,maaf jika tidak berminat abaikan sahaja bagaikan kucing menganggu kamu makan di kedai makan)
aku rasa kalau kita memang mencari senarai kesesatan orang lain, kita memang akan jumpa dan ia memang akan berpanjangan. Kita akan dapati semua dalam kalangan kita memang sesat. Kalau semua kita memang sesat; siapa nak tunjuk jalan pulang? aku tidak pernah mempedulikan kesesatan org lain.kenapa aku masih sesat pula. sungguh dangkal pemikiran aku
aku memang rasa macam Paria dalam hal ini. Memang macam dikastakan. aku rasa aku pun memang wajar dibela dan dipertahankan oleh Persatuan Pelajar, tetapi, aku sudah memang lama tidak membayar yuran tahunan, mungkin kerana itu aku dipandang sebelah mata. walaupun aku melakukan sebarang laporan kepada meraka mahukah meraka melayan karenah aku yang boleh disifatkan seperti budak-budak kecik yang terjatuh dalam kolam choki-choki.
Penglaman setahun menjadi presiden kepada sesebuah pertubuhan membekalkan pengalaman yang amat berharga bagi diri aku. Jika selama ini pergaulan bersama manusia merupakan satu perkara yang amat mudah bagi diri aku, tetapi pengalaman mengurus, mentadbir dan memerintah rakan-rakan pertubuhan dari pelbagai ragam dan latar belakang membuka ruang horizon yang baru. Setahun lepas yang dilalui memberikan pengalaman dan debaran pada setiap detik yang berlalu. Suka, duka, marah, gembira menjadi ulam dan perencah kehidupan di bumi segar amat. masih tidak dapat membantu aku untuk mencedok idea-idea yang kritis demi FYP aku......
*** kali ini aku tidak bersatira sebaliknya luahan perah sa an aku ***
-fifa-


No comments:
Post a Comment